NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu Tahun 5
Total questions: 18
Worksheet time: 9mins
" Berapakah harga ............... petai ini? " tanya Mak Nab kepada penjual di pasar itu.
sebiji
seulas
sehiris
sepapan
Yu Zhe telah menjumpai ............... kunci di tepi jalan raya sewaktu dia menjalani latihan merentas desa.
sekeping
serumpun
sejambak
seutas
Ming Han menanam beberapa ............... sayur sawi dan tiga ............... serai di tepi rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan pada minggu ini.
ikat .... jambak
baris .... pucuk
deret .... kelompok
batas .... rumpun
Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 5 Gigih kerana murid-muridnya___________________
rambang mata
tajam akal
otak udang
tanda mata
Emak membuat agar-agar sebagai _________________ untuk kami selepas makan.
mulut tempayan
banyak mulut
pembasuh mulut
mulut murai
"Kalau ______________ izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu," sembah Hang Jebat kepada sultan.
tuan
tuanku
baginda
tuan hamba
“…………… berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini,” ikrar murid-murid Tahun Enam SJKC Pei Hwa.
Saya
Kami
Kamu
Kalian
Tiket masuk ke taman hiburan itu _____ mahal.
paling
benar
sekali
terlalu
Lelaki yang memakai baju berwarna merah itu _____ Sarawak.
di
pada
daripada
dari
Encik Siah telah menghadiahkan _____ cincin emas kepada Sabrina.
sebuah
sebentuk
sebutir
seketul
En Le bangun ______ menutup suis lampu itu.
atau
serta
lalu
kecuali
Badan pengemis itu __________ kerana sudah berminggu-minggu dia tidak mandi.
hamis
hanyir
hangus
hapak
Budak yang_______ itu tidak mahu menurut nasihat ayahnya.
kepala angin
kepala batu
besar kepala
barat kepala
Danica menulis karangan ____________ mendengar radio.
lalu
tetapi
sambil
dan
Hang Han menulis surat _____________ Ye Qi mengulang kaji pelajaran.
dan
kerana
manakala
sambil
Le Xuan membelek-belek beberapa __________ majalah yang ingin dibelinya di kedai itu.
biji
keping
lembar
naskhah
Jam itu tergantung ___________ dinding.
dari
pada
kepada
di
Ying Liang dan kawannya sedang mengepam bola-bola yang ___________ di dalam stor sukan.
kecut
kemik
kendur
kempis
