WorksheetsPENGAJIAN AM S1/2014/2013(U)
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Yang manakah ciri konsep asas sebuah negara?
Raja yang berdaulat
Penduduk yang tetap
Sistem ekonomi yang kukuh
Sistem kerajaan yang teratur
Yang manakah tugas badan kehakiman?
Meluluskan undang-undang negara
Mneggubal undang-undang negara
Melaksanakan undang-undang negara
Menentukan kesahan undang-undang negara
Yang manakah pernyatan yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?
Parlimen mengatasi perlembagaan
Perlembagaan mengatasi undang-undang lain
Mahkamah berkuasa meluluskan pindaan perlembagaan
Peruntukan dalam perlembagaan tidak boleh dimansuhkan
Yang manakah kes jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?
Perbuatan rasuah
Perbuatan minum arak
Pengambilan anak angkat
Pembahagian harta pusaka
Yang manakah kuasa Yang di-Pertua Agong terhadap Dewan Rakyat?
Merasmikan persidangan Dewan Rakyat pada setiap penggal
Melantik Yang Dipertua Dewan Rakyat atas nasihat Perdana Menteri
Memecatkan Setiausaha Dewan Rakyat atas nasihat Yang Dipertua Dewan Rakyat
Meluluskan rang undang-undang yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat
Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?
Menentukan calon yang bertanding dalam pilihan raya
Memastikan keselamatan pengundian semasa pilihan raya
Menjalankan urusan semakan daftar pemilih pemilihan raya
Membuat persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya
Yang Dipertua Dewan Rakyat telah menghantar notis kekosongan kerusi Dewan Rakyat bagi kawasan Parlimen X kepada Suruhanjaya Pilihan Raya. Tindakan ini diambil kerana wakil rakyat berkenaan
dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dalam satu pilihan raya kecil
dikenakan tindakan disiplin oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan
dibuktikan bersalah dalam prosiding yang berhubung dengan salah laku pilihan raya
tidak menghadiri sidang dalam tempoh tiga bulan selepas sidang pertama Dewan Rakyat
Pemohonan lesen urus niaga dapat dipendekkan. Urusan dengan agensi kerajaan dipermudah. Pernyataan ini merujuk kepada ciri tadbir urus yang
akauntabiliti
responsif
cekap
telus
Yang manakah tugas Kabinet?
Melantik setiausaha politik
Merancang dasar pembangunan negara
Meluluskan anggaran perbelanjaan tahunan
Membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan
Yang manakah pernyataan yang benar tentang jawatan Ketua Audit Negara?
Pemilihannya adalah dalam kalangan ahli Parlimen
Saraannya ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong
Pelantikannya dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Pemecatannya oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor tribunal
Yang manakah pernyataan yang benar tentang keperluan diadakan mesyuarat Kabinet?
Membincangkan sesuatu dasar awam negara
Meluluskan segala perbelanjaan Kerajaan Persekutuan
Meneliti senarai nama dan melantik Menteri dan Timbalan Menteri
Meluluskan draf rang undang-undang sebelum dibawa ke Parlimen
Yang manakah pernyataan yang besar tentang fungsi Majlis Raja-raja?
Memberi pengampunan pesalah di Mahkamah Syariah
Memberi persetujuan terhadap pelantikan Perdana Menteri
Memberi persetujuan terhadap pelantikan Yang Dipertua Negeri
Memberi persetujuan terhadap pindaan undang-undang persempadanan negeri
Cukai taksiran harta. Lesen pusat hiburan. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk memungut hasil ini ialah
Pihak Berkuasa Tempatan
Lembaga Hasil Dalam Negeri
Perbadanan Pembangunan Bandar
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
Kriteria peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri adalah berdasarkan
hubungan baik dengan kerajaan pusat
hasil kerajaan negeri
bilangan penduduk
keluasan negeri
Yang manakah pernyataan yang boleh menjejaskan integriti tadbir urus yang baik?
Prosedur kerja yang kompleks
Kepimpinan yang bersifat terbuka
Penggunaan sumber yang maksimum
Struktur organisasi diperkemas dari semasa ke semasa
