wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEPERIKSAAN SEM 2 PSV TINGKATAN 2

Total questions: 50

Worksheet time: 3hrs 30mins

Name
Class
Date
1.

Gambar rajah 1, di bawah ialah komponen hiasan pada perahu tradisional.


Komponen hiasan ini berfungsi untuk menyangkut galah panjang dan jaring/pukat. Apakah nama komponen hiasan bertanda X ?

a)

Kong

b)

Kepala

c)

Bangau

d)

Papan tua/papan timbal kong

2.

Alat jebak puyuh dan perahu menggambarkan kemahiran yang dimiliki oleh orang Melayu. Apakah kemahiran tersebut ?

a)

Memenuhi pasaran

b)

Menunjukkan minat

c)

Kebolehan membuat barang hiasan

d)

Kemahiran dalam bidang pertukangan kayu

3.

Peralatan seperti bola raga, batu seremban dan congkak sesuai dimainkan dalam kumpulan. Apakah antara faedah permainan tersebut?

a)

Membuang masa

b)

Memilih pemain-pemain

c)

Kos permainan yang murah

d)

Mengeratkan perhubungan

4.

Tokoh berikut merupakan tokoh pembuatan rehal tradisional dan moden.

a)

Wan Rabiah Ismail

b)

Said bin Abu Bakar

c)

Che Mud Che Awang

d)

Rohani binti Md. Piah

5.

Apakah lukisan yang terdapat pada dinding Gua Merapoh, Pahang?

a)

Geometri

b)

Haiwan buruan

c)

Figura orang lidi

d)

Kesan cap tangan

6.

Siapakah pelukis yang menggunakan alam kanak-kanak sebagai tema karya?

a)

Saidin Yahya

b)

Abdullah Arif

c)

Dzulkifli Buyong

d)

Mohamed Hoessein Enas

7.

Manakah antara media yang berikut sesuai untuk menghasilkan karya lukisan?


I Cat

II Pensel

III Krayon

IV Akrilik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Gambar rajah 2, adalah lukisan yang menggunakan teknik garisan.

Apakah teknik lukisan yang digunakan?

a)

Lorekan

b)

Contengan

c)

Garisan selari

d)

Silang pangkah

9.

Siapakah tokoh catan cat air yang menampilkan tema alam dan manusia?

a)

Khaw Sia

b)

Ibrahim Abu

c)

Yong Mun Sen

d)

Mohamad Abdullah Arif

10.

Soalan berikut berdasarkan pernyataan di bawah :


Seni catan cat air di Malaysia berkembang seawal tahun 1930-an. Karya cat air yang dihasilkan mempunyai pengaruh aliran barat.


Apakah aliran barat yang digunakan pada masa itu ?

a)

Kubisme

b)

Realisme

c)

Impresionisme

d)

Ekspresionisme

11.

Gambar rajah berikut menunjukkan sebuah karya cat air.

Apakah teknik cat air yang digunakan karya tersebut?

a)

Basah atas basah

b)

Kering atas basah

c)

Basah atas kering

d)

Kering atas kering

12.

Maklumat berikut merupakan kaedah seni cetakan :

· Mengukir pada plat logam atau kayu

· Dicetak menggunakan pemampat atau penggelek

a)

Timbulan

b)

Benaman

c)

Permukaan

d)

Saring sutera

13.

Apakah keunikan seni cetakan berbanding dengan karya seni halus yang lain?

a)

Proses menerap

b)

Permukaan perantara

c)

Menghasilkan beberapa edisi

d)

Menggunakan kain atau kertas

14.

Gambar rajah 4, merupakan hasil karya cetakan timbulan.

Apakah piawaian yang perlu diletakkan pada bahagian yang bertanda X?



.

a)

Harga

b)

Nombor siri

c)

Nama karya

d)

Tandatangan

15.

Gambar rajah 5, di bawah adalah sebuah arca awam yang dibina di dalam reka bentuk landskap.


Kewujudan sesebuah arca yang diletakkan di dalam taman seperti gambar di atas bertujuan sebagai______________.

a)

Menentukan status penduduk

b)

Menimbulkan kesan penumpuan

c)

Mewujudkan kepelbagaian dalam taman

d)

Memberi keseimbangan dengan tumbuhan

16.

Apakah yang dimaksudkan dengan landskap kejur?

a)

Objek hidup

b)

Tidak bergerak

c)

Elemen lembut atau objek hidup

d)

Elemen keras atau objek bukan hidup

17.

Landskap ini menggambarkan suatu tempat lagenda Greek purba yang terkenal dengan keindahannya.

a)

Eradia

b)

Arcadia

c)

Meridian

d)

Mediterranean

18.

Gambar rajah 6, adalah simbol-simbol lukisan plan landskap.

Simbol bertanda X merupakan________________.

a)

Palma

b)

Rumput

c)

Pokok renek

d)

Pokok tinggi/teduhan

19.

Apakah yang ditekankan dalam konsep kontemporari reka bentuk hiasan dalaman?

a)

Jenis perabot

b)

Mementingkan fabrik

c)

Warna terang dan corak geometri

d)

Mengutamakan warna hitam dan putih

20.

Antara berikut, manakah yang boleh dikategorikan sebagai ruang komersial?

a)

Bilik tamu

b)

Ruang pejabat

c)

Ruang pameran

d)

Ruang kesihatan

21.

Apakah kesan penggunaan warna cerah dalam hiasan dalaman bagi sesebuah ruang?

a)

Kelihatan semakin luas

b)

Kelihatan semakin panas

c)

Menampakkan perspektif

d)

Menimbulkan keseimbangan

22.

Diantara berikut yang manakah BUKAN reka bentuk industri

a)

Alatan

b)

Produk

c)

Perabot

d)

Automotif

23.

Gambar rajah 7, merupakan satu reka bentuk industri yang menggunakan bahan kayu.

Apakah bidang reka bentuk industri tersebut ?

a)

Reka bentuk produk

b)

Reka bentuk perabot

c)

Reka bentuk automotif

d)

Reka bentuk permainan

24.

Susun semula langkah-langkah penghasilan produk yang betul


I. Membuat lakaran idea

II. Mengumpul maklumat

III. Menghasilkan prototaip

IV. Membuat kajian dan pembangunan bahan

a)

I,II,III,IV

b)

IV,III,II,I

c)

II,IV,I,III

d)

I,III,II,IV

25.

Gubahan motif seni sulaman banyak menggunakan ......... seperti garisan, jalinan, warna, harmoni, imbangan dan lain-lain.

a)

Bahasa seni sulaman

b)

Bahasa seni halus

c)

Bahasa seni visual

d)

Bahasa seni tekat

26.

Teknik jahitan jelujur merupakan salah satu jenis_______________?

a)

Sulaman mesin

b)

Sulaman tangan

c)

Sulaman kerawang

d)

Sulaman campuran

27.

Seni sulaman silang pangkah menggunakan _________ dengan jahitan silang pangkah.

a)

Kain linen

b)

Kain utiliti

c)

Kain baldu

d)

Kain berpetak

28.

Apakah alatan yang digunakan untuk menegangkan kain semasa menghasilkan seni sulaman?

a)

Pen fabrik

b)

Jarum sulam

c)

Penebuk kain

d)

Ram pemidang

29.

Aktiviti seni sulaman boleh dihasilkan dengan baik pada_______________?

a)

Permukaan kain yang kasar

b)

Permukaan kain yang lembut

c)

Permukaan kain yang beralun

d)

Permukaan kain rata dan tegang

30.

Berikut adalah tiga jenis sulaman.

Sulaman benang

Sulaman reben

Sulaman manik


Nyatakan persamaan jenis seni sulaman diatas?

a)

Sulaman mesin

b)

Sulaman bunga

c)

Sulaman tangan

d)

Sulaman kerawang

31.

Gambar rajah 8, merupakan sejenis teknik sulaman.

Jenis sulaman apakah yang digunakan?

a)

Sulaman manik

b)

Sulaman benang

c)

Sulaman silang pangkah

d)

Sulaman kerawang tampal

32.

Bunga kekwa menggunakan teknik sulaman _______________?

a)

Bullion

b)

Lazy Daisy

c)

Chain stitch

d)

Jahitan jelujur

33.

Berdasarkan gambar rajah 9 di bawah.

Apakah kepentingan proses X dilakukan semasa penyediaan tanah liat

a)

Supaya doh tidak lembik

b)

Supaya seramik mudah diwarnakan

c)

Supaya seramik mudah dikeringkan

d)

Supaya produk tidak mudah pecah semasa proses pembakaran

34.

Pilih kenyataan yang manakah BENAR tentang komponen penghasilan seramik


I. Bahan ----- Berasaskan tanah liat, mudah dibentuk, dibakar dan disadur

II.Teknik -------- Untuk menghasilkan reka bentuk dan fungsi mengikut kreativiti

III.Proses -------- Melalui satu proses pembakaran sahaja untuk mengeraskan produk

IV. Kemasan -------- Melalui beberapa peringkat kemasan sebelum produk akhir terhasil

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

35.

Susunkan urutan yang betul bagi proses

pembuatan seni seramik.


I. Pemilihan dan penyediaan tanah

II. Dikeringkan, disalai dan dibakar

III. Menguli, membentuk doh dan melakukan kemasan

IV. Proses menyepuh seramik dan menyapu damar pada tapak labu

a)

I,II,III dan IV

b)

I,III,II dan IV

c)

II,III,IV dan I

d)

IV,III,II dan I

36.

Gambar rajah 10 merupakan sejenis produk tembikar.

Apakah nama bagi tembikar Y diatas?

a)

Kendi

b)

Terenang

c)

Mambong

d)

Labu sayong

37.

Manakah antara yang berikut, merupakan teknik yang paling sesuai untuk membuat mangkuk potpuri?

a)

Teknik picit

b)

Teknik kepingan

c)

Teknik lingkaran

d)

Teknik lempar alin

38.

Gambar rajah 11, menunjukkan teknik binaan seramik.

Apakah teknik binaan tangan untuk menghasilkan produk seramik tersebut

a)

Teknik picit

b)

Teknik lingkarran

c)

Teknik kepingan

d)

Teknik lempar alin

39.

Gambar rajah 12 merupakan produk seramik yang mengaplikasikan unsur dan prinsip rekaan.


Antara berikut, aplikasi unsur dan prinsip rekaan yang manakah digunakan untuk menarik perhatian penonton bagi produk seramik diatas?

a)

Ruang dan Imbangan

b)

Warna dan Penegasan

c)

Garisan dan Kepelbagaian

d)

Garisan dan Irama pergerakan

40.

Berdasarkan simbol di atas, apakah sumber ilham ciptaan logo tersebut?

a)

Fauna

b)

Angka

c)

Manusia

d)

Benda buatan manusia

41.

Antara berikut, yang manakah prinsip rekaan yang diaplikasikan dalam gubahan logo simbol?


I. Kontra

II. Kesatuan

III. Kepelbagaian

IV. Imbangan simetri

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

42.

Apakah mesej yang terkandung dalam simbol di atas?

a)

Ada pagar di hadapan

b)

Lima simpang di hadapan

c)

Awas, jambatan di hadapan

d)

Laluan kereta api di hadapan

43.

Apakah tindakan yang perlu diambil apabila melihat simbol di atas?


I. Berhenti

II. Pandu dengan laju

III. Pandu dengan perlahan

IV. Jangan memotong kenderaan di hadapan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

44.

Apakah corak prinsip yang diletakkan dalam logo di atas?

a)

Huruf

b)

Flora dan huruf

c)

Fauna dan huruf

d)

Nombor dan huruf

45.

Apakah gubahan yang digunakan dalam penghasilan karya logo di atas?

a)

Logo maskot

b)

Logo lambang

c)

Logo huruf

d)

Logo kombinasi

46.

Apakah kesan utama yang menimbulkan kesan dalam seni foto?

a)

Warna

b)

Ruang

c)

Bentuk

d)

Cahaya

47.

Apakah sumbangan saintis Islam bernama Ibn Haytham dalam perkembangan seni foto?

a)

Mencipta kamera flash

b)

Mencipta kamera digital

c)

Menemukan kamera pinhole

d)

Memperkenalkan lensa kamera

48.

Mengapakah fotografi dianggap satu bidang seni?

a)

Perlu memahami konsep

b)

Pengetahuan tentang ruang

c)

Berkaitan dengan melihat objek

d)

Perlu pengetahuan tentang komposisi

49.

Gambar rajah berikut adalah bagaimana kamera pinhole berfungsi.

Simbol X di dalam gambar rajah di atas merujuk kepada

a)

Kamera lubang jarum

b)

Tempat imej terbentuk

c)

Bahagian kamera berwarna hitam

d)

Bukaan lubang jarum tempat cahaya masuk

50.

Imej manakah yang terhasil menggunakan kamera pinhole?

a)
b)
c)
d)