WorksheetsBahasa Melayu Tahun 2
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Mereka pergi ke Pantai Klebang untuk _______________________.
angin masuk
ambil angin
makan angin
buang angin
...................... sudah lima tahun bertugas di Balai Polis Ayer Hitam.
Inspektor Samudden
Doktor Mazlan
Cikgu Maznah
Profesor Muna
Puan Teratai membeli dua ____ kelapa muda di pasar malam.
botol
biji
gelas
plastik
Pilih kata nama am yang betul.
Pak Ali
Kereta Proton Saga
meja tulis
Jalur Gemilang
Pilih Kata Nama Khas yang betul
kucing
Si Tompok
kereta
kerusi
En. Azeman membeli se__________ kereta berjenama Proton X70.
sebatang
biji
buah
buku
Nyatakan maksud simpulan bahasa bagi makan angin
Anak kesayangan
Pintar @ bijak
Bersiar-siar
Bekerja kuat
Nyatakan maksud pantun.
Kalau tuan pergi ke Melaka,
Jangan lupa membeli gula;
Ikut nasihat ibu dan bapa,
Supaya senang di hari muka.
Hormati guru
Hormati ibu bapa
Rajin berusaha
Hormati kawan
Pak Joned menternak dua ____________ lembu di kawasan rumahnya.
biji
buah
ekor
helai
Tukang masak sedang ________________ bawang merah.
mengoyak
mengupas
menyusun
membaling
Hazim dan Syukrideni menggunakan _______ untuk menyeberangi jalan raya ke sekolah.
jejari
jejantas
jejambat
jambatan
Nurin Farizah anak yang baik. _________ selalu menghormati kedua-dua ibu bapanya.
Dia
Kita
Kami
Kamu
Pak Cik Jaafar menggunakan se________ cangkul untuk membuat batas sayur-sayyran di kebunnya.
buah
bilah
laras
batang
Cik Sofea________ buah mangga itu menggunakan sebatang galah.
mengait
memetik
mengupas
mengambil
Puan Zailati________ apabila melihat keletah anaknya yang melucukan itu.
tersedu
terpaku
tertawa
tersedak
Isi buah tembikai itu berwarna________.
hitam
hijau
kuning
coklat
Ramulinggam menulis surat_________ mendengar radio.
dan
atau
serta
sambil
"_________ minum air yang belum masak," beritahu abang Jaguh kepada adiknya.
Sila
Harap
Tolong
Jangan
"_________, saya rasa seperti pernah sampai ke tempat ini," kata Ayob kepada Atiqah.
Eh
Oh
Wah
Aduh
