wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 4 KSSM BAB 4 (SELASA)

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Apakah peranan British Military Administartion (BMA) di Tanah Melayu selain mengembalikan kestabilan dan keamanan

a)

melaksanakan Malayan union

b)

Menghapuskan saki -baki komunis

c)

memulihkan kepercayaan rakyat terhadap British

d)

menyediakan Tanah Melayu ke arah kemerdekaan

2.

Perkara yang berkaitan KERTAS PUTIH 6274 yang dibentangkan dalam Parlimen British seperti bentuk pentadbiran,sistem perundangan ,Kedudukan Raja-Raja Melayu dan syarat kewarganegaraan .Kesemuanya adalah berkaitan dengan

a)

Gagasan Malayan Union

b)

peranan British Military Admnistration

c)

usaha ke arah kemerdekaan Melayu

d)

pembangunan selepas Perang Dunia Kedua

3.

Apakah permintaan dalam memorandum Persatuan Pelajar Melayu Britain berkaitan kewarganegaran dalam rancangan Malayan Union?

a)

hanya untuk rakyat sultan

b)

berasaskan prinsip jus soli

c)

tidak mengikut prinsip jus soli

d)

ditentukan oleh Raja-Raja Melayu

4.

Dalam tempoh dua bulan, Sir Harold Mac MIchael berjaya mendapatkan tandatangan persetujuan Raja-Raja Melayu untuk meneruskan Malayan Union.Bagaimana Mac MIchael berjaya berbuat demikan?

a)

Mengugut raja

b)

Memelihara kedudukan raja

c)

Menentang kerakyatan jus soli

d)

Mempertahankan keistimewaan orang Melayu

5.

Persidangan Raja-Raja Melayu diadakan di Kuala Kangsar, Perak pada bulan April 1946.Apakah keputusan yang dicapai oleh Raja-Raja Melayu dalam persidangan tersebut?

a)

Mengadakan rombongan ke London,England

b)

Membantah Malayan Union melalui mahkamah di England

c)

Menarik balik tandatangan

d)

menentang sistem perundangan British

6.

Tuanku Syed Putra Jamalulail menghantar telegram kepada kerajaan British di London untuk membuat bantahan. apakah perkara yang menyebabkan baginda tidak berpuas hati?

a)

kedudukan baginda terancam

b)

kuasa pemerintahan dilucutkan

c)

Penglibatan Perlis dalam Malayan Union

d)

Tidak diberi peluang untuk berbincang dengan pembesar negeri

7.

Mengapakah Sultan Hishamuddin Alam Shah ibni almarhum Sutan Alauddin Sulaiman Shah mendermakan $15 ribu kepada Persatuan Melayu Selangor?

a)

menganjurkan Kongres Melayu

b)

Mengasaskan Selangor

c)

Menganjurkan derma besar-besaran

d)

Menjadi ahli Melayu Selangor

8.

Raja-Raja Melayu mengadakan perjumpaan dengan Dato'Onn Jaafar.Orang ramai melaungkan "Daulat Tuanku" dan "Hidup Melayu".Apakah peristiwa tersebut

a)

pembentukan UMNO

b)

Mengaktifkan semula persatuan Melayu

c)

Memulau upacara perlantikan Gabenor Malayan Union

d)

Rapat umum untuk membantah Malayan Union

9.

Apakah peranan akhbar dalam penentangan Malayan Union?

a)

Menyeru orang ramai berhimpun

b)

Melaporkan perkembanganpentadbiran Malayan Union

c)

Menyumbang dana untuk mengadakan demonstrasi

d)

Membuat bantahan di Mahkamah Tinggi Britain

10.

Pada 15 Disember 1945, seramai 10 ribu orang berhimpun di Kota Baharu.Apakah tujuan mereka berhimpun?

a)

Mempertahankan insitusi negara

b)

Menghapuskan Malayan Union

c)

menentang kewarganegaraan jus soli

d)

Membantah tindakan Harold Mac Michael

11.

Mengapakah penduduk Tanah Melayu hampa dengan usaha BMA?

(a)  

12.

Apakah pengajaran yang diperoleh melalui kegagalan BMA selepasa perang?

4 lines
13.

Maklumat berikut berkaitan peranan British Military Administration (BMA).


BMA berusaha untuk membubarkan sebuah pertubuhan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu


Apakah pertubuhan tersebut?

a)

PKM

b)

PETA

c)

MPAJA

d)

Force 136

14.

Kertas Putih 6274 memuatkan kandungan rancangan Malayan Union.


Apakah perkara yang dimuatkan dalam kandungan tersebut?


I Kesatuan

II Pendidikan

III Adat istiadat

IV Sistem perundangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Maklumat berikut menerangkan tujuan pentadbiran British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua


  • Pelaburan ekonomi
  • Melicinkan sistem pentadbiran


Bagaimanakah tindakan British untuk mencapai hasrat tersebut?

a)

Memperkenalkan Malayan Union

b)

Melaksanakan dasar dekolonisasi

c)

Membubarkan Negeri-Negeri Selat

d)

Menghapuskan institusi kesultanan

16.

Rajah menunjukkan Raja-raja Melayu dalam Malayan Union.


Raja-raja Melayu - Agama Islam dan Adat istiadat


Apakah kesan perkara ini kepada pemerintahan negara?

a)

Menghakis kuasa raja

b)

Menjamin politik orang Melayu

c)

Mengekalkan warisan tamadun

d)

Mengurangkan kawasan pengaruh

17.

Jadual berikut menunjukkan demontrasi damai oleh penduduk Tanah Melayu pada tahun 1946.


Kelantan - 10,000 orang

Kedah- 50,000 orang


Apakah yang mendorong mereka melakukan tindakan tersebut?

a)

Mendokong penubuhan Melayu raya

b)

Membantah kemasukan imigran

c)

Menuntut hak sama rata

d)

Menolak Malayan Union

18.

Apakah sumbangan tokoh berikut semasa penubuhan Malayan Union?


I Mengadakan rapat umum

II Menghantar surat bantahan

III Menerbitkan akhbar Melayu

IV Menganjurkan kongres Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Gambar berikut berkaitan dengan demontrasi orang Melayu Sarawak pada tahun 1949.


Mengapakah orang Melayu Sarawak mengadakan demontrasi tersebut?

a)

Pembentukan kerajaan sendiri

b)

Pergerakan politik semakin radikal

c)

Penyerahan Sarawak kepada British

d)

Penentangan terhadap sistem Residen

20.

Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa di Sarawak.


Seramai 409 orang kakitangan awam kerajaan Sarawak telah meletak jawatan pada 2 April 1947 sebagai tanda bantahan.


Apakah punca berlaku peristiwa tersebut?

a)

Surat Pekeliling No/9

b)

Kemelesetan ekonomi

c)

Kadar gaji yang rendah

d)

Kod etika perkhidmatan

21.

Dialog berikut berkaitan penentangan masyarakat tempatan terhadap kerajaan British di Sarawak.


Penduduk I : Kumpulan ini merupakan pakatan sulit yang terdiri daripada kaum terpelajar.


Penduduk II : Saya sendiri ingin menyertai sebab tidak puas hati dengan tekanan politik dari British.


Apakah maksud perbualan tersebut?

a)

Bantahan sistem cukai

b)

Berunding dengan British

c)

Pembukaan kampung baru

d)

Penubuhan Rukun Tiga Belas

22.

British khuatir pemimpin persatuan di Sabah menentang penyerahan Sabah terhadap British.


Bagaimanakah tindakan British mengatasinya?

a)

Memberi pencen bulanan

b)

Menghantar keluar negara

c)

Menawarkan kenaikan pangkat

d)

Menjatuhkan hukuman gantung

23.

Apakah kegagalan yang telah dihadapi oleh British Military Administration di Tanah Melayu?


I Membenteras kegiatan jenayah

II Menangani kongsi gelap

III Memerdekakan Tanah Melayu

IV Mengiktiraf PKM

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

Mengapakah British meletakkan Tanah Melayu di bawah Pentadbiran Tentera British pada September 1945?

a)

Untuk menghapuskan pengaruh Jepun

b)

Melatih tentera

c)

Mewujudkan keamanan

d)

Memulihkan kegiatan ekonomi

25.

Berdasarkan maklumat berikut, apakah tujuan penubuhan tersebut?


Malayan Union telah diperkenalkan oleh kerajaan British pada 1 April 1946


I Meningkatkan pelaburan ekonomi

II Untuk melindungi pelabur Barat

III Untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu

IV Untuk melicinkan sistem pentadbiran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

26.

Antara berikut,yang manakah merupakan peranan raja-raja Melayu dalam Malayan Union?

a)

Membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu

b)

Menyuruh rakyat menerima Malayan Union

c)

Menjadi Penasihat British

d)

Menjadi Ketua Pentadbir Negeri

27.

Apakah faktor penentangan Raja-raja Melayu terhadap Malayan Union?

a)

Sultan Melayu kehilangan kedaulatan

dan kuasa politik

b)

Orang Melayu kehilangan tanah air

c)

Raja-raja Melayu diberi peluang memerintah semula

d)

Tamadun orang Melayu terhakis

28.

Apakah faktor yang mengancam 
status quo orang Melayu?

a)

Pemberian kerakyatan secara jus soli

b)

Orang Melayu hilang taringnya

c)

Raja-raja Melayu hilang kelebihannya

d)

Ketua pentadbiran ialah Residen

29.

Siapakah pegawai British yang memaksa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan sebagai persetujuan pelaksanaan Malayan Union

a)

Frank Swettenham

b)

Sir Frederick Weld

c)

R.O Winstedt

d)

Sir Harold Mac Michael

30.

Senarai di bawah merujuk kepada pihak-pihak yang menentang Malayan Union.


  • X
  • Bekas Pegawai British
  • Raja-raja Melayu


Siapakah X?

a)

Pemimpin Indonesia

b)

Islamic Voice of Malaya

c)

Dato'Onn Jaafar

d)

Orang Melayu

31.

Maklumat di bawah adalah berkaitan dengan sepanduk menentang

Malayan Union.

Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada peristiwa berikut?


" Tanah Melayu hak Melayu,Malayan Union tidak dikehendaki".

a)

Kalau tidak dipecahkan ruyung,

manakan dapat sagunya

b)

Bersatu teguh bercerai roboh

c)

Berani kerana benar,takut kerana salah

d)

Alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan

32.

Bagaimanakah tokoh-tokoh tersebut menentang pelaksanaan Malayan Union?


  • Halimahton Abd Majid
  • Datin Puteh Mariah
  • Zahara Abdullah
a)

Mengetuai Angkatan Wanita Sedar

b)

Mengadakan perhimpunan kaum wanita

c)

Memperjuangkan hak kebajikan wanita

d)

Membantu penubuhan UMNO

33.

Rajah di bawah menunjukkan tujuan penubuhan UMNO.


1946 - X

1949 -Mula menuntut kemerdekaan


Apakah X ?

a)

Memajukan pendidikan orang Melayu

b)

Menyatukan orang Melayu

c)

Menentang Malayan Union

d)

Melindungi kepentingan orang Melayu

34.

Akhbar Majlis, Warta Negara & Utusan Melayu memainkan peranan penting membincangkan isi semasa pada tahun 1946. Isu yang paling hangat ketika itu adalah

a)

Pengisytiharan darurat

b)

Pembentukan Malaysia

c)

Pelaksanaan pilihanraya

d)

Penubuhan Malayan Union

35.

Bagaimanakan orang Melayu menentang Malayan Union

I : Meletak jawatan beramai-ramai

II : Menggunakan taktik perang gerila

III : Mengadakan bantahan besar-besaran

IV : Menyuarakan bantahan melalui akhbar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

36.

" Hari Lahirnya Malayan Union itu adalah hari yang sehabis-habis sedih bagi orang Melayu"


Petikan berikut diubah suai daripada Warta Negara 3 April 1946 kerana Malayan Union dianggap sebagai

a)

Menghapuskan sistem beraja

b)

Menyekat kemasukan imigran

c)

Menggugat kedaulatan bangsa

d)

Mengutamakan pendidkan sekular

37.

"Hari Kematian" dikaitkan dengan hari lahir Malayan Union. Orang Melayu menzahirkan kesedihan mereka dengan

a)

Memakai lilitan kain putih pada songkok

b)

Melancarkan pemberontakan bersenjata

c)

Membakar bangunan pentadbiran kerajaan

d)

Menganjurkan mogok secara besar-besaran

38.

Kongres Melayu telah diadakan pada 1 Mac 1946 di Bangunan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Apakah kesan Kongres Melayu tersebut?.

a)

Pilihanraya pertama

b)

Penubuhan UMNO

c)

Pengenalan Persekutuan Tanah Melayu

d)

Pembubaran Pentadbiran Tentera Brisith

39.

Pertubuhan-pertubuhan Melayu dihidupkan semula sebagai tindak balas membantah Malayan Union. Apakah peranan pertubuhan-pertubuhan ini dalam menentang Malayan Union?.

a)

Menganjurkan demonstrasi

b)

Menghantar telegram ke London

c)

Melancarkan revolusi bersenjata

d)

Mengemukakan kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England

40.

Desakan kerajaan British terhadap Vyner Brooke telah membawa kepada penyerahan Sarawak kepada British. Mengapakah British begitu berminat untuk menguasai Sarawak?.

a)

Memulihkan keamanan

b)

Kepentingan pelaburan

c)

Melancarkan pentadbiran

d)

Mengukuhkan pertahanan

41.

Mengapakah Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British pada 1 Julai 1946?.

I : Beliau semakin tua dan uzur

II : Kekalahan dalam pilihanraya

III : Penjajahan Brisith

IV : Tiada pengganti yang layak

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

42.

Masalah pewarisan takhta dan desakan kerajaan British merupakan faktor penyerahan Sarawak. Faktor lain adalah

a)

Masalah kewangan

b)

Pengekalan budaya

c)

Kepentingan peribadi

d)

Jaminan keselamatan

43.

Pengisytiharan penyerahan Sarawak telah mendapat tentangan hebat daripada pemimpin dan penduduk Sarawak. Penentangan ini berlaku kerana

I : Bercanggah dengan Perlembagaan 1941

II : Hak untuk berkerajaan sendiri dinafikan

III : Pemimpin tempatan kehilangan pengaruh

IV : Bangsa asing mendapat hak sama rata dengan peribumi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

44.

Britsh telah mengeluarkan "Pekeliling No.9" yang melarang kakitangan awam menyertai gerakan antipenyerahan Sarawak. Apakah tindak balas kakitangan awam terhadap pekeliling tersebut?.

a)

Melancarkan demonstrasi

b)

Menganjurkan kongres bantahan

c)

Meletak jawatan beramai-ramai

d)

Memusnahkan bangunan kerajaan British

45.

"Young Malay Association (YMA)" mempunyai matlamat berbeza dengan pertubuhan anti penyerahan Sarawak. Perjuangan pertubuhan ini adalah

a)

Berkerjasama dengan British mentadbir Sarawak

b)

Menyokonh British demi kemajuan orang Melayu

c)

Memperjuangkan perpaduan kamu bumiputera Sarawak

d)

Membangkitkan kesedaran nasionalisme penduduk Sarawak

46.

Rosli Dhoby telah ditangkap kerana membunuh Sir Duncan Stewart, Gabenor kedua di Sarawak. Apakah kesan pembunuhan tersebut?.

a)

Pembentukan gagasan Malaysia

b)

Pengenalan Persekutuan Tanah Melayu

c)

Pilihanraya pertama berlangsung

d)

Penindasan terhadap gerakan antipenyerahan

47.

Golongan muda dalam gerakan anti penyerahan telah menubuhkan kumpulan Rukun 13 pada 20 Ogos 1948. Apakah matlamat umtama penubuhan Rukun 13 tersebut?.

a)

Menuntut kemerdekaan

b)

Menghalau keluar SBUB

c)

Menyertai gagasan Malaysia

d)

Menghapuskan pengawai tinggi British

48.

"Leburkan kolonial"

"Sarawak adalah Hak Kami"

Kata-kata berikut tertulis pada sepanduk gerakan penyerahan Sarawak. Apakah tindakan British untuk menggagalkan gerakan tersebut?.

a)

Mengadakan rundingan damai

b)

Mengawal pelantikan kakitangan kerajaan

c)

Mengingatkan tentang kebebasan bersuara

d)

Melarang pegawai awam menyertai gerakan antipenyerahan

49.

Mengapakah Surat Pekeliling Bil.9 telah dikeluarkan oleh British?

a)

Untuk melemahkan Gerakan Anti penyerahan dalam kalangan kakitangan kerajaan

b)

Memaksa kakitangan kerajaan meletakkan jawatan

c)

Pucuk pimpinan ditukar

d)

Untuk mendapatkan persetujuan rakyat Sarawak

50.

Apakah tujuan rakyat Sarawak mengadakan tunjuk perasaan tersebut?


Demonstrasi pertama telah diadakan

di Astana pada 30 Oktober 1946

a)

Menyokong pentadbiran Brooke

b)

Melindungi kepentingan pembesar

c)

Mendesak British berundur dari Sarawak

d)

Mahukan pendidikan percuma