wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PSV BaB 9: Seni anyaman

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan kelarai?

a)

Corak bunga seni ukiran

b)

Corak atau motif flora pada seni batik

c)

Corak atau motif fauna pada seni tekat

d)

Corak yang terbentuk daripada proses anyaman

2.

Lagang dalam proses menganyam bermaksud...

a)

membentuk kelarai

b)

menyediakan tulang anyaman

c)

mematikan tepi anyaman tikar

d)

mengukur panjang daun anyaman

3.

Melayur daun mengkuang di atas bara api bertujuan untuk...

a)

melicinkan daun

b)

mewarnakan daun

c)

melembutkan daun

d)

mengeringkan daun

4.

Seni anyaman merupakan satu seni warisan yang mempunyai nilai seninya yang tersendiri. Aktiviti menganyam tidak dilakukan pada waktu .....

a)

Tengah hari

b)

Pagi

c)

Malam

d)

Petang

5.

Berikut merupakan prinsip asas seni anyaman, kecuali ...

a)

Mementingkan ketegangan semasa menganyam

b)

Pemilihan warna yang tepat untuk kecantikan seni anyaman

c)

Menjalin secara silang-menyilang helaian demi helaian daun mengkuang dan lain-lain

d)

Pemilihan bahan asas seni anyaman yang betul untuk kekemasan seni anyaman

6.

Terdapat 3 jenis seni anyaman, gambar berikut menunjukkan anyaman jenis apa?

a)

Tikar

b)

Gadas

c)

Sulam

d)

Kelarai

7.

Anyaman yang mempunyai motif berbentuk dam dikenali sebagai ....

a)

Sulam

b)

Tikar

c)

Gadas

d)

Kelarai

8.

Motif seni anyaman kelarai terbahagi kepada 3 iaitu ...

a)

Flora, fauna, haiwan

b)

Haiwan, pokok, nama manusia

c)

Flora, fauna, nama manusia

d)

Negeri, flora, fauna

9.

Terdapat banyak fungsi seni anyaman, contohnya nyiru. Apakah fungsi nyiru?

a)

Menampi padi

b)

Menutup sajian

c)

Tirai

d)

Bakul alas

10.

Bidai diperbuat daripada apa?

a)

Pandan

b)

Lidi

c)

Daun mengkuang

d)

Bilah rotan

11.

Susunkan proses menganyam tikar mengikut urutan yang betul

I - Pepeh

II - Kerat

III - Lagang

IV - Anyam

V - Sisip

a)

II, I, III, IV, V

b)

III, IV, I, V, II

c)

I, II, V, III, IV

d)

V, II, I, III, IV

12.

Apakah maksud Anyaman?

a)

satu proses menjalin secara silang-menyilang helaian demi helaian daun mengkuang, pandan, rotan, buluh.

b)

satu proses bersuji dengan menggunakan benang putih bagi menetapkan kedudukan benang emas secara berulang-ulang .

c)

seni dalam menghias dan menyusun bahagian dalaman sesuatu ruang dan mereka bentuk ruang

13.

Antara berikut yang manakah bukan jenis-jenis anyaman?

a)

Anyaman Gadas

b)

Anyaman Tekat

c)

Anyaman Sulam

d)

Anyaman Kelarai

14.

Anyaman Kelarai mempunyai motif yang berbentuk dam dan terhasil daripada proses ___________.

a)

anyaman

b)

tekat

c)

jahitan

15.

Apakah peralatan yang digunakan dalam seni anyaman?


Pilih 2 jawapan yang betul.

a)

Parang

b)

Jangka

c)

Jarum

d)

Benang