WorksheetsGEOGRAFI T1 : Bab 1
Total questions: 10
Worksheet time: 3mins
Apakah alat yang digunakan untuk menentukan arah?
Binokular
Barometer
Parambulator
Kompas magnetik
Antara berikut, yang manakah menunjukkan arah mata angin utama?
Timur
Selatan
Tenggara
Barat Daya
Jika anda menghadap matahari terbit, bahagian belakang anda menghadap ke arah
Barat
Utara
Timur
Selatan
Mengapakah jarum kompas sentiasa menunjukkan ke arah utara?
Kesan tarikan graviti bulan
Kesan tarikan graviti matahari
Disebabkan objek besi berada berhampiran
Dipengaruhi oleh tarikan magnet dari kutub utara bumi
Antara berikut, yang manakah cara mengorientasi kompas magnetik?
Berdiri menghadap objek yang anda ingin tentukan arah
Letakkan kompas pada permukaan yang rata
Berdiri menghadap ke arah matahari terbit
Mendepakan kedua-dua belah tangan anda
Antara berikut, yang manakah benar tentang bearing sudutan?
Mempunyai nilai bearing 0° hingga 90°
Diukur dari arah mata angin utara atau selatan
Mempunyai nilai bearing 0° hingga 360°
Diukur dari arah utara mengikut arah pusingan jam
Apakah yang boleh dikaitkan dengan arah mata angin seperti berikut:
• Tenggara
• Barat laut
• Timur laut
Arah tiupan angin
Kedudukan bintang
Arah mata angin perantaraan
Menentukan kedudukan matahari
Ahmad berdiri menghadap matahari terbit dan mendepakan kedua-dua tangannya. Tangan kanan Ahmad menunjukkan ke arah
Timur
Selatan
Timur laut
Barat daya
Kombinasi manakah benar tentang arah dan nilai sudut?
Timur - 90°
Tenggara - 120°
Barat daya - 185°
Selatan - 180°
Pilih 2 kelebihan kompas kepada pasukan Pengakap sekolah semasa menjalankan aktiviti perkhemahan.
Alat yang berat
Mudah disimpan
Senang dibawa ke mana-mana sahaja
Mudah terbakar
