NEW
Font size
WorksheetsTatabahasa - Kata Ganda (Penuh)
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Orang yang ____________ mencipta telefon ialah Alexander Graham Bell.
akhir-akhir
mula-mula
pandai-pandai
Ibu berasa tenteram setelah ___________ liar itu berhenti menyalak.
kucing-kucing
angsa-angsa
anjing-anjing
____________ yang menjadi mangsa dera itu dikejarkan ke hospital.
Kanak-kanak
Orang-orang
Mereka-mereka
____________ anyaman bakul itu dilakukan dengan sempurna.
Kerja-kerja
Barang-barang
Buat-buat
Perempuan yang dermawan itu sering membantu ____________ yatim.
bapa-bapa
budak-budak
anak-anak
Semua ____________ pemuda itu dusta belaka.
kata-kata
perbuatan-perbuatan
perangai-perangai
Ibu gemar membeli ____________ yang berbau wangi sebagai hiasan.
bunga-bunga
sayur-sayur
pinggan-pinggan
____________ pasukan pertahanan menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.
Ketua-ketua
Pemain-pemain
Kawan-kawan
Ilmu tentang penjagaan alam sekitar dapat diamalkan oleh ____________ dalam kehidupan seharian.
bayi-bayi
haiwan-haiwan
murid-murid
Kami dapat melihat ____________ berenang kerana air sungai itu sangat jernih.
siput-siput
ikan-ikan
serangga-serangga
Suraya berasa ____________ kerana pegawai polis itu tidak memakai pakaian seragam.
tenang-tenang
yakin-yakin
ragu-ragu
Aliah merupakan _________nya peserta wanita dalam acara perlumbaan kereta itu.
satu-satu
orang-orang
wakil-wakil
____________ itu naik ke udara apabila dilepaskan oleh Farah.
Kerusi-kerusi
Bola-bola
Belon-belon
Kayu di bawah rumah telah reput dimakan ___________.
jentik-jentik
anai-anai
rama-rama
____________ yang dipakai oleh Datin Faridah mahal harganya.
Anting-anting
Bintik-bintik
Rumah-rumah
