Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PELABURAN KELAB PNB

Total questions: 18

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Simpanan ialah

a)

wang yang dipunyai oleh orang lain

b)

apabila seseorang memberi wang yang untuk dipinjamkan

c)

Simpanan ialah wang yang disimpan di institusi kewangan seperti bank

2.

kita boleh menyimpan didalam akaun berikut KECUALI :

a)

Akaun Simpanan

b)

Hartanah

c)

Akaun Semasa

d)

Akaun Simpanan Tetap

3.

Gambar berikut menunjukkan, sejenis :

a)

akaun

b)

wang

c)

cek

d)

bank draf

4.

Apakah nama penuh bagi Kad ATM?

a)

Auto Testing Machine

b)

Auto Teller Machine

c)

Aim The Money

5.

Pilih rumus bagi faedah mudah

a)

P = Irt

b)

I = Prt

c)

MV = P ( 1 + r/n )nt

d)

MV = 1 ( P + r/n )nt

6.

Hitung jumlah faedah mudah yang berikut.

RM100 000 disimpan selama 3 tahun pada kadar faedah 4.5% setiap tahun.

a)

13 500

b)

13 050

c)

15 300

d)

15 500

7.

Hitung jumlah simpanan yang akan diperoleh selepas 2 tahun dengan simpanan asal RM8 000 dan kadar faedah mudah tahunan 2%

a)

RM 2 830

b)

RM 8 230

c)

RM 8 023

d)

RM 8 320

8.

Akaun yang digunakan untuk menyimpan sejumlah wang tertentu dalam sesuatu tempoh masa tertentu bagi mendapatkan kadar faedah yang lebih tinggi.

a)

Akaun Simpanan

b)

Akaun Simpanan Tetap

c)

Akaun Semasa

9.

Akaun yang digunakan untuk menyimpan wang dan membuat pembayaran dengan menggunakan cek tetapi tidak mendapat sebarang faedah.

a)

Akaun Simpanan

b)

Akaun Simpanan Tetap

c)

Akaun Semasa

10.

Akaun yang digunakan untuk menyimpan wang atau mengeluarkan wang pada bila-bila masa dan menerima faedah.

a)

Akaun Simpanan

b)

Akaun Simpanan Tetap

c)

Akaun Semasa

11.

Pelaburan yang melibatkan suatu jumlah wang yang diuruskan oleh sebuah syarikat yang akan melaburkan wang itu ke dalam saham pelbagai syarikat yang berpontensi di mana dividen dan bonus atas pelaburan akan diberikan.

a)

Saham

b)

Amanah Saham

c)

Hartanah

12.

Pelaburan yang melibatkan pembelian harta seperti tanah, rumah kediaman, premis perniagaan, ladang dan sebagainya di mana pelabur akan menerima pulangan dalam bentuk pendapatan hasil yang dijana oleh hartanah tersebut.

a)

Saham

b)

Amanah Saham

c)

Hartanah

13.

Pegangan hak milik sesuatu syarikat dalam bentuk ekuiti dan pulangan pelaburan adalah dalam bentuk dividen dan keuntungan modal.

a)

Saham

b)

Amanah Saham

c)

Hartanah

14.
  1. Berikut merupakan jenis-jenis simpanan. Yang manakah yang berikut BUKAN jenis simpanan?
a)

Akaun Simpanan

b)

Akaun Luaran

c)

Akaun Simpanan Tetap

d)

Akaun Semasa

15.

Pemegang akaun jenis ini boleh melakukan pembayaran kepada pihak lain melalui cek.

a)

Akaun Semasa

b)

Akaun Simpanan Tetap

c)

Akaun Simpanan

d)

Akaun Bersama

16.

Yang manakah bukan jenis-jenis pelaburan?

a)

Saham

b)

Zakat

c)

Amanah Saham

d)

Hartanah

17.

Berikut merupakan pulangan untuk Amanah Saham. Yang manakan BUKAN merupakan pulangan bagi Amanah Saham.

a)

Faedah

b)

Syer bonus

c)

Keuntungan Modal

d)

Dividen

18.

Antara yang berikut, pelaburan yang manakah mempunyai tahap kecairan yang rendah?

a)

Hartanah

b)

Unit Amanah

c)

Saham syarikat

d)

Simpanan tetap