NEW
Font size
WorksheetsKUIZ PENANDA WACANA
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Berita tentang peletakan jawatan Encik Rafik heboh diperkatakan oleh para pekerjanya. ____________________, Encik Rafik telah menafikan berita tersebut.
Biarpun
Namun begitu
Bagaimanapun
Tambahan pula
Pengawal keselamatan itu berasa amat mengantuk kerana sudah seharian dia berjaga. _____________, dia terlena di atas kerusi.
Selain itu
Sebaliknya
Lebih-lebih lagi
Oleh sebab itu
Sudah beberapa kali Pak Husin mengalami kerugian kerana haiwan ternakannya mati. ______________,masalah itu tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha.
Di samping itu
Oleh sebab itu
Oleh yang demikian
Walau bagaimanapun
Puan Salasiah menghidangkan lauk-pauk ini di atas meja. ______________,dia pun mempersilakan tetamunya menjamu selera.
Oleh itu
Selepas itu
Namun begitu
Sudahlah begitu
Sambutan Hari Guru akan diadakan tidak lama lagi. ______________,murid-murid yang akan mengambil bahagian dalam acara persembahan sedang giat berlatih.
Sebaliknya
Di samping itu
Lebih-lebih lagi
Oleh sebab itu
Pihak polis sering mengadakan rondaan di kawasan itu. ________________, jenayah ragut masih kerap berlaku.
Sebelum itu
Kalau begitu
Namun begitu
Di samping itu
Mula-mula ,saya akan menyapu sampah di halaman rumah. _______________,saya akan membuang sampah sarap ke dalam tong sampah.
Lantaran itu
Sebelum itu
Selepas itu
Semenjak itu
Aktiviti vandalisme banyak membawa keburukan dalam masyarakat. ________________, tabiat tersebut perlulah dihindarkan.
Padahal
Di samping itu
Namun demikian
Oleh yang demikian
Encik Jamal tidak berpuas hati dengan perkhidmatan talian telefon di kawasan tempat tinggalnya. _______________,beliau telah pergi ke syarikat berkenaan untuk membuat aduan.
Justeru
Namun begitu
Tambahan pula
Walau bagaimanapun
Kira-kira lima tahun yang lalu, Encik Sariman terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya. ______________,dia takut untuk menunggang motosikal.
Sebelum itu
Namun begitu
Semenjak itu
Bagaimanapun
Amalan menabung banyak membawa kebaikan kepada kita. ____________,amalan tersebut digalakkan terutamanya kepada murid-murid sekolah.
Di samping itu
Namun begitu
Oleh yang demikian
Walau bagaimanapun
Encik Yuzairi berasa bimbang dengan keadaan anaknya yang sering mengalami tekanan perasaan. _____________, beliau telah menghantar anaknya untuk mendapatkan rawatan kaunseling.
Oleh itu
Namun begitu
Tambahan pula
Walau bagaimanapun
Nasib Encik Fong sangat malang apabila kertanya rosak lagi di tengah jalan. _____________, keretanya itu baru sahaja dibaiki semalam.
Padahal
Namun begitu
Semenjak
Oleh sebab itu
Zaimah suka melancong dalam negara kerana negara kita banyak mempunyai tempat yang menarik. _________________, melancong dalam negara dapat menjimatkan belanja.
Oleh itu
Biarpun
Selain itu,
Namun begitu
Tam Lai tidak mengendahkan nasihat ibunya supaya berjimat cermat._________________,dia bertambah kerap mengunjungi pusat-pusat hiburan bersama-sama dengan rakan-rakannya.
Sebaliknya
Semenjak itu
Tambahan pula
Sungguhpun begitu
Aiman mendapat markah yang tinggi dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia._______________,Aiman gagal dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Lebih-lebih lagi
Bagaimanapun
Lantaran itu
Padahal
Sudin seorang yang pemalas tetapi suka berangan-angan menjadi kaya. ______________, dia sering di gelar Mat jenin oleh penduduk di kampungnya.
Namun begitu
Bagaimanapun
Oleh yang demikian
Sungguhpun demikian
Kejadian pecah rumah sering berlaku di kawasan itu _____________ pada musim perayaan.
sebab itu
lebih-lebih lagi
oleh sebab itu
oleh yang demikian
Siti Jeslina sering mendapat tempat pertama dalam peperiksaan di sekolahnya. _____________,dia tidak pernah bersikap sombong atau bangga diri.
Oleh itu
Di samping itu
Oleh yang demikian
Walau bagaimanapun
Sayur-sayuran banyak mempunyai khasiat. ___________________, kita digalakkan makan sayur-sayuran setiap hari.
Namun begitu
Oleh yang demikian
Di samping itu
Walau bagaimanapun
Sudah beberapa kali permohonan pinjaman Encik Hashim di tolak. _______________,masalah itu tidak melemahkan semangatnya untuk berniaga.
Di samping itu
Oleh sebab itu
Oleh yang demikian
Walau bagaimanapun
Wabak demam denggi sering menular di negara kita. ____________, rakyat diseru agar sentiasa menjaga kebersihan dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.
Justeru
Kemudian
Semenjak itu
Bagaimanapun
Golongan remaja amat mudah dipengaruhi oleh gaya hidup yang tidak sihat. ______________, bagi mereka yang mengalami masalah keluarga.
Lebih-lebih lagi
Oleh sebab itu
Namun begitu
Padahal
Rafina berasa amat sedih kerana ayahnya tidak dapat pulang pada hari itu. ___________, hari tersebut merupakan hari lahirnya yang ke sepuluh.
Justeru
Namun begitu
Tambahan pula
Walau bagaimanapun
Encik Jamil didapati bersalah kerana melakukan pecah amanah. _____________, beliau telah dipecat oleh majikannya.
Selepas itu
Sebelum itu
Lantaran itu
Semenjak itu
