WorksheetsKUIZ: 1.1 EKONOMI DAN KERAJAAN
Total questions: 10
Worksheet time: 2mins
Antara yang berikut, yang manakah boleh dikategorikan sebagai barang sosial?
Lampu jalan
buku Ekonomi
Perkhidmatan teksi
Perkhidmatan kesihatan
Antara berikut, yang manakah bukan ciri pasaran monopoli semula jadi?
Satu firma sahaja
Keluaran ada pengganti
Penentu harga pasaran
Tiada kebebasan keluar masuk industri
Antara berikut, yang manakah bukan faedah sampingan yang dinikmati oleh kakitangan awam di Malaysia?
Elaun perumahan dan elaun sara hidup
Imbuhan tetap khidmat awam
Baucar buku
Cuti bersalin
Antara berikut, yang manakah merupakan objektif makroekonomi?
Pengangguran
Kestabilan harga
Mekanisme harga
Pertukaran wang asing
Situasi manakah yang betul tentang deflasi?
Pendapatan negara menurun
Keuntungan firma berkurang
Tingkat harga umum naik berterusan
Tingkat harga umum jatuh berterusan
Antara berikut, yang manakah merupakan barang kawalan yang disenaraikan oleh kerajaan?
Roti putih
Emas
Ayam goreng
Minyak zaitun
Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar harga minimum?
Dasar penetapan harga yang lebih tinggi daripada tingkat harga keseimbangan
Dasar penetapan harga yang lebih rendah daripada tingkat harga keseimbangan
Dasar penetapan harga yang sama dengan harga keseimbangan dalam suatu pasaran
Dasar penetapan had penawaran kuantiti barang pada sesuatu tingkat harga
Apakah motif kerajaan memberi subsidi terhadap pengeluar tempatan?
Mengurangkan daya saing
Mengurangkan kos pengeluaran
Menaikkan harga barang di pasaran
Meningkatkan kadar pengangguran
Mengapakah kerajaan Malaysia menyediakan perkhidmatan klinik kerajaan?
Menjana pendapatan negara
Memonopoli pasaran negara
Memaksimumkan kebajikan masyarakat
Menjaga kestabilan harga perkhidmatan kesihatan
Bagaimanakah kerajaan mengawal eksploitasi kepada pengguna terhadap pengeluar?
Pelaksanaan undang-undang dan peraturan
Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
Mengawal kadar pertukaran asing
Mencapai guna tenaga penuh
