wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PdPR BM T6 - Kuiz 4

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Jiran saya Encik Shahir. ____________ bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia.
a)
Dia
b)
Beliau
c)
Kalian
d)
Baginda
2.
“____________ perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh 6A dalam UPSR”. Kata Cikgu Masyitah kepada murid tahun 6.
a)
Awak
b)
Beliau
c)
Kalian
d)
Engkau
3.
__________ hujan turun dengan lebat, paras air sungai akan naik dan kawasan sekitarnya banjir. 
a)
Apabila
b)
Kerana
c)
Andai
d)
Agar
4.
Umat Islam akan saling __________ dan __________ dengan ibu bapa serta sanak-saudara pada hari raya. 
a)
hadir…menghormati 
b)
mengunjungi…bermaafan 
c)
menghormati…mencintai  
d)
mengasihi…bekerjasama 
5.
Penggunaan lampu yang __________ ketika membaca boleh menyebabkan kerosakan mata. 
a)
silau
b)
malap
c)
jernih
d)
terang
6.
Emak __________ buah tembikai untuk dihidangkan kepada tetamu. 
a)
menebuk 
b)
mengerat
c)
memotong
d)
memasak
7.
Ayah berusaha untuk __________ perniagaannya dengan bersungguh-sungguh dan menggunakan strategi yang betul. 
a)
pemaju
b)
memaju
c)
kemajuan
d)
memajukan
8.
Plastik __________ akan memudahkan kita untuk melihat barangan yang ada di dalamnya. 
a)
lutsinar
b)
kalis air
c)
kedap sinar
d)
kedap udara
9.
Pak Bahar sedang memasang __________ kawat mata punai di sekeliling reban. 
a)
secebis
b)
selembar
c)
segelung
d)
serawan
10.
__________ tingkap rumah itu dipasang jeriji keselamatan, pencuri itu berjaya memecah masuk juga. 
a)
Walaubagaimanapun
b)
Kendatipun
c)
Lantaran
d)
Jikalau
11.
Muhaimin meletakkan beberapa jenis batu yang cantik ke _________ akauariumnya itu. 
a)
sisi
b)
sudut
c)
dalam
d)
pinggir
12.
Pasukan penari zapin sekolah perlu berlatih dengan gigih sekiranya __________ memenangi pertandingan tarian itu.
a)
ingin
b)
masih
c)
dapat
d)
perlu
13.
Dedaun kering itu __________ ditiup angin. pertandingan tarian itu.
a)
berpusar
b)
berserakan
c)
berguguran
d)
berterbangan
14.
Masih terdapat __________ penduduk Manjung Point yang tidak ambil peduli akan usaha gotong-royong memerangi nyamuk Aedes.
a)
semua
b)
separuh
c)
-
d)
setengah
15.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 
“Kita perlu merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari,” kata ayah kepada abang. 
a)
Abang dan ayah sedang merancang kewangan supaya mereka senang pada hari kemudian. 
b)
Abang menasihati ayah sentiasa merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari. 
c)
Ayah menasihati abang supaya merancang kewangan dengan betul supaya senang pada kemudian hari. 
d)
Perancangan kewangan perlu dibuat kemudian supaya kita senang. 
16.
Kakak amat menggemari telur ayam masak __________
a)
semua
b)
seluruh
c)
separuh
d)
sesetengah
17.
_________ kawasan lapang dibelakang rumah Pak Izzat ditanam dengan sayur-sayuran.
a)
Setiap
b)
Segelintir
c)
Sebilangan
d)
Sebahagian
18.
Fatieha gemar mengumpulkan __________ jenis setem luar negara.
a)
berbagai
b)
pelbagai
c)
seluruh
d)
segala
19.
___________ penjenayah itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis.
a)
Ketiga
b)
Tiap-tiap
c)
Kedua-dua
d)
Sesetengah
20.
Lembu peliharaan datuk Farihin ada _________ ekor?
a)
beberapa
b)
keempat
c)
separuh
d)
berapa