WorksheetsPentaksiran Bahasa Melayu Tahun 2 (2/12/2020)
Total questions: 40
Worksheet time: 2hrs 32mins
Aaira memelihara seekor burung merbok di dalam
___________________.
reban
kandang
akuarium
sangkar
Cikgu Ridzuan ialah guru kelas kami. ___________________ selalu mengingatkan kami tentang kebersihan kelas.
Beliau
Dia
Awak
Kita
Puan Salmah pergi ke pasar membawa bakul dan se____________ payung.
batang
kaki
kotak
pasang
Yani dan kakak membantu ibu mereka _______________ pinggan di dapur.
cucikan
cucian
mencuci
dicucikan
Pak Hasan duduk ______________ melihat pokok bunganya.
lalu
dan
sambil
tetapi
Piala itu ________________ kepada pemenang pertandingan membaca.
berikan
memberikan
beri
diberikan
Aufa meletakkan _______________ di dalam akuariumnya.
kupu-kupu
kira-kira
kura-kura
kuda-kuda
Abang menyuapkan se ________________ durian ke dalam mulut ibu.
sikat
biji
buah
ulas
Azmin memperlahankan kereta apabila lampu isyarat berwarna ___________.
kuning
warni
merah
hijau
“Hadiah berbentuk ________________ di atas meja itu untuk murid yang berjaya menyiapkan latihan,” kata Cikgu Zara.
panjang
bulat
segi tiga
silinder
Murid-murid pergi _________________ dewan untuk menyertai perhimpunan.
daripada
ke
dari
kepada
Pada setiap ________________, Ainul menyiapkan kerja matematiknya sebelum masuk tidur.
pagi
malam
petang
senja
Ibu _______________ di tepi kedai semasa hujan turun pada petang tadi.
bertahan
berpayung
bersembunyi
berteduh
________________, sakitnya ibu jari kakiku ini!
Amboi
Cis
Aduh
Ah
Ibu memotong se _______________ roti dengan se ______________ pisau.
biji….batang
buah….bilah
keping….batang
buku….bilah
Sebelum pergi ke sekolah, saya makan dua keping roti sebagai ___________.
alas perut
ikat perut
titik peluh
berat tulang
Adik Jihan sedang ___________ di ruang tamu rumah.
duduk
berjalan
meniarap
merangkak
Cik Amirah ____________ teresak-esak apabila mendengar berita tentang kematian ibunya.
ketawa
meraung
menangis
memanjat
Kereta yang rosak itu dibaiki _____________ Ah Seng.
untuk
dengan
oleh
di
Posmen itu menghulurkan se_____________ surat kepada kakak.
keping
helai
pucuk
biji
Tolong letakkan buku-buku ini di _____________ meja saya.
luar
tepi
belakang
atas
Cermin kereta Encik Othman telah _______________ berkecai.
gugur
pergi
tumbuh
pecah
________________kah kapal terbang itu akan berlepas?
Bila
Mengapa
Apa
Siapa
Tiga kaum terbesar di Malaysia ialah Melayu, Cina ____________ India.
kerana
dan
atau
supaya
Jawab soalan berdasarkan gambar petikan.
Alif mengikuti rombongan ke Taman Botani pada hari _____________.
Rabu
Isnin
Jumaat
Sabtu
Jawab soalan berdasarkan gambar petikan.
Di manakah letaknya Taman Botani itu?
Kuala Lumpur
Sabah
Johor
Putrajaya
Jawab soalan berdasarkan gambar petikan.
Alif dan rakan-rakannya melawat _____________________.
Taman Burung
Taman Rama-rama
Taman Flora
Taman Buaya
Jawab soalan berdasarkan gambar petikan.
Apakah perasaan Alif ketika melawat Taman Botani?
rimas
kecewa
bosan
gembira
______________ makan makanan ringan kerana tidak berkhasiat.
Tolong
Minta
Sila
Jangan
______________ makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
Tolong
Minta
Sila
Jangan
Pilih perkataan sinonim bagi perkataan yang bergaris.
Nenek dan datuk tinggal di kampung.
kota
bandar
desa
pekan
Pilih perkataan antonim bagi perkataan yang bergaris.
Air limau yang kakak buat sangat masam.
pedas
sedap
manis
tawar
________________ itu sangat besar.
Lelabah
Lelabi
Lelangit
Lelaki
Motosikal ayah sedang _________________ oleh mekanik.
terbaiki
pembaiki
dibaiki
membaiki
“____________ telah terpilih sebagai Tokoh Kanak-kanak,” kata Cikgu Suraya kepada Sakinah
Saya
Kamu
Kalian
Beliau
“____________ mesti menjaga kesihatan diri,” kata Cikgu Ridzuan kepada murid-muridnya.
Saya
Kamu
Kalian
Beliau
Zakri merupakan anak ___________ dalam keluarganya.
kedua-dua
kedua
empat
dua
______________, rajin sungguh Asmah membantu ibunya di dapur!
Eh
Hai
Wah
Nah
Ikan yang baru ditangkap itu _____________ belaka.
layu-layu
segar-segar
enak-enak
busuk-busuk
Inilah kali _____________ saya datang ke Kedah.
setiap
berpuluh
pertama
setengah
