wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU

Total questions: 30

Worksheet time: 1hrs 2mins

Name
Class
Date
1.

“ ___________ berdua ditugaskan untuk menyapu lantai bilik darjah pada hari Isnin,” kata Dira dan Lilian.

a)

Saya

b)

Mereka

c)

Kami

d)

Kamu

2.

Mak Cik Milah sedang menghiris bawang. __________ hendak menggoreng sayur.

a)

Dia

b)

Awak

c)

Engkau

d)

Saya

3.

Air di dalam ______ itu masih panas kerana dijerang sebentar tadi.

a)

cerek

b)

baldi

c)

periuk

d)

sudu

4.

“____________, sudah lama kita tidak berjumpa!” kata Engkahmat kepada Linggi.

a)

Eh

b)

Wah

c)

Oh

d)

Nah

5.

Kamal memasuki pertandingan _________ peringkat daerah Lubok Antu.

a)

silat

b)

judo

c)

congkak

d)

ninja

6.

“ ___________, sakitnya perutku. Sudah beberapa hari aku tidak makan!” keluh si monyet.

a)

Wah

b)

Amboi

c)

Aduh

d)

Aduhai

7.

_____________, nama saya Syahmi. Selamat berkenalan.

a)

Amboi

b)

Cis

c)

Wah

d)

Hai

8.

Kami membeli beberapa __________ mata kail untuk memancing di sungai belakang rumah datuk.

a)

bentuk

b)

ketul

c)

biji

d)

butir

9.

Kami melawat Cikgu Ali di hospital kerana beliau sakit ____________.

a)

keras

b)

tenat

c)

penat

d)

sesak

10.

Adik membantu ibu ___________ kain di ampaian.

a)

menggantung

b)

menjemur

c)

melipat

d)

membasuh

11.

Pilih 3 contoh yang sesuai bagi penjodoh bilangan 'ekor'.

a)

nyamuk

b)

ikan

c)

buku

d)

air

e)

tikus

12.

Pilih 3 kata ganda penuh.

a)

gula-gula

b)

kuih-muih

c)

kura-kura

d)

lauk-pauk

e)

rama-rama

13.

Pilih 3 kata ganda separa.

a)

pepohon

b)

membeli

c)

beburung

d)

rerama

14.

Pilih 3 kata ganda berentak.

a)

menyanyi

b)

mandi-manda

c)

lalu-lalang

d)

gunung-ganang

15.

Isi tempat kosong dengan kata tanya yang betul.

Peti sejuk ini kepunyaan (a)   ?

16.

Isi tempat kosong dengan kata tanya yang betul.

Harga ayam itu (a)   ?

17.

Isi tempat kosong dengan kata tanya yang betul.

(a)   kamu tidak datang ke sekolah?

18.

Isi tempat kosong dengan kata tanya yang betul.

(a)   nama ayah kamu?

19.

Cari kesalahan ejaan. Tulis ejaan yang betul sahaja.


Aliya dan ibunya ke hopital.

(a)  

20.

Cari kesalahan ejaan. Tulis ejaan yang betul sahaja.


Restoren Kak Uda menawarkan pelbagai hidangan tempatan dan barat oleh tukang masak yang berpengalaman.

(a)  

21.

Cari kesalahan ejaan. Tulis ejaan yang betul sahaja.


Pihak polis telah berjaya menumpaskan sendiket pemalsuan wang.

(a)  

22.

Cari kesalahan ejaan. Tulis ejaan yang betul sahaja.


Encik Fauzi membawa Encik Mahzan ke romahnya.

(a)  

23.

Tulis semula ayat dengan ejaan yang betul.


Elis kagom kerana ada sebuah galeri yang dibena oleh Encik Fauzi.

(a)  

24.

Beliau akan ___jalan di sekitar kampung setiap hari.

a)

ber-

b)

men-

c)

ter-

d)

meng-

25.

Beliau akan ___cari jalan penyelesaian bagi setiap masalah.

a)

ber-

b)

men-

c)

ter-

d)

meng-

26.

Kucing itu __jatuh ke dalam kolam.

a)

ber-

b)

men-

c)

ter-

d)

meng-

27.

Lengkapkan pantun.

Mari berlatih tarian barongan,

Gemersik alunan irama keroncong,

Pantai memutih indah pandangan,

__________________________________.

a)

Menghias kota pepohon palma,

b)

Jadi tumpuan para pelancong.

c)

Flora dan fauna pelengkap alam,

d)

Daun melati jatuh bertabur,

28.

Lengkapkan pantun.

Benih selasih mari disemai,

_________________________________________,

Pantai nan bersih mengundang damai,

Tenangnya hati ketika berlibur.

a)

Menghias kota pepohon palma,

b)

Jadi tumpuan para pelancong.

c)

Flora dan fauna pelengkap alam,

d)

Daun melati jatuh bertabur,

29.

Lengkapkan pantun.

Pohon nona di tepi kolam,

Buah di dahan dipetik teruna,

__________________________________

Ciptaan Tuhan paling sempurna.

a)

Menghias kota pepohon palma,

b)

Jadi tumpuan para pelancong.

c)

Flora dan fauna pelengkap alam,

d)

Pastikan bersih setiap detik.

e)

Daun melati jatuh bertabur,

30.

Ahmad ______________ alat tulis di dalam laci.

a)

membuang

b)

mencuci

c)

menyimpan

d)

memasak