NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU (1)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1. Datuk berpesan ________ kami supaya menghormati orang yang lebih tua.
pada
kepada
bagi
untuk
2. Peti sejuk di rumahnya masih __________ walaupun sudah 15 tahun digunakan.
tegap
teguh
kukuh
elok
3. _______ pada tembikar itu semakin jelas apabila cuaca panas.
Belah
Retak
Hancur
Patah
4. Muka Nurain kelihatan __________ selepas terkena kejutan elektrik.
pudar
lenguh
pucat
lemah
5. Wajah Azam ________ abang saya apabila dilihat dari sisi.
dekat
hampir
mirip
imbas
6. “_____________ mesti menjaga kebersihan kawasan sekolah,” kata Encik Wong.
Mereka
Awak
Saya
Kita
7. _____________ berebut-rebut ketika menaiki bas.
Jangan
Sila
Bila
Tolong
8. James dan Samy berkawan baik. ____________ belajar dalam Kelas 2N.
Kami
Saya
Mereka
Awak
9. Cik Kavita guru kelas kami. __________ mengajar kami Matematik.
Beliau
Mereka
Kamu
Dia
10. _________ minta kebenaran sebelum keluar dari bilik darjah.
Sila
Jangan
Tidak boleh
Perlu
11. Petani itu ___________ sayur-sayuran di kebunnya.
menyusun
mengajar
menanam
menabung
12. Rani menutup suis komputer __________ keluar dari makmal komputer.
sambil
tetapi
lalu
meskipun
13. Anggota penyelamat tidak berani ke tempat itu kerana arus sungainya amat _______ .
cepat
laju
deras
pantas
14. Rahimah suka berbelanja di pasar tani kerana ikan dan sayur-sayuran yang dijual sungguh ___________.
baru
segar
layu
tulen
15. Syarikat itu telah mengambil langkah _________ untuk mengelak daripada terus mengalami kerugian.
bijak
pintas
cerdik
aktif
16. Razak tidak dapat tidur _________ kerana asyik berfikir tentang bapanya yang sakit tenat.
lena
ayam
mati
selesa
17. Banyak pemuda yang terpikat akan gadis yang _______ itu.
indah
ayu
moden
tampan
18. ________ hendak ke tandas, kata Amirul kepada guru kelasnya.
Saya
Kami
Kita
Awak
19. Amran seorang yang sangat rajin. _______ selalu dipuji oleh gurunya.
Awak
Beliau
Dia
Kamu
20. ________ bercakap ketika makan.
Jangan
Sila
Perlu
Kalau
