wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH BAB 9 TING 4 : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Total questions: 24

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Di antara peristiwa berikut yang manakah mempengaruhi usaha ke arah kemerdekaan Tanah Melayu?


I British memberi jaminan Persekutuan Tanah Melayu berkerajaan sendiri secepat mungkin

II Perang Dunia Kedua telah menamatkan penjajahan British di Asia Tenggara

III Rakyat Tanah Melayu mempunyai kesedaran tentang semangat naionalisme

IV Kemerdekaan negara-negara di Asia Tenggara seperti Filipina dan Burma.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

2.

Antara berikut merupakan tokoh yang telah menyokong perundingan kemerdekaan KECUALI.. ms 216

a)

Ahmad Boestamam

b)

E.E.C Thuraisingham

c)

H.S. Lee

d)

Ibrahim Haji Yaakob

3.

Perjalanan rombongan rundingan kemerdekaan ke London


Mengapakah rombongan kemerdekaan Tanah Melayu perlu menyusun perjalanan seperti carta alir di atas untuk sampai ke London? ms 217

a)

Pada masa tersebut masih belum ada perjalanan kapal terbang dari Tanah Melayu ke London.

b)

Rombongan dapat menggunakan masa untuk berbincang dan menyusun strategik bersama-sama

c)

Masalah kewangan yang dihadapi oleh wakil-wakil rombongan kerana kos pengangkutan yang tinggi.

d)

Meninjau keadaan negara Pakistan yang telah mendapat kemerdekaan lebih awal daripada British.

4.

ROMBONGAN RUNDINGAN KEMERDEKAAN

Siapakah yang mengetuai rombongan tersebut? ms 217

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Dato’ Abdul Razak Hussein

5.

Peristiwa tersebut telah menyaksikan lebih kurang 100 ribu orang rakyat Tanah

Melayu telah berkumpul di Padang Banda Hilir, Melaka bagi menyambut ketibaan Rombongan Rundingan Kemerdekaan. ms 218

Mengapa rakyat berbuat demikian?

a)

Meraikan kemerdekaan negara

b)

Mendengar pengumuman tarikh kemerdekaan

6.

Gambar di atas menunjukkan wakil Tanah Melayu dan wakil British telah menandatangani sebuah perjanjian selepas rundingan di London pada 18 Januari sehingga 6 Februari 1956. Apakah perjanjian tersebut? ms 218

a)

Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu

b)

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

7.

PERJANJIAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU


Apakah intipati perjanjian tersebut? ms 218

a)

Majlis Raja-raja Melayu dibentuk

b)

Suruhanjaya perlembagaan dibentuk

c)

Pihak British akan meninjau pendapat rakyat Tanah Melayu

8.

Mengapakah bangunan tersebut dibina? ms 219

a)

Memorial Pengisytiharan

b)

Istana diraja

9.

Setelah mendapat persetujuan Majlis Raja Raja Melayu, kerajaan British mengumumkan Pembentukan Suruhanjaya Perlembagann PersekutuanTanah Melayu. Apakah tugas suruhanjaya ini ? ms 220


i Menyusun Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

ii Merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

iii Membuat undang undang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

iv Meluluskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

10.

Suruhanjaya Perlembagaan PersekutuanTanah Melayu telah dianggotai oleh beberapa orang tokoh terkenal antaranya ialah ?ms 221

a)

Lord Reid dan Tengku Abdul Rahman

b)

Lord Reid dan Sir William Ivor Jennings

11.

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu tertakluk dengan beberapa terma yang telah ditetapkan dalam menjalankan tugas mereka . ms 221

a)

Meluluskan perlembagaan yang wujud di seluruh Tanah Melayu.

b)

Melindungi kedudukan Raja Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan di negeri masing-masing.

12.

Antara berikut, yang manakah benar anggota Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu? ms221

a)

Sir William Mckell

b)

Sir Frank Swettenham

13.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan hasil persetujuan di London.


Pada 8 Mac 1956, kerajaan British mengumumkan pembentukan suruhanjaya bebas setelah mendapatkan persetujuan Raja-raja Melayu.


Apakah peranan suruhanjaya tersebut? ms229

a)

Mengadakan pilihan raya

b)

Merangka perlembagaan negara yang merdeka

14.

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu juga dikenali sebagai… ms230

a)

Suruhanjaya Cobbold

b)

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

c)

Suruhanjaya Reid

15.

Apakah tuntutan yang dikemukakan oleh kaum Cina melalui memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu? ms 222

a)

Mengekalkan sekolah vernakular

b)

Mempertahankan hak kaum Cina

16.

Mengapakah terdapat ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan konsep jus soli? ms 223

a)

Menggugat keistimewaan orang Melayu

b)

Melambatkan proses kemerdekaan

17.

Kejayaan Penggubalan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 menunjukkan sikap tolak ansur antara kaum di Tanah Melayu .

Apakah kesannya kepada negara dalam mencapai kemerdekaan? ms 223

a)

Kemerdekaan dicapai tanpa pertumpahan darah

b)

Kemerdekaan dicapai dan mewujudkan pentadbiran campuran

18.

Pelbagai reaksi terhadap draf Perlembagaan Persekutuan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuian Tanah Melayu.


Apakah persamaan isu yang dibangkitkan oleh ahli UMNO dan Parti PAS berdasarkan draf Perlembagaan Persekutuan tersebut? ms223

a)

Agama Islam dijadikan agama rasmi negara

b)

Bahasa Melayu dijadikan Bahasa rasmi negara

19.

Draf Perlembagaan Persekutuan telah dilu,uskan oleh Parlimen British di London, kemudiannya diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.


Bilakah tarikh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu berkuat kuasa secara rasminya? ms 223

a)

10 Julai 1957

b)

31 Ogos 1957

c)

27 Ogos 1957

20.

25. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 5 Ogos 1957.

Apakah inti pati perjanjian tersebut? ms 224-225

a)

Pengamalan sistem demokrasi berparlimen

b)

Pembentukan kerajaan bercorak republik

c)

Diketuai oleh Gabenor British

21.

25. Bagaimana kewarganegaraan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu diperoleh?

ms 224

I Naturalisasi

II Permohonan

III Perintah mahkamah

IV Pengesahan yang di-Pertuan Agong

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

Pada 5 Ogos 1957, sebuah perjanjian kemerdekaan telah ditandatangani antara Raja-raja Melayu dengan Sir Donald Mac Gilivray di King’s House, Kuala Lumpur.

Apakah pernanan perjanjian tersebut? ms 225

a)

Asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

b)

Pentadbiran tentera British diperkenalkan

23.

Permuafakatan antara wakil Raja-Raja Melayu dengan pemimpin Negara dalam usaha memperoleh kemerdekaan telah menampakkan hasil.

Di manakah tarikh kemerdekaan Tanah Melayu diumumkan? ms 225

a)

Bangunan Sultan Abdul Samad.

b)

Padang Hilir ,Melaka

c)

Stadium Bukit Jalil.

24.

Perjanjian Persekutuan menjaga kedudukan istimewa orang melayu dengan mengambil kira status mereka sebagai rakyat asal Tanah Melayu.

Siapakah yang bertanggungjawab menjaga kedudukan istimewa orang Melayu? ms225

a)

Yang di Pertuan Agong

b)

Gabenor Persekutuan Tanah Melayu.

c)

Perdana Menteri