wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GEOGRAFI PAT TINGKATAN 1

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, manakah arah mata angin perantaraan ?

a)

Timur

b)

Barat

c)

Selatan

d)

Tenggara

2.

Cara yang paling tepat untuk menentukan arah sesuatu tempat

di kawasan lapang ialah dengan…

a)

menggunakan kompas

b)

menggunakan jangka sudut

c)

merujuk arah mata angin

d)

berpandukan kedudukan matahari

3.

Mengapakah kompas magnetik perlu diletakkan jauh daripada objek besi semasa menentukan kedudukan?

a)

Mengelakkan jarum kompas daripada terpesong

b)

Supaya kompas berfungsi

c)

Memastikan jarum kompas sentiasa menunjukkan ke arah selatan

d)

Memudahkan perjalanan ditetapkan

4.

Soalan 4 dan soalan 5 adalah berdasarkan rajah di atas.


Bearing sudutan Stesen Minyak dari Masjid ialah ……

a)

40°

b)

45°

c)

55°

d)

90°

5.

Garisan latitud yang terpanjang ialah ….

a)

Garisan Sartan

b)

Garisan Khatulistiwa

c)

Garisan Jadi

d)

Garisan Antartik

6.

Garisan Tarikh Antarabangsa ( GTA ) berfungsi untuk …..

a)

Membahagikan bumi kepada utara dan selatan

b)

Menentukan waktu solat

c)

Menentukan arah

d)

Memisahkan tarikh dan waktu di bumi

7.

Apakah unit yang digunakan untuk menentukan kedudukan latitud dan longitud ?

a)

Metrik

b)

Darjah

c)

Celcius

d)

Nautika

8.

Apakah maksud peta lakar ?

a)

Peta yang menunjukkan ciri-ciri

pandang darat fizikal sahaja

b)

Peta yang dilakar menggunakan

ciri budaya sahaja

c)

Peta yang dilakar berdasarkan pemerhatian

sahaja dan tidak menggunakan simbol

d)

Gambaran permukaan bumi yang dilukis dari pandangan atas bagi menggambarkan ciri pandang darat fizikal dan ciri pandang darat budaya di sesuatu kawasan

9.

Apakah yang perlu ada dalam

sesebuah peta yang lengkap ?


I. Arah mata angin

II. Warna

III. Singkatan

IV. Petunjuk

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Antara yang berikut, manakah mewakili

ciri fizikal di dalam peta lakar ?


I. Kilang

II. Paya bakau

III. Rumput

IV. Getah

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

11.

Negeri yang terletak di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia ialah...


I. Perlis

II. Selangor

III. Kelantan

IV. Terengganu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Apakah ibu negeri Sabah ?

a)

Kuantan

b)

Kuching

c)

Kota Bharu

d)

Kota KInabalu

13.

Antara yang berikut, kawasan yang manakah merupakan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan ?

a)

Putrajaya

b)

Seremban

c)

Johor Bahru

d)

Kuala Lumpur

14.

Apakah lapisan bumi yang terletak

di bawah kerak bumi ?

a)

Mantel

b)

Teras luar

c)

Teras dalam

d)

Litosfrera

15.

Apakah benua yang terbesar di dunia ?

a)

Benua Asia

b)

Benua Afrika

c)

Benua Australia

d)

Benua Antartika

16.

Apakah kesan pergerakan bumi

di dasar laut ?

a)

Tsunami

b)

Gunung lipat

c)

Gunung bongkah

d)

Lurah gelinciran

17.

Lokasi manakah yang dapat dikaitkan dengan maklumat berikut ?


"Dilanda banjir semasa

musim tengkujuh. Kawasan yang sempit,

terputus-putus dan berpasir"

a)

Dataran Rajang

b)

Dataran Kedah-Perlis

c)

Dataran Pantai Timur

d)

Tanah Rendah Beralun-alun Selatan

18.

Antara yang berikut, pulau manakah yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia ?

a)

Pulau Pangkor

b)

Pulau Kapas

c)

Pulau Tioman

d)

Pulau Perhentian

19.

Mengapakah kawasan tanah tinggi sesuai untuk menjana kuasa hidroelektrik ?

a)

Kos rendah

b)

Kawasan tadahan hujan

c)

Banyak cerun curam

d)

Keseimbangan ekosistem

20.

Antara yang berikut, pandang darat fizikal

manakah yang terbentuk

di bahagian hulu sungai ?


I. Jeram

II. Air terjun

III. Lurah berbentuk U

IV. Susuh bukit berpanca

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Antara yang berikut, jenis tanaman manakah yang memerlukan rancangan pengairan dari sungai ?

a)

Getah

b)

Nanas

c)

Padi sawah

d)

Kelapa sawit

22.

Antara yang berikut, tasik manakah

yang dapat dikaitkan

dengan maklumat berikut ?


" Terletak di ibu negara Malaysia.

Pusat pelancongan dan rekreasi"

a)

Tasik Bera

b)

Tasik Kenyir

c)

Tasik Putrajaya

d)

Tasik Titiwangsa

23.

Apakah jenis taburan penduduk

di Malaysia ?


I. Penduduk padat

II. Penduduk sederhana

III. Penduduk kurang

IV. Penduduk sederhana kurang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

Apakah faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di kawasan di bawah


" Kawasan dataran pantai barat Semenanjung Malaysia berpenduduk padat berbanding dengan pantai timur "

a)

Iklim yang lebih sesuai

b)

Kos hidup lebih rendah

c)

Keadaaan politik lebih stabil

d)

Dataran tanah pamah yang lebih luas

25.

Kawasan berpenduduk jarang ialah __________________

a)

FELDA

b)

Putrajaya

c)

Shah Alam

d)

Taman Negara

26.

Apakah kegiatan ekonomi yang banyak dijalankan di petempatan bandar ?


I. Perniagaan

II. Pentadbiran

III. Pertanian

IV. Penternakan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Di kawasan manakah wujud

petempatan berjajar ?

a)

Felda Sahabat

b)

Kundasang

c)

Sungai Petani

d)

Sungai Rajang

28.

Apakah fungsi bandar berikut terhadap pembangunan ekonomi

negara Malaysia ?


" CYBERJAYA "

a)

Upah pekerja meningkat

b)

Teknologi kejuruteraan berkembang

c)

Menggalakkan pembangunan pinggir pantai

d)

Perdangangan antarabangsa

berkembang luas

29.

Negara manakah di Asia Tenggara yang tidak mempunyai pinggir laut ?

a)

Laos

b)

Vietnam

c)

Filipina

d)

Singapura

30.

Apakah fungsi Tonle Sap ?

a)

Menyediakan sistem pengairan

b)

Membantu mengurangkan

kesesakan sampan

c)

Membekalkan sumber air masin

pada musim kemarau

d)

Merupakan kawasan tarikan pelancong

31.

Apakah yang menyebabkan Danau Toba menjadi tumpuan pelancong ?

a)

Tasik vulcanik gunung berapi

b)

Tasik air tawar paling luas

c)

Mempunyai hidupan akuatik yang unik

d)

Terletak di kawasan kepulauan Sumatera

32.

Kawasan manakah berpenduduk padat di Asia Tenggara ?

a)

Ibu negara

b)

Pinggir bandar

c)

Pusat perindustrian

d)

Kawasan pergunungan

33.

Pengangkutan manakah yang memudahkan kemasukan pelabur asing ke bandar-bandar berikut :


" BANGKOK dan SINGAPURA "

a)

Jalan air

b)

Jalan raya

c)

Jalan udara

d)

Jalan kereta api

34.

Apakah kegiatan ekonomi utama

di bandar Manila ?


I. Pertanian

II. Pembalakan

III. Perdagangan

IV. Perindustrian

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

35.

Apakah sumber air permukaan di Malaysia ?


I. Sungai

II. Tasik

III. Salji

IV. Laut

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

36.

Apakah kesan krisis air terhadap

sektor pertanian ?


I. Hasil pertanian merosot

II. Perubahan jenis tanaman

III. Bekalan baja bertambah

IV. Eksport hasil pertanian berkurang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

37.

Antara yang berikut, manakah merupakan kempen kesedaran tentang pemeliharaan sungai ?

a)

Lawatlah Taman Negara

b)

Cintailah Sungai Kita

c)

Melawat Sungai Malaysia

d)

Pentingkan Sungai Kita

38.

Antara yang berikut, yang manakah adalah bahan bukan organik ?

a)

Sisa makanan

b)

Tin minuman

c)

Majalah sekolah

d)

Ranting pokok

39.

Mengapakah penggunaan beg plastik perlu dikurangkan ?

a)

Kos tinggi

b)

Sumber pupus

c)

Pertambahan penduduk

d)

Jangka masa untuk lupus adalah lama

40.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan amalan yang sesuai untuk mendidik masyarakat ?

a)

Amalan 3R

b)

Mendidik di sekolah

c)

Penguatkuasaan undang-undang

d)

Menyediakan banyak tong sampah