wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Trend semasa dalam perniagaan bab 2 t4 part 2

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimanakah kerajaan dapat mempengaruhi operasi sesebuah perniagaan?

a)

A. Melalui penggubalan dasar dan penguatkuasaan undang-undang

b)

B. Menberikan khidmat nasihat kepada golongan peniaga

c)

C. Meletakkan wakil kerajaan di setiap premis perniagaan

d)

D. Mengenakan denda kepada peniaga yang tidak mengikut peraturan

2.

Yang manakah pasangan yang BETUL berkaitan dengan Dasar Fiskal dan Dasar Kewangan?

a)

A. Dasar fiskal : Pelaksanaan cukai

Dasar kewangan: Penetapan kadar faedah

b)

B. Dasar fiskal : Dilaksanakan sepanjang tahun

Dasar kewangan:Dilaksanakan untuk tempoh tertentu

c)

C. Dasar fiskal : Dikenakan kepada semua orang

Dasar kewangan: Khas untuk peniaga sahaja

d)

D. Dasar fiskal : Dilaksanakan melalui bank saudagar

Dasar kewangan:Dilaksanakan melalui bank pusat

3.

Antara berikut, yang manakah kesan kemelesetan ekonomi?


I Guna tenaga penuh

II Pengangguran meningkat

III Kuasa beli penduduk menurun

IV Kuasa beli penduduk meningkat

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

4.

Gambar foto di atas berkaitan faktor dalaman dalam persekitaran perniagaan.


Apakah faktor dalaman tersebut?

a)

A. Pekerja

b)

B. Pemasaran

c)

C. Pengeluaran

d)

D. Gaya pengurusan

5.

Pilih pernyataan yang benar berkaitan analisis SWOT.

a)

A. Kekuatan dan ancaman ialah komponen analisis luaran

b)

B. Kekuatan dan kelemahan ialah komponen analisis luaran

c)

C. Peluang dan ancaman ialah komponen untuk analisis luaran

d)

D. Peluang dan ancaman ialah komponen untuk analisis dalaman

6.

Mengapakah trend penggunaan tenaga pekerja di negara maju semakin berkurangan?

a)

A. Tiada peluang untuk kenaikan pangkat dalam organisasi

b)

B. Upah yang ditawarkan rendah oleh itu pekerja berhijrah ke negara lain

c)

C. Meningkatnya penggunaan mesin, robot dan teknologi dalam pengeluaran

d)

D. Negara maju hanya menumpukan kepada bidang perkhidmatan sahaja

7.

Pilih pernyataan betul tentang masalah kemerosotan ekonomi.


I Pendapatan penduduk tidak mencukupi untuk membeli barang

II Peniaga akan mengeksport barang ke luar negara

III Pengeluaran barang meningkat

IV Kadar pengangguran meningkat

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

8.

Yang manakah kesan perubahan dari aspek teknologi?

a)

A. Kaedah pengagihan barang dan perkhidmatan menjadi lebih cekap

b)

B. Perbezaan gaya hidup membuka peluang menembusi pasaran yang baharu

c)

C. Pelbagai program berkaitan perniagaan diterapkan dalam sistem pendidikan

d)

D. Sekatan dikenakan ke atas barang import untuk melindungi dan menjaga kepentingan peniaga tempatan

9.

Situasi manakah yang berkaitan dengan gaya pengurusan sederhana?

a)

A. Majikan bertindak tegas dengan pekerja

b)

B, Majikan terlalu memberi ruang kepada pekerja mereka

c)

C. Majikan menjaga hubungan baik dengan pekerja mereka

d)

D. Majikan menjalinkan hubungan baik dengan pekerja mereka

10.

Yang manakah tanggungjawab Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)?

a)

A. Mendaftar perniagaan

b)

B. Mengawal penetapan harga

c)

C. Menggubal undang-undang syarikat

d)

D. Membantu mempromosi syarikat ke luar negara