wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sejarah-FINAL F4

Total questions: 40

Worksheet time: 1hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah ideologi yang diasaskan oleh tokoh berikut?

*Karl Marx

*Friedrich Engels

a)

Legalisme

b)

Sekularisme

c)

Komunisme

d)

Nasionalisme

2.

Jadual berikut berkaitan aktiviti Gerakan Komunis Antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua.

*Februari 1948-Kongres Belia Asia

*Mac 1948 - Persidangan Parti Komunis India


Apakah tindakan Parti Komunis Malaya selepas persidangan tersebut?

a)

Melaksanakan dasar dekolonisasi

b)

Melancarkan perjuangan bersenjata

c)

Menjalankan kerjasama dengan barat

d)

Menjadi sebuah parti politik yang sah

3.

Peristiwa berikut berkaitan tindakan komunis yang menggugat keamanan di Tanah Melayu.


Pada 16 Jun 1948, komunis telah membunuh 3 orang pengurus ladang Eropah di Sungai Siput, Perak.


Apakah kesan peristiwa tersebut?

a)

Pembinaan kubu pertahanan

b)

Pembubaran kesatuan sekerja

c)

Pelaksanaan Pentadbiran Tentera

d)

Perisytiharan Undang-Undang Darurat

4.

Rajah berikut berkaitan pasukan keselamatan sukarelawan yang ditubuhkan untuk membanteras komunis di Tanah Melayu


X- Pasukan pengawal kampung

- Melindungi pekerja lombong bijih timah

- Menyekat pergerakan bekalan makanan dan ubatan


Apakah X?

a)

Senoi Praaq

b)

Home Guard

c)

Auxilliary Police

d)

Special Constables

5.

Kempen berikut telah dianjurkan oleh British pada tahun 1950-an.


Memenangi hati dan fikiran penduduk


Apakah kesan pelaksanaan kempen tersebut?

a)

Kestabilan ekonomi diwujudkan

b)

Taraf hidup rakyat dipertingkat

c)

Penubuhan pelbagai parti politik

d)

Kerjasama menentang komunis

6.

Gambar 1 merujuk kepada tindakan Sir Gerald Templer semasa perang saraf dilaksanakan di Tanah Melayu.


Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada tindakan tersebut?

a)

Berdikari

b)

Berdaya saing

c)

Berketerampilan

d)

Bertanggungjawab

7.

Bagaimanakah Malayan Chinese Association (MCA) membantu memerangi komunis di Tanah Melayu?

a)

Menjalankan kutipan derma

b)

Menyertai pasukan keselamatan

c)

Menyebarkan risalah pengampunan

d)

Menurunkan harga bekalan makanan

8.

Semasa zaman darurat, pengeluaran tanaman padi dan makanan lain semakin berkurangan.


Apakah implikasi situasi tersebut?

a)

Kenaikan harga barang

b)

Kawalan barangan import

c)

Kemasukan buruh asing dihadkan

d)

Kemudahan pinjaman diperkenalkan

9.

Apakah matlamat perjuangan pertubuhan berikut?


*Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)

*Pergerakan Pemuda Melayu Sibu (PPM)

a)

Mewujudkan negara Islam

b)

Menubuhkan kerajaan sendiri

c)

Memperjuangkan Melayu Raya

d)

Menggalakkan perpaduan kaum

10.

Apakah objektif Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) memperjuangkan moto berikut?


“Kesamaan dan Keadilan untuk Penduduk Tanah Melayu”

a)

Mencapai kemerdekaan

b)

Meningkatkan etika kerja

c)

Menggalakkan pelaburan

d)

Memartabatkan undang-undang

11.

Senarai berikut adalah hasil rundingan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) di Tanah Melayu pada tahun 1949


· Penubuhan RIDA

· Keistimewaan orang Melayu diiktiraf

· X


Apakah X?

a)

Agama Islam diiktiraf

b)

Pilihan raya diadakan

c)

Kemerdekaan dicapai

d)

Bahasa Melayu dimartabat

12.

Mengapakah British memperkenalkan Sistem Ahli pada tahun 1951?

a)

Melaksanakan proses dekolonisasi

b)

Menyelaras sistem pendidikan

c)

Menjalankan kempen pilihan raya

d)

Membentuk sistem jemaah menteri

13.

Gambar 2 adalah Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri dalam Sistem Ahli pada tahun 1951.


Apakah tanggungjawab beliau dalam portfolio tersebut?

I Menyelia kesihatan penduduk

II Memajukan hasil bumi

III Menjaga hal ehwal imigran

IV Menguruskan pendaftaran kerakyatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Maklumat berikut berkaitan dengan Laporan Jawatankuasa Pelajaran di Tanah Melayu sebelum merdeka.


*Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

*Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.


Cadangan tersebut dikemukakan oleh

a)

Laporan Barnes 1951

b)

Laporan Fenn-Wu 1951

c)

Ordinan Pelajaran 1952

d)

Penyata Razak 1956

15.

Apakah cadangan Laporan Woodhead 1955 tentang pendidikan di Sarawak dan Sabah?

a)

Sekolah Jenis Umum diwujudkan

b)

Sekolah aneka jurusan diperkenalkan

c)

Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

d)

Pendidikan berorientasikan etnik

16.

Ilustrasi 1 berkaitan dengan Konvensyen Kebangsaan yang diadakan pada Ogos 1954.


Apakah resolusi konvensyen tersebut?

a)

Membendung pengaruh komunis

b)

Menerima syor satu kewarganegaraan

c)

Mengadakan pilihan raya persekutuan

d)

Mengemukakan manifesto kemerdekaan

17.

Maklumat berikut berkaitan undang-undang yang terdapat di Tanah Melayu pada tahun 1950.


Ordinan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan


Berdasarkan ordinan tersebut, apakah badan yang diberi kuasa untuk mengadakan pilihanraya?

a)

Kerajaan Negeri

b)

Majlis Tempatan

c)

Kerajaan Persekutuan

d)

Suruhanjaya Pilihanraya

18.

Maklumat berikut berkaitan pilihan raya peringkat negeri di Tanah Melayu pada tahun 1954.


Perikatan Umno - MCA telah memenangi 226 kerusi daripada 268 kerusi yang dipertandingkan.


Apakah kepentingan peristiwa tersebut?

a)

Penubuhan kabinet pertama

b)

Pengenalan parti pelbagai kaum

c)

Pengukuhan kerjasama antara kaum

d)

Pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen

19.

Apakah syarat menjadi calon pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 di Tanah Melayu?


I Berumur 21 tahun ke atas

II Mahir berbahasa Melayu dan Inggeris

III Cemerlang dalam perkhidmatan

IV Berpendidikan tinggi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Rajah berikut berkaitan proses pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955.


Pendaftaran pengundi--- X--- Kempen Pilihan raya


Apakah X?

a)

Pengiraan undi

b)

Penamaan calon

c)

Pembuangan undi

d)

Penetapan sempadan

21.

Maklumat berikut merujuk kepada institusi pemerintahan di negara kita sebelum merdeka.


Majlis Perundangan Persekutuan 1955


Apakah kepentingan institusi tersebut?

a)

Membasmi kemiskinan

b)

Memajukan prasarana

c)

Memerangi komunis

d)

Menggubal undang-undang

22.

Petikan berikut berkaitan ucapan Tunku Abdul Rahman ketika merasmikan Majlis Perundangan Persekutuan 1955.


Apakah yang dimaksudkan dengan “hari yang amat penting dalam sejarah Majlis ini”?

a)

Pengumuman keputusan pilihanraya

b)

Pemilihan ahli oleh rakyat

c)

Pengunduran British

d)

Perisytiharan kemerdekaan

23.

Antara berikut, apakah isu yang dibincangkan dalam kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu 1955?


I Kerakyatan

II Kewangan

III Pertahanan

IV Hubungan luar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

Gambar 3 menunjukkan ahli Kabinet Kerajaan Persekutuan 1955.


Mengapakah pembentukan kabinet tersebut penting kepada negara kita?

a)

Menggubal rang undang-undang

b)

Menunjukkan kompromi antara kaum

c)

Mengukuhkan kuasa Raja-raja Melayu

d)

Memantapkan kuasa Pesuruhjaya Tinggi

25.

Rajah berikut menerangkan cara perjalanan rombongan kemerdekaan ke London pada tahun 1956.


Kuala Lumpur - Singapura(Kapal terbang) ---•Singapura - Pakistan (Kapal laut)---•Pakistan - London (Kapal terbang)


Mengapakah perjalanan rombongan tersebut dari Singapura ke Pakistan menggunakan kapal laut?

a)

Menjimatkan kos perjalanan

b)

Memastikan kerahsiaan dokumen

c)

Menjamin keselamatan rombongan

d)

Mendapat peluang untuk berbincang

26.

Apakah yang dipersetujui dalam Perjanjian London 1956?

a)

Penetapan tarikh kemerdekaan

b)

Pembangunan kawasan luar bandar

c)

Penggabungan dengan Sarawak dan Sabah

d)

Penggiliran jawatan Yang DiPertuan Agong

27.

Apakah peranan Surahanjaya Reid yang ditubuhkan pada Mac 1956?

a)

Merangka perlembagaan

b)

Meluluskan undang-undang

c)

Membentuk kabinet pertama

d)

Menetapkan tarikh kemerdekaan

28.

Maklumat berikut menerangkan gerak kerja Suruhanjaya Reid pada tahun 1956.


· Meminta cadangan daripada semua penduduk

· Menerima memorandum daripada pelbagai pihak

· Mengadakan persidangan membincangkan pelbagai isu


Apakah nilai yang boleh diteladani daripada usaha tersebut?

a)

Berani

b)

Pemurah

c)

Toleransi

d)

Berhemah tinggi

29.

Apakah perkara yang diusulkan oleh Raja-raja Melayu kepada Suruhanjaya Reid pada tahun 1956?

a)

Pendidikan kebangsaan

b)

Pembahagian kuasa autonomi

c)

Kelonggaran syarat kerakyatan

d)

Kedudukan istimewa orang Melayu

30.

Parti politik berikut memberikan reaksi terhadap draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957.


· United Malays National Organisation (UMNO)

· Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)


Apakah persamaan yang dipersetujui oleh parti tersebut?

a)

Penetapan warna bendera

b)

Penubuhan negara republik

c)

Kawalan keselamatan diperketatkan

d)

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

31.

Berikut adalah kaedah mendapatkan kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu.

· Penguatkuasaan Undang-undang

· Permohonan

· X


Apakah X?

a)

Perkhidmatan cemerlang

b)

Suaka politik

c)

Naturalisasi

d)

Perkahwinan

32.

Apakah inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?


I Kedudukan agama Islam

II Syarat kewarganegaraan

III Hal ehwal imigresen

IV Pendidikan kebangsaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

33.

Gambar 4 ( Nelson Mandela) merupakan seorang pejuang kemanusiaan di Afrika Selatan.


Apakah takrif kemerdekaan dari sudut pandangan tokoh tersebut?

a)

Kebebasan selama-lamanya

b)

Kuasa menentukan hala tuju

c)

Penghapusan penindasan

d)

Menyayangi negara sepenuh hati

34.

Jawatankuasa Persediaan Fizikal dibentuk sebagai persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara pada tahun 1957.


Apakah peranan jawatankuasa tersebut?

a)

Membaik pulih Padang Merdeka

b)

Menubuhkan Muzium Negara

c)

Membina Stadium Merdeka

d)

Membina Tugu Negara

35.

Senarai berikut berkaitan dengan persediaan sambutan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.


· Menghias pintu gerbang

· Menyediakan ‘baju muskat’

· Menyediakan 75 ribu bendera


Apakah badan yang berperanan merealisasikan perkara tersebut?

a)

Jawatankuasa Sambutan

b)

Jawatankuasa Protokol

c)

Jawatankuasa Keceriaan

d)

Jawatankuasa Tugas Khas

36.

Gambar 5 merujuk kepada peristiwa penurunan bendera Union Jack pada malam 30 Ogos 1957.


Apakah simbolik peristiwa tersebut?

a)

Berakhirnya pentadbiran British

b)

Bermulanya gagasan Malaysia

c)

Perasmian Sukan Komanwel

d)

Pemansuhan Malayan Union

37.

Bagaimanakah sistem Demokrasi Berparlimen diamalkan di negara kita?

a)

Yang di-Pertuan Agong berkuasa mutlak

b)

Perdana Menteri sebagai Ketua Negara

c)

Jemaah Menteri mengetuai kerajaan

d)

Ahli Parlimen dipilih oleh rakyat

38.

Maklumat berikut adalah usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara.


Kementerian Pembangunan Luar Bandar ditubuhkan pada 17 November 1959


Apakah peranan kementerian tersebut?

a)

Membuka tanah baru

b)

Memasarkan hasil tanaman

c)

Mewujudkan bandar baharu

d)

Membangunkan infrastruktur

39.

Apakah usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita?

a)

Mewujudkan Jabatan Penerangan

b)

Menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka

c)

Memperkenalkan Rancangan Buku Merah

d)

Melaksanakan Rancangan Malaya Pertama

40.

Gambar 6 merujuk kepada Jata Negara yang merupakan lambang kebangsaan.


Apakah kepentingan lambang tersebut?

a)

Menunjukkan ketelusan

b)

Mempamerkan kemasyhuran

c)

Melahirkan semangat perpaduan

d)

Menzahirkan semangat berdikari