wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sejarah tingkatan 5

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Rentap adalah wira masyarakat Iban yang menentang pentadbiran Brooke di Sarawak. Apakah tindakan beliau untuk menentang pentadbiran Brooke?

a)

Menyerang kubu pertahanan

b)

Enggan membayar cukai tanah

2.

Bagaimanakah Tok Janggut menentang British di Kelantan?

a)

Menyerang Pasir Puteh

b)

Meminta bantuan Siam

3.

Penghulu Dol Said telah melakukan penentangan terhadap British di Naning antara tahun 1831 hingga tahun 1833. Mengapakah beliau menentang British?

a)

Pembayaran ufti tahunan

b)

Pengenalan peraturan tanah

4.

Apakah tindakan J.W.W Birch yang menyebabkan orang Melayu bangkit menentang British di Pasir Salak, Perak?

a)

Menghalang kemasukan imigran

b)

Campur tangan dalam pentadbir

5.

Haji Abdul Rahman Limbong telah memimpin penduduk tempatan Kuala Telemong, Terengganu menentang British. Mengapakah penentangan tersebut dilakukan

a)

Pengenalan peraturan tanah

b)

Perlucutan jawatan pembesar

6.

Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah telah mendorong British menguasai ekonomi Tanah Melayu. Bagaimanakah British bertindak untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu ?

a)

Menyalurkan bantuan kewangan

b)

Memeterai pelbagai perjanjian

7.

Mengapakah Gerakan Islah sukar bergerak di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu berbanding dengan Negeri-Negeri Selat?

a)

Penolakan ideologi Kaum Muda

b)

Penguatkuasaan undang-undang

8.

Gerakan Islah bertujuan membetulkan pandangan orang Melayu terhadap Islam. Apakah saranan gerakan tersebut kepada orang Melayu?

a)

Berani mengkritik penjajah

b)

Mengutamakan pemimpin

9.

Majalah Guru memainkan peranan penting dalam memajukan bidang pendidikan pada awal abad ke-20 di Tanah Melayu. Apakah isu yang difokuskan dalam majalah tersebut?

a)

Menghargai warisan bangsa

b)

Memajukan bidang kesusasteraan

10.

Antara sumbangan Mohammad Eunos Abdullah terhadap orang Melayu di Singapura ialah

a)

Memberi peluang pendidikan

b)

Mendapatkan petempatan khas