wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

CTU152 - Bab 6 - Penghayatan Konsep al-Saadah

Total questions: 18

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah realiti sebenar kebahagiaan atau AL-SAADAH?

a)

Kebahagiaan adalah apabila dapat memiliki insan yang dicintai dan disayangi

b)

Kebahagiaan adalah bila mendapat sanjungan, pengiktirafan dan penghormatan manusia lain

c)

Kebahagiaan adalah kepuasan apabila berjaya mendapatkan sesuatu yang diinginkan

d)

Kebahagiaan adalah apabila mendapat keredaan Allah SWT di dunia dan akhirat

2.

Pilih kenyataan yang tepat tentang AL-SAADAH.

a)

al-Saadah berbeza dengan kelazatan

b)

Haiwan juga boleh mencapai al-Saadah

c)

al-Saadah adalah kesengsaraan jiwa

d)

al-Saadah adalah kelazatan yang dirasai badan

3.

Memahami dan menyedari makna dan tujuan hidup manusia yang sebenar membolehkan manusia mencapai kehidupan yang sempurna dan bahagia di dunia dan akhirat.

a)

Benar, manusia tidak diciptakan sia-sia tanpa sebarang tujuan

b)

Benar, matlamat hidup perlu diperbaharui setiap tahun baru

c)

Benar, manusia tiada kaitan dengan kehidupan dunia

d)

Benar, manusia hanya boleh bahagia apabila kehendaknya dipenuhi

4.

Kebahagiaan, keselamatan, keamanan, ketenangan dan kesentosaan JIWA adalah matlamat utama bagi manusia.

a)

Betul

b)

Salah

5.

Kebahagiaan boleh dicapai melalui keimanan, ketaatan, ketakwaan dan ihsan kepada Allah SWT.

a)

Ini kerana kebahagiaan hakiki adalah kebahagiaan rohani

b)

Ini kerana kebahagiaan hakiki adalah kebahagian jasmani

c)

Ini kerana kebahagiaan hakiki terletak pada material

d)

Ini kerana kebahagiaan hakiki terletak pada keduniaan

6.

Bagaimanakah kita mampu mencapai al-Saadah?

a)

Reda dengan segala ketentuan Allah

b)

Menunaikan segala hasrat hati

c)

Melebihkan hiburan berbanding ibadat kepada Allah

d)

Meyakini bahawa semua perkara ditentukan usaha manusia

7.

Semua dibawah adalah manifestasi maksud reda dengan segala ketentuan Allah, melainkan?

a)

Bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah berikan

b)

Bersabar terhadap setiap ujian yang menimpa

c)

Tekun dan bersungguh-sungguh menjalankan kewajipan yang Allah perintahkan

d)

Berdiam diri ketika berlaku musibah tanpa sebarang tindakan

e)

Bersangka baik dengan Allah walau kita tak suka sesuatu perkara

8.

Apakah maksud bersyukur terhadap segala nikmat yang Allah berikan kepada kita?

a)

Semakin kurang beribadah kepada Allah setelah mendapat apa yang didoakan

b)

Mengucapkan Alhamdulillah tidak henti-henti selama 24 jam

c)

Menerima dengan hati yang tenang terhadap apa sahaja & berapa banyak pun rezeki Allah

d)

Setiap rezeki dijaga dengan cermat dan digunakan untuk maksiat kepada Allah.

9.

Antara berikut, manakah perkara yang benar-benar mampu memberikan kebahagiaan sejati?

a)

Mendapat like dan followers yang banyak di media sosial

b)

Mendapat pengiktirafan, penghormatan dan sanjungan manusia

c)

Harta yang banyak, pangkat yang tinggi, isteri yang cantik

d)

Memberi manfaat sebanyak-banyaknya kepada manusia lain

10.

Kebahagiaan hakiki ialah apabila jiwa dalam keadaan Nafs al-Mutmainnah. Apakah yang dimaksudkan dengan NAFS AL-MUTMAINNAH.

a)

Jiwa yang sering berada dalam keluh kesah, gelisah dan tidak tenteram

b)

Jiwa yang penuh dengan dosa, noda dan maksiat

c)

Jiwa yang mencari-cari kepuasan kebendaan dan materialistik

d)

Jiwa yang tenang dan bebas daripada pengaruh nafsu syahwat

11.

Apakah maksud fahaman Hedonisme?

a)

Suatu pegangan yang mementingkan keseronokan dan kesenangan hidup.

b)

Kepuasan rasa dan kenikmatan menjadi ukuran tingkah laku sesuatu perbuatan yang baik.

c)

Kenikmatan, kesenangan, keseronokan menjadi ukuran utama dalam menilai status & kehidupan seseorang

d)

Keseronokan perlu dikecapi tanpa batas, sekatan dan kawalan dari sebarang pihak

12.

Apakah contoh hedonisme?

a)

Minum minuman keras

b)

Pergaulan bebas

c)

Penyalahgunaan dadah & ekstasi

d)

Perjudian

e)

Menghabiskan masa di tempat hiburan

13.

Hedonisme merupakan suatu pegangan dan kefahaman yang berpunca daripada fahaman...

a)

Ekstremisme

b)

Sekularisme

c)

Fanatisme

d)

Pluralisme

14.

Remaja Muslim kini suka mempertontonkan aksi tidak senonoh dan memalukan maruah melalui aplikasi media sosial seperti Tiktok, Bigo dan sebagainya. Mengapakah hal ini berlaku?

a)

Terikut-ikut budaya asing yang menyimpang dari ajaran Islam

b)

Sering kalah kepada ajakan nafsu yang menguasai diri

c)

Suka mendapatkan likes & tontonan khalayak ramai

d)

Tidak mempunyai benteng rohani yang kukuh dalam jiwa

15.

Pilih formula yang tepat menggambarkan konsep kebahagiaan dalam Islam.

a)

Tenang jiwa dengan ketaatan kepada Allah = Bahagia

b)

Puas hati memiliki segala kemewahan dan keseronokan dunia = Bahagia

c)

Senang hati dapat mengamalkan ajaran dan suruhan Allah walau dalam keadaan yang susah = Bahagia

d)

Gembira dapat memperlihatkan kekayaan kepada orang lain = Bahagia

e)

Ditawarkan masuk ke syurga di akhirat = Bahagia

16.

Apakah maksud kejayaan yang sebenar-benarnya?

a)

Berjaya memperoleh keputusan cemerlang setelah berusaha belajar bersungguh-sungguh

b)

Berjaya mewarisi Syurga dan kekal di dalamnya

c)

Berjaya melakukan apa sahaja keinginan hati dan dorongan nafsu

d)

Berjaya mengumpulkan harta untuk kehidupan yang mewah

17.

Mengapakah konsep al-Saadah ini penting untuk dihayati oleh Muslim dalam pembinaan peradaban yang berteraskan Islam?

a)

Supaya Muslim tidak terjebak dengan pelbagai keseronokan yang direncanakan oleh golongan kafir

b)

Supaya pembinaan insan dan negara tidak dipenuhi dengan maksiat dan kemungkaran kepada Allah

c)

Supaya Muslim sedar keseronokan yang dikejarnya selama ini hanya sementara dan tidak kekal

d)

Supaya Muslim tidak berasa cemburu dengan pelbagai kenikmatan dunia yang dikecapi oleh orang kafir

18.

Ulama Tasauf pernah menyebutkan bahawa "dunia adalah penjara bagi orang Islam dan syurga bagi orang kafir". Namun, penghujung akhirat adalah syurga bagi orang Islam dan neraka bagi yang mengingkari Allah.

a)

Justeru, janganlah kita terpedaya dengan pelbagai keseronokan duniawi kerana ia bukan kebahagiaan hakiki

b)

Justeru, kita harus berusaha semaksimum mungkin untuk mengecapi keindahan dan keseronokan dunia

c)

Justeru, kita perlu berusaha sekuatnya untuk kejayaan akhirat dan tidak lupa bahagian kita untuk dunia

d)

Justeru, kita harus memenjarakan diri di dunia ini tanpa menghiraukan sebarang perkara berkaitan duniawi