wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENILAIAN 2 GEOGRAFI TINGKATAN 3

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud skala?

a)

Satu garisan lurus yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama jaraknya.

b)

Nisbah jarak di atas peta berbanding dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.

c)

Ukuran jauh di antara satu tempat dengan tempat yang lain.

2.

Skala yang dinyatakan dalam bentuk nisbah atau pecahan.


Maklumat di atas merupakan maksud

a)

skala lurus

b)

skala penyata

c)

pecahan wakilan

3.

Apakah maksud jarak?

a)

Satu garisan lurus yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama jaraknya.

b)

Nisbah jarak di atas peta berbanding dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.

c)

Ukuran jauh di antara satu tempat dengan tempat yang lain.

4.

(Pilih lebih daripada satu jawapan)


Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan jarak mutlak?

a)

Dinyatakan dalam unit meter atau kilometer

b)

Tidak tetap dan berubah-ubah

c)

Tetap dan tidak berubah

d)

Berdasarkan kos dan masa

5.

(Pilih lebih daripada satu jawapan)


Jarak relatif adalah berdasarkan

a)

jarak

b)

kos

c)

masa

6.

(Pilih lebih daripada satu jawapan)



Ukuran jarak relatif mengikut masa berdasarkan kiraan

a)

minit

b)

jam

c)

hari

d)

meter

7.

(Pilih lebih daripada satu jawapan)


Antara berikut, manakah alat yang digunakan bagi mengukur jarak di atas peta?

a)

Jalur kertas

b)

Benang

c)

Kompas magnetik

d)

Jangka tolok

8.

Antara berikut, yang manakah tidak dapat digambarkan dengan menggunakan peta topografi?

a)

Paya bakau

b)

Sungai

c)

Sawah padi

d)

Taburan suhu

9.

(Pilih dua jawapan)



Pergerakan bumi dalam sistem suria berlaku melalui dua cara, iaitu

a)

peredaran bumi

b)

putaran bumi

c)

peredaran matahari

d)

putaran bulan

10.

(Pilih lebih daripada satu jawapan)



Antara berikut, yang manakah merupakan kesan-kesan putaran bumi?

a)

Kejadian 4 musim di kawasan beriklim sederhana

b)

Pembiasan angin lazim

c)

Kejadian siang dan malam

d)

Kejadian pasang surut

11.

Apakah jenis iklim di Malaysia?

a)

Iklim gurun panas

b)

Iklim Siberia

c)

Iklim Khatulistiwa

d)

Iklim Monsun Tropika

12.

Tandakan 2 jenis hujan yang berlaku di Malaysia?

a)

Hujan batu

b)

Hujan perolakan

c)

Hujan rintik

d)

Hujan bukit

13.

Apakah nama awan yang terbentuk sebelum menurunnya hujan perolakan?

a)

awan cirrus

b)

awan stratus

c)

awan nimbus

d)

awan kumolonimbus

14.

Hujan perolakan kebiasaannya turun dengan ....

a)

renyai dan pada awal pagi

b)

lebat pada waktu petang beserta dengan kilat dan petir

c)

lebat pada awal pagi diikuti kilat

d)

renyai pada waktu tengahari

15.

Tandakan 2 jenis angin monsun di Malaysia.

a)

Angin Monsun Tenggara

b)

Angin Monsun Barat

c)

Angin Monsun Barat Daya

d)

Angin Monsun Timur Laut

16.

terdapat berapa jeniskah pengangkutan di malaysia

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

17.

Berikut merupakan kepentingan pengangkutan darat kecuali

a)

membangunkan bandar satelit

b)

mengelakkan ancaman dari luar

c)

membangunkan kawasan sekitar

d)

memendekkan masa perjalanan

18.

Merupakan pusat pengangkutan rel bersepadu Kuala Lumpur

a)

Stesen Kelana Jaya

b)

Stesen Sungai Buloh

c)

Stesen Sentral Kuala Lumpur

19.

Laluan bawah tanah bagi projek MRT dikaitkan dengan

a)

faktor Bentuk muka bumi

b)

faktor Kemajuan teknologi

c)

faktor Dasar kerajaan

20.
Ciri geografi dalam peta pelancongan terdiri daripada ciri fizikal dan ciri budaya.
a)
YA
b)
TIDAK
21.
Antara berikut yang manakah merupakan ciri fizikal?
a)
JAMBATAN
b)
GUNUNG
c)
JALAN RAYA
d)
PETEMPATAN
22.
____________  ialah contoh ciri fizikal pada peta pelancongan
a)
ZOO
b)
PEJABAT POS
c)
AIR TERJUN
d)
THE STORE
23.

Rajah berikut menunjukkan tempat tinggal yang terdapat di salah satu zon Benua Asia. Antara yang berikut, kawasan manakah yang dimaksudkan?

a)

Rusia utara

b)

Gurun Arab

c)

Korea Selatan

d)

Mongolia utara

24.

Apakah jenis iklim yang berkaitan dengan musim bunga?

a)

Iklim Tundra

b)

Iklim Siberia

c)

Iklim Laurentia

d)

Iklim Khatulistiwa

25.

Apakah alat yang digunakan oleh orang Eskimo untuk menangkap ikan paus?

a)

Iglu

b)

Kayak

c)

Harpoon

d)

Khemah

26.

Apakah faktor yang mempengaruhi masyarakat Jepun menggunakan perkhidmatan Shinkansen?

a)

Menepati masa

b)

Tambang murah

c)

Duti import yang rendah

d)

Pengangkutan lain terhad

27.

Pilih pernyataan yang berkaitan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai?

a)

Terletak pada laluan perdagangan di dunia

b)

Hab penerbangan yang terbesar di dunia

c)

Lapangan terbang terbaik di dunia

d)

Terdiri daripada tiga terminal

28.

Pengangkutan di Asia boleh dibahagi kepada tiga jenis, iaitu;

a)

Pengangkutan darat

b)

Pengangkutan awam

c)

Pengangkutan udara

d)

Pengangkutan air

29.

Apakah maksud pemanasan global?

a)

suhu bumi semakin menurun secara pantas

b)

suhu atmosfera bumi meningkat secara berterusan

30.

Bagaimanakah pemanasan global menyebabkan kemerosotan sumber makanan?

a)

suhu atmosfera semakin menurun

b)

tanah sentiasa ditakungi air

c)

paras air laut meningkat

d)

tanah menjadi tandus