wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Kendiri BM T3 2020

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Beberapa orang _______________ dari luar negara sedang menemu ramah Perdana Menteri dalam program tersebut.

a)

juruacara

b)

juruhebah

c)

karyawan

d)

wartawan

2.

Agensi kerajaan itu akan memantau rumah orang tua-tua untuk memastikan ________ penghuninya senantiasa dijaga.

a)

keadaan

b)

kebaikan

c)

kebajikan

d)

keseronokan

3.

Calon yang dipilih untuk menerima anugerah itu ________ perlu berpengetahuan luas _______ harus mempunyai tingkah laku yang baik.

a)

walaupun ... namun

b)

semakin ... semakin

c)

bukan saja ... tetapi juga

d)

sedangkan ... tambahan pula

4.

Pada waktu ini, dia _______ sedang tidur di rumahnya.

a)

begitu

b)

cuma

c)

hanya

d)

barangkali

5.

Beliau telah _______ pingat kebesaran bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-62.

a)

dianugerahi

b)

dianugerahkan

c)

menganugerah

d)

penganugerahan

6.

_______ untuk mencari peserta Program Perantis Keusahawanan itu akan diadakan pada minggu hadapan di Hotel Putra, Kuala Lumpur.

a)

Uji diri

b)

Uji bakat

c)

Temu bual

d)

Temu duga

7.

Dia tidak _______ tentang perkembangan di kampung halamannya sejak berpindah ke Miri, Sarawak.

a)

tahu-menahu

b)

tanya-menanya

c)

kenal-mengenal

d)

tengok-menengok

8.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan A, B atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


Puan Aina memegang erat tangan anaknya sambil melintas jalan.

a)

berpegang erat tangan anaknya

b)

berpegang tangan dengan anaknya

c)

memegang tangan anaknya erat-erat

d)

memegang erat tangan anaknya

9.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan A, B atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


Rombongan yang mereka sertai itu terdiri daripada tiga puluh orang murid dan empat orang guru.

a)

Rombongan yang mereka menyertai

b)

Rombongan yang menyertai mereka

c)

Rombongan yang disertai oleh mereka

d)

Rombongan yang mereka sertai

10.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan A, B atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


Setelah saling bermaaf-maafan mereka bertiga pun bersalam-salaman.

a)

Setelah memaafi

b)

Setelah bermaaf-maafan

c)

Setelah saling maaf-memaafi

d)

Setelah saling bermaaf-maafan

11.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Kakak menambahkan tomato sos ke dalam masakan itu.


II Abang sangat gemar akan kuetiau goreng.


III Pisang goreng di gerai itu sungguh enak.


IV Sudah dua setengah jam ia berdiri di situ.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

12.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Saya menunggu Hasbi di sini sejak dari pukul 4:00 petang tadi.


II Oleh kerana ribut petir, dia terpaksa berteduh di pondok itu.


III Jersi yang dipakai oleh pasukan itu ditaja oleh Syarikat Beras Jati.


IV Motosikal itu tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan minyak.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan Iv

13.

Peribahasa-peribahasa yang berikut membawa maksud kebaikan bekerjasama, bersahabat dan bantu-membantu kecuali

a)

bagai aur dengan tebing

b)

bagai dakwat dengan kertas

c)

bagai pahat dengan penukul

d)

bagai bulan dipagari bintang

14.

Tuan Syabil sama sekali tidak menyangka bahawa pengurus syarikat yang menjadi orang kanannya telah menggelapkan sejumlah besar wang syarikat.


Hal ini diibaratkan

a)

lebih sudu daripada kuah

b)

lain diacah, lain yang jadi

c)

harapkan pagar, pagar makan padi

d)

kecil api menjadi kawan, besar menjadi lawan

15.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan maksud di bawah.


Pendiam

a)

berat tulang

b)

berat hati

c)

berat mulut

d)

berat sebelah

16.

Tema yang ingin diketengahkan dalam novel Chot karya Azizi Haji Abdullah ialah

a)

Kasih sayang sesama makhluk ciptaan Tuhan

b)

Persahabatan yang ikhlas

c)

Ketabahan hidup golongan miskin

d)

Kesungguhan dalam menuntut ilmu

17.

Berikut merupakan watak sampingan dalam novel Chot kecuali

a)

Chot

b)

Som

c)

Alias

d)

Cikgu Sunan

18.

Alat yang digunakan Alias untuk merodok perut Chot...

a)

lembing

b)

tombak

c)

parang

d)

sabit

19.

Walaupun Alias tidak hadir ke sekolah, namun dia tetap membuat latihan dan kerja sekolah yang oleh Cikgu Sunan melalui kawan baiknya Som.


Berdasarkan contoh peristiwa ini nyatakan latar masyarakat

a)

Masyarakat yang pemalas

b)

Masyarakat yang berusaha menuntut ilmu

c)

Masyarakat yang taat kepada guru

d)

Masyarakat yang suka ponteng sekolah

20.

Frasa yang ditulis oleh Alias di kubur Chot ialah ...

a)

aku akan ke universiti Chot

b)

tunggu aku di pintu universiti Chot

c)

jasamu di kenang,terima kasih Chot

d)

keranamu aku ke universiti Chot