wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kadar Tindak Balas

Total questions: 25

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Persamaan berikut mewakili tindak balas antara kalsium karbonat dan asid hidroklorik. Antara faktor berikut, yang manakah boleh meningkatkan kadar tindak balas ini?

a)

Meningkatkan saiz kalsium karbonat

b)

Meningkatkan suhu campuran

c)

Mengurangkan isipadu asid hidroklorik

d)

Mengurangkan kepekatan asid hidroklorik

2.

Antara yang berikut, yang manakah menghasilkan kadar tindak balas tertinggi dengan pepejal natrium karbonat?

a)

20 cm3 asid hidroklorik 0.1 mol dm-3

b)

20 cm3 asid hidroklorik 0.5 mol dm-3

c)

20 cm3 asid hidroklorik 0.8 mol dm-3

d)

20 cm3 asid hidroklorik 2.0 mol dm-3

3.

Persamaan berikut menunjukkan tindak balas antara nitrogen dan hidrogen.

Bagaimanakah kadar penghasilan ammonia ditingkatkan?

a)

Dengan meningkatkan saiz nitrogen

b)

Dengan mengurangkan saiz hidrogen

c)

Dengan meningkatkan tekanan kedua-dua nitrogen dan hidrogen

d)

Dengan mengurangkan tekanan kedua-dua nitrogen dan hidrogen

4.

Rajah menunjukkan graf isipadu gas karbon dioksida yang terbebas melawan masa apabila ketulan marmar ditindakbalaskan dengan asid hidroklorik. Antara berikut, pernyataan manakah yang betul tentang graf?

a)

kadar tindak balas purata keseluruhan ialah

V3t3cm3s1\frac{V3}{t3}cm^{3^{ }}s^{-1}

b)

Tindak balas lengkap pada t4 saat

c)

Kadar tindak balas pada t2 saat lebih tinggi dari t1 saat

d)

Kadar tindak balas pada t1 saat ialah V1t1cm3s1\frac{V1}{t1}cm^3s^{-1}

5.

Persamaan kimia berikut menunjukkan tindak balas antara kalsium karbonat dan asid nitrik. Antara faktor-faktor berikut, yang manakah meningkatkan kadar tindak balas tersebut?

a)

Menggunakan larutan kuprum(II) sulfat sebagai mangkin

b)

Meningkatkan isipadu asid nitrik

c)

Menambahkan air kepada asid nitrik Menggunakan serbuk kalsium karbonat

d)

Menggunakan serbuk kalsium karbonat

6.

Mangan(IV) oksida digunakan sebagai mangkin untuk meningkatkan kadar penguraian hidrogen peroksida, H2O2. Antara graf berikut, yang manakah menunjukkan jisim mangkin semasa tindak balas sedang berlaku?

a)
b)
c)
d)
7.

Persamaan kimia di atas menunjukkan tindak balas antara kalsium karbonat dan asid hidroklorik. Perubahan manakah boleh digunakan untuk menentukan kadar tindak balas?

a)

Warna larutan per unit masa

b)

Jisim mendakan terhasil per unit masa

c)

Kepekatan asid hidroklorik per unit masa

d)

Isi padu gas karbon dioksida terbebas per unit masa

8.

Rajah menunjukkan lengkung X apabila 5 g ketulan zink bertindak balas dengan 50cm3 asid hidroklorik 1.0 mol dm-3 . Antara tindak balas berikut, yang manakah menghasilkan lengkung Y?

a)

5 g serbuk zink + 50 cm3 asid hidroklorik 2 mol dm-3

b)

5 g serbuk zink + 50 cm3 asid hidroklorik 1 mol dm-3

c)

5 g ketulan zink + 100 cm3 asid hidroklorik 1 mol dm-3

d)

5 g ketulan zink + 50 cm3 asid hidroklorik 2 mol dm-3

9.

Jadual menunjukkan jumlah isi padu gas hidrogen yang terkumpul pada sela masa tertentu bagi tindak balas antara zink, Zn dan asid hidroklorik cair, HCl. Berapakah kadar tindak balas purata dalam 20 saat pertama?

a)

2.1 cm3s -1

b)

8.4 cm3s -1

c)

21.0 cm3s -1

d)

84.0 cm3s -1

10.

Tindak balas manakah yang mempunyai kadar tindak balas yang paling tinggi?

a)

Pengaratan pagar besi

b)

Pereputan organisma yang telah mati

c)

Pembakaran ketulan kecil arang batu dalam udara

d)

Pembentukan stalaktit dan stalagmit dalam gua

11.

Persamaan berikut mewakili tindak balas antara kalsium karbonat dan asid hidroklorik. Kaedah manakah yang paling sesuai untuk meningkatkan kadar tindak balas?

a)

Mengecilkan saiz kalsium karbonat

b)

Mengurangkan isipadu asid hidroklorik

c)

Menurunkan suhu asid hidroklorik

d)

Mengurangkan kepekatan asid hidroklorik

12.

Rajah menunjukkan susunan radas bagi eksperimen untuk menentukan kadar tindak balas. Antara teknik berikut, yang manakah paling sesuai untuk menentukan kadar tindak balas itu?

a)

Mencatat masa sebaik sahaja mendakan mula terbentuk

b)

Mencatat masa untuk mendapatkan suhu maksimum

c)

Mencatat masa sebaik sahaja tanda pangkah tidak kelihatan

d)

Mencatat masa bagi perubahan nilai pH sehingga nilai pH yang tetap diperolehi

13.

Tindak balas antara magnesium, Mg dengan asid sulfurik, H2SO4 diwakili oleh persamaan di atas. Seorang murid ingin menentukan kadar tindak balas itu di makmal sekolah. Antara kaedah berikut, yang manakah paling sesuai?

a)

Menentukan perubahan suhu larutan dengan masa

b)

Menentukan perubahan kepekatan zink klorida dengan masa

c)

Menentukan isipadu gas hidrogen yang terbebas dengan masa

d)

Menentukan perubahan kepekatan asid hidroklorik dengan masa

14.

Antara pernyataan berikut, yang manakah menjelaskan maksud perlanggaran berkesan?

a)

Perlanggaran yang tenaganya kurang daripada tenaga pengaktifan

b)

Perlanggaran yang berlaku mempunyai tenaga yang rendah

c)

Perlanggaran yang berlaku sebelum sesuatu tindak balas

d)

Perlanggaran yang menghasilkan tindak balas

15.

Siti memasak kari daging untuk hidangan tengahari. Apakah yang patut dilakukan untuk memastikan daging itu masak dengan cepat?

a)

Memasak dengan menggunakan api yang perlahan

b)

Memasak dengan menggunakan periuk yang besar

c)

Memotong daging kepada saiz yang kecil

d)

Menggunakan isipadu santan yang banyak

16.

Rajah menunjukkan lengkung graf bagi tindak balas antara kalsium karbonat dan asid hidroklorik dalam Eksperimen I dan Eksperimen II. Eksperimen I menggunakan cebisan kalsium karbonat dan 25 cm3 asid hidroklorik 1.0 mol dm-3 . Antara berikut, yang manakah betul jika cebisan kalsium karbonat digunakan untuk ditindak balaskan dengan 50 cm3 asid hidroklorik 0.5 mol dm-3 dalam Experimen II?

a)

Eksperimen I membebaskan isi padu gas karbon dioksida yang lebih tinggi

b)

Kadar tindak balas Eksperimen I lebih rendah berbanding Eksperimen II

c)

Eksperimen I menggunakan kepekatan asid hidroklorik yang lebih tinggi berbanding Eksperimen II

d)

Kadar tindak balas Eksperimen I boleh ditingkatkan dengan menambahkan saiz kalsium karbonat yang digunakan

17.

Rajah menunjukkan gambar rajah aras tenaga bagi suatu tindak balas.Which of the following A, B, C and D represents the activation energy of the reaction? Antara A, B, C dan D, yang manakah mewakili tenaga pengaktifan bagi tindak balas itu?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

18.

Seorang tukang masak ingin menang dalam pertandingan Master Chef dengan menyediakan puf durian dalam masa yang singkat. Untuk menyelesaikan masalah itu, beliau perlu membuat perubahan dalam penyediaan bahan makanan tersebut. Pilih perubahan yang betul untuk menyelesaikan masalah itu.

a)

Masak dalam periuk tekanan

b)

Saiz puf durian yang kecil

c)

Suhu yang lebih tinggi dalam ketuhar (daripada 180oC tukar kepada 350oC)

d)

Tambah lebih inti durian

19.

Zink bertindak balas dengan asid sulfurik berlebihan. Rajah menunjukkan graf bagaimana isi padu gas hidrogen yang terbebas berubah dengan masa. Mengapakah graf mendatar di X?

a)

Kesemua asid sulfurik telah bertindak balas

b)

Kesemua zink telah bertindak balas.

c)

Hidrogen dihasilkan pada kadar yang tetap

d)

Kadar tindak balas mula berkurang

20.

Ali diminta oleh gurunya untuk mengesahkan kadar tindak balas yang paling tinggi dalam situasi yang berikut. Pilih situasi yang betul bagi kadar tindak balas yang paling tinggi

a)

Fotosintesis

b)

Persembahan bunga api

c)

Pengaratan sebuah kereta

d)

Pembakaran kek

21.

Antara yang berikut, yang manakah adalah sifat mangkin?

a)

Mangkin digunakan hanya dalam bentuk pepejal

b)

Mangkin meningkatkan kuantiti hasil tindak balas

c)

Keadaan fizikal mangkin tidak berubah semasa tindak balas

d)

Jisim mangkin tetap sama selepas tindak balas

22.

Rajah menunjukkan ubi keledek yang dipotong kecil untuk dimasak. Mengapakah ubi keledek yang bersaiz kecil lebih cepat masak berbanding saiz besar?

a)

Frekuensi pelanggaran berkesan antara zarah-zarah berkurang

b)

Jumlah luas permukaan ubi keledek adalah besar

c)

Perlanggaran antara zarah-zarah lebih kerap

d)

Lebih banyak isipadu air yang digunakan

23.

Dalam satu eksperimen, tindak balas antara marmar berlebihan dengan 50.0cm3 asid hidroklorik 2 moldm-3menghasilkan gas karbon dioksida. Sekiranya eksperimen diulang dengan menggunakan larutan lain, larutan manakah yang akan menghasilkan lengkung II dalam Rajah di atas?

a)

50.0 cm3 asid hidroklorik 1 mol dm-3

b)

50.0 cm3 asid sulfurik 1 mol dm-3

c)

25.0 cm3 asid hidroklorik 1 mol dm-3

d)

25.0 cm3 asid sulfurik 2 mol dm-3

24.

Jadual menunjukkan jumlah isipadu gas yang terkumpul pada sela masa tertentu dalam suatu tindak balas. Berapakah kadar tindak balas purata dalam minit kedua?

a)

0.50 cm3 s -1

b)

0.40 cm3 s -1

c)

0.30 cm3 s -1

d)

0.20 cm3 s -1

25.

Apabila suhu campuran bahan tindak balas meningkat, kadar tindak balas meningkat. Pernyataan yang manakah menerangkan mengapa kadar tindak balas meningkat?

a)

Bilangan perlanggaran berkesan meningkat.

b)

Jumlah luas permukaan zarah-zarah bahan tindak balas bertambah.

c)

Jumlah bilangan zarah-zarah bahan tindak balas per unit isi padu bertambah

d)

Zarah-zarah bahan tindak balas yang berlanggar lebih kerap boleh mengatasi tenaga pengaktifan yang lebih rendah