WorksheetsADAB MENZIARAHI JENAZAH
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Kenal pasti adab menziarahi jenazah.
Meratap si mati
Mencari-cari aib si mati
Menangis dan meraung
Duduk dengan tenang dan sopan
Pilih larangan ketika menziarahi jenazah.
Memberikan senyuman kepada orang berziarah
Meratap si mati
Membaca Al-Quran
Memakai pakaian yang menutup aurat
Berikut merupakan adab menziarahi jenazah kecuali
Memakai pakaian yang menutup aurat
Mendoakan jenazah
Mengotorkan kawasan perkuburan
Duduk dengan tenang dan sopan
Berikut merupakan larangan ketika menziarahi jenazah kecuali
Memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat
Melakukan perkara yang bertentangan syariat Islam
Merosakkan kawasan tanah perkuburan
Melangkah tanah perkuburan
Mengapakah anda perlu menjaga adab ketika menziarahi jenazah?
Untuk mendapat pujian manusia
Untuk mendapatkan keredaan Allah
Agar dihormati masyarakat
Agar disanjung oleh orang sekeliling
Anda menziarahi jenazah saudara di kampung. Sebagai hamba Allah yang beriman, apakah bukti anda menjaga adab terhadap jenazah?
Saya akan memakai pakaian mengikut trend semasa
Saya akan memastikan pakaian saya berbau wangi
Saya akan memakai pakaian yang cantik dan bergaya.
Saya memastikan pakaian saya menutup aurat dan besopan.
Sebagai seorang hamba Allah yang beriman, apakah yang perlu saya elakkan ketika menziarahi jenazah?
Memaklumkan berita kematian kepada saudara mara
Mencari aib si mati
Mendoakan kebaikan buat jenazah
Memakai pakaian menutup aurat
Ketika menziarahi jenazah jiran, Siti asyik bermain telefon tanpa henti. Adakah perbuatan Siti dikira sebagai beradab terhadap jenazah?
Ya kerana bermain telefon termasuk dalam adab terhadap jenazah.
Ya kerana bermain telefon tidak salah di sisi undang-undang
Tidak kerana bermain telefon ketika menziarahi jenazah adalah perbuatan yang kurang beradab
Tidak kerana bermain telefon ketika menziarahi jenazah akan menghabiskan data internet.
Ketika menziarahi jenazah saudara anda, anda melihat ramai orang tidak menjaga adab menziarahi jenazah dengan bersembang dan bergelak ketawa. Apakah tindakan yang anda harus lakukan?
Mengajak mereka membaca Yaasin bersama-sama.
Memarahi semua hadirin yang ada.
Meninggalkan jenazah tanpa berbuat apa-apa.
Menyertai hadirin bersembang dan bergelak ketawa.
"menziarahi orang Islam yang meninggal dunia sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak"
Kenyataan berikut merujuk kepada adab _____
Menziarahi kawan
Menziarahi jenazah
Menziarahi orang tua
Menziarahi ahli keluarga
عَظَمَ اللّٰهُ أجْرَكَ وَأَحْسَنَ عَزَاءَكَ وَغَفَرَ لِمَيِّتَكَ
Doa diatas adalah doa untuk _____
Waris si mati
Orang hidup
Orang bersyukur
Orang yang berterima kasih
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ يَا أهْلَ الدِّيَار
Ungkapan ini adalah salam bagi _____
Orang sakit
Orang buta
Ahli masjid
Ahli kubur
Memakai pakaian menutup aurat ketika menziarahi jenazah
Betul
Salah
Tidak mengucapkan takziah kepada keluarga si mati
Betul
Salah
Memberi pertolongan kepada keluarga si mati dalam pengurusan jenazah
Betul
Salah
Tidak membanyakkan membaca Alquran dan mendoakan jenazah.
Betul
Salah
Menyediakan makanan kepada keluarga yang ditimpa kematian
Betul
Salah
Jenazah ialah orang Islam yang telah meninggal dunia.
Betul
Salah
Pilih pernyataan yang salah
Menziarahi jenazah bermaksud melawat keluarga yang ditimpa kedukaan disebabkan kematian
Umat Islam harus menziarahi keluarga si mati apabila mendengar berita kematian di kampung
Orang yang menziarahi jenazah dapat melahirkan simpati dengan mengucapkan takziah
Menghantar jenazah adalah salah satu dari lima hak seorang muslim kepada muslim yang lain
Kelebihan menziarahi jenazah dari konteks individu, kecuali
menzahirkan perasaan simpati terhadap si mati
melahirkan keinsafan pada diri
dapat bermuhasabah tentang amalan ibadah yang telah dilakukan
mengukuhkan hubungan silaturrahim di antara mereka
