NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsAYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Name
Class
Date
1.
Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif yang betul. Ibu mengisar kacang tanah itu sehingga hancur.
a)
Kisaran kacang tanah itu menghancurkan ibu.
b)
Sehingga hancur kacang tanah itu ibu mengisar.
c)
Kacang tanah itu dihancurkan oleh ibu dengan pengisar.
d)
Kacang tanah itu dikisar oleh ibu sehingga hancur.
2.
Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif yang betul. Kedai itu menjual barang-barang runcit.
a)
Barang-barang runcit dijual di kedai itu.
b)
Kedai runcit itu menjual barang-barang runcit.
c)
Kedai itu dijual oleh barang-barang runcit.
d)
barang-barang runcit kena jual oleh kedai itu.
3.
Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif yang betul. Perompak memasuki kedai emas itu awal pagi semalam.
a)
Kedai emas awal itu dimasuki perompak pagi semalam.
b)
Perompak kena masuk ke kedai emas itu awal pagi semalam.
c)
Kedai emas itu dimasuki perompak awal pagi semalam.
d)
Kedai emas itu dirompak awal pagi semalam.
4.
Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif yang betul. Encik Samad sekeluarga mendiami rumah itu sejak tujuh tahun yang lalu.
a)
Rumah yang berusia tujuh tahun itu didiami oleh Encik Samad sekeluarga.
b)
Rumah itu didiami Encik Samad sekeluarga sejak tujuh tahun lalu.
c)
Rumah itu didiami Encik samad sekeluarga sejak dia berumur tujuh tahun.
d)
Rumah yang didiami Encik samad sekeluarga itu sudah berusia tujuh tahun.
5.
Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif yang betul. Kita mesti mendengar nasihat ibu bapa.
a)
Ibu bapa kita mesti mendengar nasihat.
b)
Nasihat ibu bapa mesti kita dengari.
c)
Nasihat ibu bapa mesti didengari oleh kita.
d)
Mesti didengari oleh kita nasihat ibu bapa.
6.
Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul. Bola itu ditendang oleh Syafiq Rahim.
a)
Syafiq Rahim menendang bola itu.
b)
Syafiq Rahim menendang bolanya itu.
c)
Syafiq Rahim yang menendang itu bola.
d)
Yang menendang bolanya ialah Syafiq Rahim.
7.
Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul. Cadangan itu kami sokong.
a)
Cadangan itu menyokong kami.
b)
Cadangan kami mendapat sokongan.
c)
Kami menyokong cadangan itu.
d)
Para penyokong menyokong cadangan kami.
8.
Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul. Makmal Sains itu dirasmikan oleh Datuk Bandar.
a)
Datuk Bandar merasmikan Makmal Sains itu.
b)
Datuk merasmikan Makmal Sains itu di bandar.
c)
Datuk merasmikan Makmal Sains bandar itu.
d)
Persatuan Sains merasmikan Makmal Datuk Bandar itu.
9.
Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul. Air milo ini dibancuh oleh Puan Faridah pagi tadi.
a)
Puan Faridah bancuh pagi tadi air milo ini.
b)
Puan Faridah pagi tadi bancuh air milo ini .
c)
Air milo ini membancuh Puan Faridah pagi tadi.
d)
Puan Faridah membancuh air milo ini pagi tadi.
10.
Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul. Mesyuarat tergempar akan diadakan oleh Persatuan Penduduk Medan Maju.
a)
Persatuan Penduduk Medan Maju akan digemparkan oleh mesyuarat.
b)
Penduduk Medan Maju akan mengadakan mesyuarat tergempar persatuan.
c)
Persatuan Penduduk Medan Maju akan mengadakan mesyuarat tergempar.
d)
Penduduk menggemparkan Persatuan Medan Maju semasa mesyuarat.
Reset
