wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Keseimbangan Pasaran

Total questions: 10

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Pembinaan laluan MRT dan LRT akan meningkatkan penggunaan pengangkutan kereta api di Lembah Klang. Apakah kesan peristiwa di atas kepada perkhidmatan teksi?

a)

Kenaikan tambang teksi

b)

Peningkatan bilangan teksi di Lembah Klang

c)

Penurunan permintaan untuk perkhidmatan teksi

d)

Peningkatan pendapatan untuk syarikat perkhidmatan teksi

2.

Antara yang berikut, yang manakah mungkin menyebabkan pergerakan di atas keluk permintaan motosikal?

a)

Penurunan harga motosikal

b)

Penurunan harga minyak petrol

c)

Kenaikan tambang pengangkutan awam

d)

Kenaikan premium untuk insurans kereta

3.

Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit yang kedua terbesar di dunia. Antara yang berikut, yang manakah mungkin menyebabkan kenaikan harga minyak sawit?

a)

Kenaikan penawaran sebanyak 20% tetapi permintaan tidak berubah

b)

Penurunan penawaran sebanyak 20% tetapi permintaan tidak berubah

c)

Penurunan permintaan sebanyak 10% tetapi penawaran tidak berubah

d)

Kenaikan permintaan sebanyak 10% dan kenaikan penawaran sebanyak 10%

4.

Maklumat berikut mengenai satu kejadian bencana alam.


Pada tahun 2014, negeri Kelantan telah dilanda banjir besar dan menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan. Rakyat Malaysia dari seluruh negara telah menghulurkan bantuan dengan memberi sumbangan makanan dan kewangan.


Apakah kesan banjir dan bantuan sumbangan kepada harga barang makanan di negeri Kelantan?

a)

Harga akan meningkat secara berterusan

b)

Harga akan menurun dan naik semula selepas itu

c)

Harga akan meningkat dan kekal di paras yang tinggi

d)

Harga akan meningkat dan jatuh semula selepas itu

5.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan punca peralihan keluk penawaran ke kanan?

I. Peningkatan teknologi

II. Pengeluaran bermatlamatkan output maksimum

III. Peningkatan cukai atas bahan mentah

IV. Penurunan kadar subsidi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Apakah kesan kepada pasaran perabot kayu jika permintaan berkurang tetapi penawaran masih tetap?

a)

Lebihan penawaran berlaku dan harga akan naik

b)

Lebihan permintaan berlaku dan harga akan naik

c)

Lebihan penawaran berlaku dan harga akan jatuh

d)

Lebihan permintaan berlaku dan harga akan jatuh

7.

Apabila harga barang L menurun, permintaan barang W meningkat manakala permintaan barang Z menurun. Apakah hubungan antara barang L, W dan Z?

a)

Barang L, W dan Z ialah barang mesti

b)

Barang L, W dan Z ialah barang mewah

c)

L ialah barang pengganti kepada W dan barang penggenap kepada Z

d)

L ialah barang penggenap kepada W dan barang pengganti kepada Z

8.

Syarikat Menora Berhad bercadang untuk menambahkan penawaran air mineral sebanyak 40% untuk pasaran tempatan. Peningkatan penawaran ini mungkin disebabkan oleh

a)

penurunan kos upah

b)

peningkatan sewa kilang

c)

penurunan harga air mineral

d)

peningkatan cukai ke atas bahan

9.

Mengapakah permintaan sesuatu barang dikatakan tidak anjal?

a)

Kerajaan menaikkan cukai untuk barang tersebut

b)

Barang tersebut tidak mempunyai permintaan yang tinggi

c)

Barang tersebut tidak mempunyai pengganti yang hampir

d)

Pengeluar membuat promosi besar-besaran untuk barang tersebut

10.

Penurunan harga barang W sebanyak 40% menyebabkan kuantiti diminta barang W bertambah daripada 60 unit kepada 120 unit.

Berapakah nilai pekali keanjalan harga permintaan untuk barang X?

a)

0.4

b)

1.0

c)

1.4

d)

2.5