wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kesalahan Ejaan

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Restoren Kak Uda menawarkan bufet bagi sajian tengah hari dengan pelbagai hidangan tempatan dan barat oleh tukang masak yang berpengalaman.

a)

rastoren

b)

restoran

2.

Walaupun waktu persekolahan sudah lama tamat, murid perempuan itu tetap tidak bergenjak dari tempat duduknya sehingga ibu bapanya tiba di sekolah.

a)

berganjak

b)

berginjak

3.

Produk herba negara kita mempunyai pontensi untuk dikomersialkan ke peringkat antarabangsa kerana memiliki khasiat yang tinggi.

a)

potensi

b)

potansi

4.

Strategi pengurusan haruslah diaplikasikan untuk menjamin industri memanafaatkan sumber modal insan khususnya golongan profesional secara optimum.

a)

memafaatkan

b)

memanfaatkan

5.

Kumpulan orkestra di oditorium itu mendapat tepukan yang gemuruh daripada penonton setelah selesai melakukan persembahan.

a)

auditorium

b)

auditoriums

6.

Kerajaan akan memperhalus Peraturan-peraturan Makanan I985 yang melarang pengilang menggunakan bahan pengawit yang berbahaya.

a)

pesawit

b)

pengawet

c)

pegawet

7.

Dalam masyarakat Cina, kelender memainkan peranan penting untuk menentukan tarikh perkahwinan dan membuka bangunan baharu.

a)

kelandar

b)

kalender

c)

kalendar

8.

Pihak polis telah berjaya menumpaskan sendiket pemalsuan wang dengan penangkapan ketua mereka dalam sekatan jalan raya malam tadi.

a)

sandiket

b)

sendikat

c)

sindiket

9.

Kempen Cintailah Sungai Kita perlu dipergiat demi menyadarkan masyarakat tentang kepentingan sungai sebagai sumber bekalan air bersih.

a)

menyedarkan

b)

menyidarkan

c)

mensedarkan

10.

Kerajaan menyeru rakyat untuk bersama-sama menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi merialisasikan hasrat negara sebagai negara mesra alam.

a)

menrealisasikan

b)

merealisasikan

c)

mengrealisasikan