wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGAJIAN AM S1/2018/2017(U)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang konsep negara berdaulat?

a)

Mempunyai identitinya sendiri

b)

Mempunyai penduduk yang tetap

c)

Mempunyai institusi pemerintah yang berkesan

d)

Mempunyai hubungan diplomatik dengan kuasa luar

2.

Yang manakah cara pindaan syarat-syarat kewarganegaraan Malaysia dapat dilaksanakan?

a)

Majoriti mudah Majlis Parlimen

b)

Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara

c)

Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong

d)

Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja

3.

Encik Z lahir di Persekutuan selepas bulan September 1962 dan ibunya seorang pemastautin tetap. Yang manakah cara Encik Z untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?

a)

Kuatkuasa undang-undang

b)

Percantuman wilayah

c)

Pendaftaran

d)

Masukan

4.

Yang manakah kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?

a)

Khalwat

b)

Mengamalkan ajaran sesat

c)

Tidak berpuasa pada bulan Ramadan

d)

Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian

5.

Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan oleh badan eksekutif setelah

a)

diluluskan oleh Majlis Parlimen

b)

disahkan oleh Badan Kehakiman

c)

diwartkan sebagai Warta Kerajaan

d)

diperkenan kan oleh Yang di-Pertuan Agong

6.

Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana

a)

rombakan kabinet

b)

kematian Setiausaha Dewan Negara

c)

kemuflisan Ahli Dewan Undangan Negeri

d)

peletakan jawatan Setiausaha Dewan Rakyat

7.

Yang manakah yang menggambarkan sistem pemilihan kerajaan di Malaysia?

a)

Perlembagaan Persekutuan menentukan sistem pemilihan kerajaan

b)

Ketua Negara menetapkan tarikh pemilihan kerajaan

c)

Kerajaan dipilih oleh rakyat lima tahun sekali

d)

Perdana Menteri dipilih melalui pilihan raya

8.

Yang manakah ciri untuk memastikan tadbir urus baik dapat dilaksanakan dengan berkesan dalam perkhidmatan awam?

a)

Proses kerja yang jelas

b)

Tahap keilmuan yang tinggi

c)

Keputusan dibuat berdasarkan budi bicara

d)

Ketelusan dalam perkongsian maklumat dan prosedur kerja

9.

Tadbir urus yang cekap bertujuan untuk

a)

meningkatkan keupayaan kerajaan melaksanakan dasar

b)

menambahkan sumber manusia berasaskan kelayakan

c)

mengekalkan kerenah birokrasi dalam prosedur kerja

d)

melaksanakan penguatkuasaan secara budi bicara

10.

Bayaran sewaan kuarters guru. Bayaran denda kerana kesalahan lalu lintas. Penerimaan bayaran ini dikategorikan sebagai

a)

hasil bukan cukai

b)

terimaan bukan hasil

c)

bayaran perkhidmatan

d)

hasil Wilayah Persekutuan

11.

Menjadi pemangkin perubahan dalam aspek penyampain di sektor awam dan swasta. Menyokong kementerian dalam proses perancangan penyampaian. Tugas ini dilaksanakan oleh

a)

Unit Inovasi Khas

b)

Unit Kerjasama Awam Swasta

c)

Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksana

d)

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

12.

Fungsi Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak ialah

a)

menyeragamkan pentadbiran

b)

menyelaraskan aktiviti ekonomi

c)

memudahkan cara pelaksanaan projek pembangunan

d)

meningkatkan kerjasama antara sektor awam dengan swasta

13.

Yang manakah agensi yang bertanggungjawab untuk mengagihkan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri mengikut panjang jalan raya dan bilangan penduduk?

a)

Perbendaharaan

b)

Majlis Kewangan Negara

c)

Pihak Berkuasa Tempatan

d)

Bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri

14.

Prestasi penyampaian agensi awam dapat ditingkatkan melalui

a)

peningkatan bilangan kakitangan

b)

pemudahcaraan proses dan prosedur kerja

c)

perwujudan jabatan dan agensi yang baharu

d)

pengurangan masa operasi penyampaian perkhidmatan

15.

Yang manakah kesan kewujudan Pusat Transformasi Bandar dan Pusat Transformasi Luar Bandar?

a)

Kos operasi kerajaan dikurangkan

b)

Penswastaan perkhidmatan awam diperluas

c)

Waktu urusan di pejabat-pejabat kerajaan dipendekkan

d)

Urusan orang ramai dengan agensi awam dan swasta dipermudah