Font size
WorksheetsKATA MAJMUK
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Bunyi deruan ________ membuatkan kami tidak sabar-sabar hendak mandi di situ.
air kolah
air terjun
air perigi
Pembakaran sampah secara terbuka juga menjadi faktor pembebasan asap ke __________ di negara kita.
ruang udara
ruang legar
ruang tamu
Air mempunyai banyak kegunaannya kepada manusia dan semua benda hidup di __________ ini.
alam maya
muka bumi
sumber alam
Penyakit __________ berpunca daripada pengambilan gula yang berlebihan dalam makanan dan minuman.
darah tinggi
angin ahmar
kencing manis
"Hanya ___________ syarikat ini dibenarkan masuk ke dalam bilik itu," kata Encik Yusuf kepada Zakwan.
kakitangan
warganegara
bumiputera
" Jangan lupakan __________ kamu sebagai seorang anak terhadap ibu bapa kamu setelah kamu berjaya," pesan Cikgu Mariam.
kerjasama
tanggungjawab
tandatangan
Cik Amani baru sahaja menjalankan tugas sebagai _______ di syarikat perfileman Karyaneka Sdn Bhd.
sukarela
setiausaha
suruhanjaya
"Gambar-gambar yang dirakamkan semasa program ini berlangsung akan __________ dalam laman sesawang sekolah dua hari lagi," kata Cikgu Arif kepada Guru Besar.
dimuat naik
dimuat turun
Sekolah Kebangsaan Taman Anggerik menjadi _________ bagi pertandingan lagu patriotik itu.
tuan rumah
tuan tanah
tuan puan
Lelaki itu terpaksa menggunakan __________ kerana kakinya lumpuh dalam pertempuran menentang komunis di hutan.
kasut roda
kerusi roda
kerusi malas
