wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MORAL TAHUN 4

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Cara menghormati amalan beribadat pelbagai agama dan kepercayaan jiran.

a)

Buddha - menghormati amalan agamanya yang makan sayur-sayuran sahaja.

b)

Sikh - mengejek amalan agamanya yang berambut panjang dan bersanggul.

c)

Islam - makan di hadapannya di bulan Ramadhan.

2.

Bersembahyang di Gurdwara dan menutup kepala merupakan amalan penganut agama ...

a)

Islam

b)

Kristian

c)

Sikh

3.

Semasa majlis makan malam, John tidak menghidangkan masakan daging lembu ketika mempelawa jiran yang beragama..

a)

Buddha

b)

Hindu

c)

Kristian

4.

Antara yang berikut, manakah merupakan amalan kepercayaan Mei Ling?

a)

Berpuasa di blan Ramadhan

b)

Membuang sisa makanan membawa malapetaka

c)

Upacara Cheng Beng dan membakar colok

5.

Apakah kesan yang akan berlaku jika sikap saling menghormati amalan agama dan kepercayaan terus diamalkan?

a)

Hidup bersatu padu dan lebih harmoni

b)

Hubungan menjadi renggang

c)

Berlaku perselisihan faham

6.

Apabila kita menghulurkan bantuan kepada jiran, kita patut ..

a)

minta bayaran selepas menghulurkan bantuan

b)

minta dibalas dengan nilai wang ringgit

c)

ikhlas dan tidak mengharapkan balasan

7.

Manakah padanan yang tepat tentang amalan beragama dan kepercayaan jiran?

a)

Menunaikan ibadat di kuil - Islam

b)

Solat lima waktu - Hindu

c)

Membaca Kitab Injil - Kristian

8.

Rumah jiran dilanda banjir kilat, apakah tindakan yang patut kamu lakukan?

a)

Membantu membersihkan rumahnya

b)

Tidak mempedulikan kesusahannya

c)

Mentertawakannya

9.

Manakah pernyataan yang tidak benar tentang amalan baik hati sesama jiran?

a)

Membantu jiran tanpa mengharapkan balasan

b)

Membantu jiran tanpa mengira bangsa dan agama

c)

Sering merungut dan mencemuh

10.

Antara yang berikut, tindakan manakah yang tidak patut kamu lakukan semasa menghadiri majlis kenduri kahwin jiran kamu?

a)

Mengedarkan bunga telur

b)

Berebut-rebut ketika mengambil makanan yang disediakan

c)

Menyusun kerusi apabila selesai majlis