wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Seni Bina Masjid dan Kediaman

Total questions: 50

Worksheet time: 45mins

Name
Class
Date
1.

Seni bina masjid di Malaysia menerima pengaruh dari


I Timur Tengah

II Indonesia

III Filipina

IV China

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II. III dan IV

2.

Pernyataan di bawah merujuk kepada reka bentuk bumbung masjid berbentuk


- Seni bina yang dibawa dari Nusantara

- Bahagian bumbung bertingkat-tingkat

a)

payung.

b)

piramid.

c)

atap tumpang.

d)

potong bawang.

3.

Berikut merupakan pernyataan yang benar tentang reka bentuk rumah tradisional Melayu kecuali

a)

dibina atas tiang.

b)

menggunakan bumbung tebar layar.

c)

mempunyai bumbung yang panjang.

d)

pembahagian ruang di dalam rumah tidak ketara.

4.

Antara berikut, yang manakah fungsi anjung rumah bagi masyarakat Melayu pada masa dahulu?


I Tempat orang lelaki bersantai bersama-sama ahli keluarga

II Tempat orang lelaki mengadakan perbincangan

III Tempat orang lelaki melakukan kerja harian

IV Tempat orang lelaki tidur pada waktu petang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Apakah nama struktur binaan tersebut yang lazimnya terdapat di dalam masjid?

a)

Mihrab

b)

Menara

c)

Mimbar

d)

Tangga tinggi

6.

Jelaskan kegunaan struktur binaan masjid tersebut.

a)

Tempat imam berehat seketika

b)

Tempat muazzin melaungkan azan

c)

Tempat imam mengetuai solat jemaah

d)

Tempat imam menyampaikan khutbah

7.

Antara berikut, yang manakah bahagian pada pelan rumah tradisional Melayu di atas yang sesuai digunakan untuk kenduri

a)

W

b)

X

c)

Y

d)

Z

8.

Reka bentuk rumah tradisional Melayu tersebut banyak terdapat di negeri

a)

Johor

b)

Kelantan

c)

Terengganu

d)

Negeri Sembilan

9.

Sumber idea bagi reka bentuk bumbung rumah tersebut ialah

a)

tanduk lembu.

b)

tanduk kerbau.

c)

gading gajah.

d)

kepala ayam.

10.

Salah satu reka bentuk rumah tradisional Melayu ialah rumah berpanggung.


Berdasarkan pernyataan di atas, maksud rumah berpanggung ialah

a)

rumah bertiang bulat dan berlantai tinggi

b)

rumah yang terletak di tepi sungai

c)

rumah bertiang seri

d)

rumah bertiang 36

11.

Rumah kutai pada gambar tersebut dipengaruhi oleh seni bina

a)

Acheh dan Siam

b)

Bugis dan Acheh

c)

Siam dan Minang

d)

Acheh dan Minang

12.

Reka bentuk bumbung masjid pada gambar di atas dibina mengikut reka bentuk

a)

payung.

b)

gabungan.

c)

atap tumpang.

d)

potong bawang.

13.

Lokasi yang lazimnya dipilih untuk mendirikan rumah tradisional Melayu pada masa dahulu ialah

a)

tepi tasik.

b)

tepi pantai.

c)

sepanjang lereng bukit.

d)

sepanjang tebing sungai.

14.

Apakah ciri-ciri keunikan rumah tradisional di Terengganu?

I Bumbung tinggi dan curam

II Bilangan anak tangga ganjil

III Menggunakan pasak tanpa paku

IV Tangga terletak pada bendul lantai

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

15.

Yang manakah antara struktur rumah Melayu tradisional berikut menggunakan kelarai seperti gambar tersebut?

a)

Pintu

b)

Lantai

c)

Rasuk

d)

Dinding

16.

Mengapakah menara masjid suatu ketika dahulu sehingga ke hari ini dibina dalam keadaan yang lebih tinggi?

a)

Membolehkan laungan azan kedengaran dalam lingkungan yang besar

b)

Menjadi kebiasaan dan keperluan syarat pembinaan struktur masjid

c)

Memudahkan musafir mengenali masjid pada kedudukan yang jauh

d)

Mempamerkan seni bina masjid yang sungguh menarik dan kreatif

17.

Apakah struktur utama dalam pembinaan sebuah masjid?

I Tempat wuduk

II Mimbar

III Mihrab

IV Menara

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

18.

Apakah jenis reka bentuk rumah Melayu tersebut?

a)

Rumah limas

b)

Rumah bujang

c)

Rumah Minangkabau

d)

Rumah Melayu Melaka

19.

Manakah antara bahagian-bahagian dalam rumah Melayu tradisional berikut yang dianggap sebagai rumah pasif?


I Bilik tidur

II Anjung

III Serambi

IV Kelek anak

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Berdasarkan pelan rumah Melayu tradisional dalam gambar rajah tersebut, ruang manakah yang digunakan sebagai tempat tidur anak lelaki bujang?

a)

I

b)

II

c)

III

d)

IV

21.

Berdasarkan gambar rajah tersebut, bahagian manakah yang dipanggil rumah ibu?

a)

I

b)

II

c)

III

d)

IV

22.

Tangga batu dalam gambar rajah di atas menunjukkan salah satu keunikan dalam reka bentuk rumah Melayu tradisional. Apakah nama jenis rumah yang mempunyai ciri-ciri tersebut?

a)

Rumah serambi Pulau Pinang

b)

Rumah serambi Melaka

c)

Rumah limas

d)

Rumah kutai

23.

Apakah pengaruh seni bina yang terdapat pada reka bentuk tangga batu bersalut jubin tersebut?

a)

India

b)

China

c)

Portugis

d)

Jawa

24.

Rumah Melayu tradisional dibahagikan kepada

a)

ruang tamu, ruang tidur dan ruang dapur

b)

ruang rehat, ruang makan dan ruang memasak

c)

bahagian hadapan, bahagian tengah dan bahagian dapur

d)

bahagian depan, bahagian tengah dan bahagian belakang

25.

Apakah fungsi kelek anak?

a)

Tempat kaum wanita menjalankan aktiviti harian

b)

Tempat tidur anak sulung

c)

Tempat anak-anak bermain

d)

Tempat kaum lelaki bermesyuarat

26.

Berdasarkan gambar tersebut, di manakah ahli-ahli keluarga menjalankan upacara keagamaan?

a)

Anjung

b)

Serambi

c)

Ruang pelancar

d)

Ruang bilik

27.

Di manakah tempat untuk mencuci pinggan mangkuk selepas makan?

a)

Ruang dapur

b)

Selang

c)

Tangga belakang

d)

Ruang pelancar

28.

Mengapakah dalam pembinaan rumah Melayu tradisional mempunyai sambungan kayu seperti dalam gambar rajah di atas?

a)

Kerana struktur binaan lebih kukuh

b)

Kerana struktur binaan lebih tahan lama

c)

Kerana struktur binaan tidak menggunakan paku besi

d)

Kerana struktur binaan lebih menjimatkan kos

29.

Apakah masjid yang tertua di Malaysia?

a)

Masjid Langgar, Kota Bharu

b)

Masjid Kampung Tuan, Terengganu

c)

Masjid Jamek, Kuala Lumpur

d)

Masjid Kampung Laut, Kelantan

30.

Apakah masjid yang memperlihatkan ciri-ciri seni bina Timur Tengah?

a)

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

b)

Masjid Tanquerah, Melaka

c)

Masjid Kampung Hulu, Melaka

d)

Masjid Kampung Keling, Melaka

31.

Apakah ciri-ciri masjid yang dipengaruhi oleh seni bina Timur dan India?

a)

Mempunyai kubah berbentuk bawang

b)

Mempunyai tanda anak bulan dan bintang

c)

Mempunyai bumbung bertingkat-tingkat

d)

Mempunyai tiang yang banyak

32.

Antara masjid berikut, yang manakah menampilkan hiasan landskap dengan penyatuan elemen air persekitarannya.


I Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Terengganu

II Masjid Jamek Mersing, Johor

III Masjid Kampung Laut, Nilampuri, Kelantan

IV Masjid Putrajaya, Selangor

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

33.

Antara masjid berikut, yang manakah mempunyai pengaruh Barat dalam reka bentuknya?


I Masjid Abu Bakar, Johor Bahru

II Masjid Jamek, Sultan Ibrahim Muar, Johor

III Masjid Zahir, Alor Star, Kedah

IV Masjid Negara, Kuala Lumpur

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

34.

Pilih kombinasi masjid yang menampilkan rekaan kubah potong bawang


I Masjid Negara, Kuala Lumpur

II Masjid Kapitan Kling, Pulau Pinang

III Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

IV Masjid Zahir, Alor Star, Kedah

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, III dan IV

35.

Pilih pernyataan tidak benar tentang hiasan dan ukiran pada mimbar masjid.

a)

Mimbar diukir indah dengan sapuan cat perada emas

b)

Mimbar diukir dengan flora sulur bayung serta daun ketumbit

c)

Mimbar diukir dengan ukiran kayu tebuk tembus dengan silat dan sulur

d)

Mimbar diukir dengan motif fauna dengan sapuan warna terang

36.

Antara unsur seni bina berikut, manakah paling awal terdapat pada rekaan masjid di Malaysia

a)

Unsur seni bina India dan Moghul

b)

Unsur seni bina Neoklasik Barat

c)

Unsur seni bina Melayu-Nusantara

d)

Unsur seni bina Modenisme

37.

Apakah jenis kayu yang berkualiti untuk pembinaan rumah Melayu tradisional?

a)

Balau dan keruing

b)

Cengal dan damar laut

c)

Kempas dan kapur

d)

Jelutong dan sepetir

38.

Orang Bugis mengumpamakan rumah sebagai tubuh badan manusia. Pilih pasangan yang tepat berkaitan perumpamaan tersebut.

a)

Bumbung rumah - songkok yang menutup kepala

b)

Lamtai rumah - telapak kaki

c)

Tiang rumah - kaki yang menyokong

d)

Ruang bilik - bahu yang memikul

39.

Ukiran pola pemidang ditemui pada ____________ rumah Melayu tradisional

a)

bumbung rumah

b)

cucuran atap

c)

dinding

d)

tingkap

40.

Pilih pernyataan yang tepat tentang rumah limas di negeri Johor

a)

Mempunyai pengaruh seni bina Minangkabau

b)

Mempunyai ciri-ciri seni bina Cina

c)

Memiliki ciri-ciri seni bina Pattani

d)

Mempunyai seni bina Bugis, Jawa, Banjar dan Belanda

41.

Apakah faktor yang tidak berkaitan dengan seni bina rumah Melayu tradisional?

a)

Alam sekitar

b)

Ekonomi

c)

Bilangan anak

d)

Iklim

42.

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang pemilihan tapak rumah.

a)

Pawang dan bomoh memainkan peranan dalam penentuan tapak rumah

b)

Tanah lapang yang subur dipilih untuk keperluan bercucuk tanam

c)

Tanah berpaya dikatakan tempat kediaman makhluk halus

d)

Tanah berlalang panjang sesuai untuk ternakan lembu

43.

Berikut adalah pernyataan yang merujuk kepada pantang larang dan kepercayaan dalam memilih tapak rumah. Pilih pasangan pernyataan yang tepat.


I Tanah berbusut dikatakan menjadi tempat kediaman makhluk halus

II Tapak tanah berwarna merah tempat jin menyimpan harta karun

III Tapak tanah mempunyai pokok bunga tempat tinggal mambang

IV Tapak yang mempunyai pokok dipanah petir menjadi tempat laluan syaitan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

I dan IV

44.

Rumah yang mula-mula didirikan oleh orang Melayu ialah

a)

rumah berlantai

b)

rumah bertangga

c)

rumah beratap

d)

rumah berpanggung

45.

Pilih pernyataan yang tepat tentang rasuk.

a)

Kayu yang berfungsi sebagai pengikat rangka rumah.

b)

Kayu yang diikat simpai untuk kekuatan struktur rumah

c)

Bilan lantai yang diperbuat daripada batang pinang atau buluh

d)

Jubin yang menjadi penutup konkrit tangga

46.

Pilih pernyataan yang merujuk kepada fungsi anjung rumah.

a)

Ruang untuk mengadakan kenduri bagi orang lelaki

b)

Ruang untuk mengadakan majlis adat

c)

Ruang untuk menyambut tetamu dan membuat kerja-kerja ringan

d)

Ruang untuk menempatkan simpanan barangan dapur

47.

Nyatakan buku yang mempunyai catatan terawal seni bina Melayu tradisional.

a)

Sejarah Johor

b)

Hikayat Pelayaran Abdullah

c)

Sejarah Melayu

d)

Hikayat Merong Mahawangsa

48.

Pada peringkat awal perkembangan seni bina rumah, apakah bahan yang digunakan untuk membuat tangga?

a)

Tangga batu bersalut jubin

b)

Tangga papan berukir tebuk tembus

c)

Tangga kayu bulat diikat rotan atau akar

d)

Tangga daripada batang nibung

49.

Itik pulang petang, semua beriring, leba bergantung, Tampuk manggis


Perkataan-perkataan di atas merujuk kepada

a)

tiang rumah.

b)

lantai rumah.

c)

bumbung rumah.

d)

ragam hias rumah.

50.

Masjid Kampung Laut, Kelantan mempunyai bentuk seni bina mirip Masjid Agung Demak, Jawa Indonesia. Nyatakan pengaruh seni bina kedua-dua masjid ini

a)

Unsur seni bina Melayu-Nusantara (Atap Tumpang)

b)

Unsur seni bina India dan Moghul

c)

Unsur seni bina warisan British

d)

Unsur seni bina Barat-Georgian