NEW
Font size
WorksheetsAYAT SAMA MAKSUD
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Adib meminta Amir menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur sebelum keadaan menjadi lebih serius.
Amir diminta oleh Adib agar menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur sebelum keadaan menjadi lebih serius.
Amir akan menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur sekiranya Adib menyuruhnya berbuat demikian.
Adib menggalakkan Amir menjalani pemeriksaan yang lebih serius di Hospital Kuala Lumpur.
Jika keadaan menjadi lebih serius, Adib meminta Amir menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Shila gembira mengikut Puteri pulang ke kampungnya kerana dia berpeluang merasai cara hidup kaum nelayan.
Cara hidup kaum nelayan membuatkan Shila dan Puteri gembira berada di kampungnya.
Shila gembira kerana berpeluang merasai cara hidup nelayan apabila mengikuti Puteri pulang ke kampungnya.
Puteri berasa gembira pulang ke kampung Shila dan berpeluang merasai cara hidup kaum nelayan.
Kaum nelayan berasa gembira mengikuti Shila dan Puteri pulang ke kampungnya.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
"Bersiap sedialah kamu menghadapi ujian hujung tahun nanti," kata Cikgu Ikhwan kepada murid-muridnya.
Cikgu Ikhwan berpesan agar murid-muridnya mengambil ujian hujung tahun.
Murid-murid meminta Cikgu Ikhwan mengadakan ujian pada hujung tahun.
Murid-murd diminta bersedia menghadapi ujian Cikgu Ikhwan pada hujung tahun ini.
Cikgu Ikhwan meminta murid-muridnya bersedia untuk menghadapi ujian hujung tahun yang akan datang.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Guru disiplin telah menangkap lima orang murid yang ponteng sekolah di pusat permainan video.
Lima orang murid yang ponteng sekolah telah ditangkap di pusat permainan video oleh guru disiplin.
Guru menangkap lima orang murid yang tidak berdisiplin di pusat permainan video.
Lima orang guru disiplin telah menangkap murid yang ponteng sekolah
di pusat permainan video.
Lima orang murid yang ponteng sekolah telah ditangkap di pusat permainan video kerana tidak berdisiplin.
Diana menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali dalam masa setengah jam sahaja.
Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali setengah jam yang lepas telah disiapkan oleh Diana.
Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Diana seperti yang diarahkan oleh Cikgu Ali.
Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Ali dapat disiapkan oleh Diana.
Kerja yang diberi oleh Cikgu Ali telah setengah jam yang lalu disiapkan oleh Diana.
Akhlak yang baik merupakan manifestasi jiwa yang murni.
Jiwa yang murni ialah gambaran perlakuan yang mulia .
Jiwa yang murni sebati dengan akhlak yang sempurna.
Kemurnian jiwa sentiasa bersama akhlak yang sempurna.
Kemurnian jiwa tidak seiring dengan perlakuan yang sempurna.
Dalam era ledakan maklumat dan revolusi teknologi, keperluan untuk menuntut ilmu sebanyak yang mungkin sudah menjadi begitu penting.
Ilmu tidak sepenting ledakan maklumat untuk menjadi orang yang berjaya.
Ilmu pengetahuan sangat penting dalam era ledakan maklumat dan perubahan teknologi.
Teknologi maklumat tidak terlalu mementingkan ilmu pengetahuan yang banyak.
Revolusi teknologi dan ledakan maklumat adalah sama dengan ilmu pengetahuan.
"Amir ,pergi tolong ayah kamu mencuci kereta," kata Puan Zurina.
Amir diminta menolong Puan Zurina mencuci kereta ayahnya.
Amir disuruh oleh Puan Zurina untuk menolong ayahnya mencuci kereta.
Amir dan Puan Zurina diminta mencuci kereta ayah mereka.
Amir meminta Puan Zurina menolong mencuci kereta ayahnya.
Ibu menyuruh adik ke kedai runcit untuk membeli tepung dan gula.
"Adik, suruh abang kamu ke kedai runcit untuk membeli tepung dan gula," kata ibu.
"Tolong beli tepung dan gula di kedai runcit," kata ibu kepada adik.
"Tepung dan gula boleh dibeli di kedai runcit," kata ibu kepada adik.
"Adik pergi ke kedai untuk membeli tepung dan gula," kata ibu.
Alias akan pergi ke perpustakaan awam jka ada masa terluang.
Sekiranya ada masa lapang, Alias akan pergi ke perpustakaan awam.
Pergi ke perpustakaan awam hanya dilakukan oleh Alias pada waktu lapang.
Pada waktu terluang, Alias pasti akan pergi ke perpustakaan awam.
Masa Alias banyak dihabiskan dengan membaca buku di perpustakaan awam.
