wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Hati Harlina_________apabila mendapat tahu bahawa tunangnya curang.

a)

seperti hujan jatuh ke pasir

b)

seperti ikan kena tuba

c)

seperti kaca terhempas ke batu

2.

Hubungan Rania dan Raisya sangat rapat, hubungan mereka ini bertepatan dengan perumpamaan______

a)

bagai duri dalam daging

b)

bagai tikus jatuh ke beras

c)

bagai dakwat dengan kertas

3.

Aleesya mencurahkan __________________nya kepada kakak sambil menangis.

a)

sakit hati

b)

patah hatinya

c)

isi hati

4.

Tulisan Syamimi seperti _______________dan sukar dibaca.

a)

lintah darat

b)

cakar itik

c)

cakar ayam

d)

kucing bertanduk

5.

Aiman ________. Oleh sebab itu, dia sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

a)

otak kering

b)

otak beku

c)

otak cair

6.

Cik Hasmah tekun menenun songket itu ________sehingga tidak sedar kehadiran kami ke rumahnya.

a)

seperti delima merekah

b)

seperti api dalam sekam

c)

seperti anai-anai makan kayu

7.

Cik Kiah tidak disukai oleh penduduk kampung kerana sikapnya yang gemar________________tentang keburukan orang lain.

a)

bawa hati

b)

bawa mulut

c)

bawa tuah

8.

Wan Suraya________ untuk menjadi penyanyi terkenal suatu hari nanti kerana suaranya amat merdu.

a)

ada jalan

b)

ada bakat

c)

ada akal

9.

Darlina dan adik-adiknya_________apabila ibu dan ayahnya meninggal dunia dalam kemalangan seminggu yang lalu.

a)

seperti anak ayam kehilangan ibu

b)

seperti cincin dengan permata

c)

seperti langit dengan bumi

10.

Robert betul-betul kecewa kerana dia dipersalahkan dalam kes kecurian itu. Padahal dia langsung tidak berada di tempat berkenaan . Keadaan ini diibaratkan ____________________

a)

rambut sama hitam hati alin-lain

b)

sepandai-pandai tupai melompat, akhirnyajatuh ke tanah jua

c)

orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getahnya