NEW
Font size
WorksheetsSains KSSM Tingkatan 4 Bab 3_Bab 7
Total questions: 45
Worksheet time: 45mins
Antara termometer berikut, yang manakah sesuai untuk menyukat suhu badan tanpa bersentuhan dengan badan?
Termometer rektal
Termometer inframerah
Termometer klinik
Termometer makmal
Apakah julat suhu yang boleh dicatatkan oleh sebuah termometer klinikal?
35°C kepada 42°C
0°C kepada 42°C
0°C kepada 100°C
–10°C kepada 110°C
Antara faktor berikut, yang manakah boleh menyebabkan suhu badan rendah yang tidak normal?
Jangkitan
Terdedah panas yang melampau
Senaman
Terdedah kepada keadaan sejuk melampau
Jadual menunjukkan keputusan yang diperolehi daripada sebuah kajian. Apakah kesimpulan eksperimen ini?
Seseorang yang lebih muda mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih rendah.
Seseorang yang lebih berusia mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih rendah.
Perempuan mempunyai kadar denyutan nadi lebih tinggi berbanding dengan lelaki.
Semakin lasak aktiviti senaman yang dilakukan, semakin tinggi kadar denyutan nadi.
Rajah menunjukkan skrin sebuah sfigmomanometer digital. Yang manakah di bawah menunjukkan bacaan betul yang dicatatkan?
Tekanan sistolik= 91, Tekanan diastolik= 125
Tekanan sistolik= 125, Tekanan diastolik= 91
Tekanan sistolik= 91, Tekanan diastolik= 74
Tekanan sistolik= 125, Tekanan diastolik= 74
Kelakuan yang manakah di bawah haruslah dielakkan semasa mengambil bacaan tekanan darah?
Lengan tangan disokong sepenuhnya pada paras jantung.
Pesakit berehat sekurangkurangnya 5 minit sebelum ujian.
Pesakit boleh mengambil kopi dan mimuman yang beralkohol sabaik sebelum ujian.
Pesakit duduk dengan sokongan belakang dan kaki pada lantai yang rata
Hisham mempunyai jisim badan 44 kg dan tinggi 1.51 m. Apakah indeks jisim badan (BMI) Hisham?
1.51
19.3
29.1
44
Jadual menunjukkan BMI sekumpulan murid. Antara yang berikut, yang manakah merupakan keterangan yang betul mengenai murid S?
Sihat
Berlebihan jisim badan
Obes
Kurang jisim badan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan amalan yang betul untuk menambah berat badan?
Ambil sarapan yang berpelawas tinggi.
Mengamalkan gizi yang sihat berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
Kurangkan minuman bergula dan makanan terproses.
Melakukan senaman yang intesif.
Yang manakah antara berikut mewakili Malaysia?
Apakah maksud Teknologi Hijau?
Teknologi yang berhasrat untuk mengurangkan atau menangani kesan negatif aktiviti manusia terhadap alam semula jadi.
Teknologi yang hanya menggunakan sumber tenaga yang boleh baharu sahaja.
Teknologi yang berupaya meningkatkan pengeluaran gas rumah hijau
Teknologi yang meningkatkan kualiti kesihatan dan kehidupan.
Antara yang berikut, yang manakah di bawah tidak termasuk dalam sektor Teknologi Hijau?
Tenaga
Pertanian dan Perhutanan
Pendidikan
Pengurusan Sisa dan Air Sisa
Ciri-ciri sejenis sumber tenaga alternatif ditunjukkan seperti di atas. Apakah sumber tenaga tersebut?
Biojisim
Tenaga nuklear
Tenaga suria
Bahan api fosil
Loji rawatan air kumbahan menggunakan turbin untuk mengepam udara ke dalam air. Apakah tujuan mengepam udara ke dalam air?
Memisahkan sisa yang boleh dipakai semula atau dikitar semula.
Mengluarkan sisa pepejal daripada air.
Membolehkan bio-degradasi aerobik terhadap pencemar.
Menghapuskan bau.
Antara aktiviti berikut, yang manakah boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar?
Pertanian organik
Baja kimia
Tanaman bergilir
Kawalan biologi
Apakah tujuan mengharamkan pembukaan tanah yang melebihi ketinggian 1 000 m dari aras laut dan kecuranan melebihi 40 darjah?
Mengurangkan jumlah pembebasan gas karbon dioksida
Mengurangkan hakisan tanah
Meningkatkan kesuburan tanah
Meningkatkan pertumbuhan flora dan founa
Isu sosial yang manakah di bawah boleh dikaitkan secara langsung dengan pembebasan karbon dioksida oleh pengangkutan?
Jerebu
Penipisan ozon
Tanah runtuh
Kesan rumah hijau
Amalan yang manakah di bawah menyumbangkan kepada pengurangan jejak kaki karbon?
Makan makanan yang diimport
Menggunakan pengering pakaian
Mengusahakan kebun
Kerap menggunakan pengangkutan persendirian
Rajah menunjukkan pewarisan ketinggian pada pokok kacang. Apakah nisbah yang mungkin bagi kacukan tersebut?
1 tinggi : 1 kerdil
2 tinggi : 1 kerdil
1 tinggi : 3 kerdil
3 tinggi : 1 kerdil
Keunikannya berbanding pahlawan ultra yang lain adalah dari sedi seni mempertahankan diri yang dimilikinya. Belia merupakan pahalawan yang menunjukkan aksi "open-palm martial art" atau pencak silat. Yang manakah pahlawan ultra yang menunjukkan keunikan tersebut.
Rajah menunjukkan carta palang yang mewakili sejenis variasi. Trait yang manakah diwakili oleh carta bar itu?
Ketinggian
Kumpulan darah
Jenis cap jari
Jenis cuping telinga
Rajah menunjukkan suatu sel yang mengalami pembahagian sel. Apakah struktur L?
Nukleus
Sitoplasma
Kromosom
Membran sel
Antara yang berikut, yang manakah disebabkan oleh mutasi gen?
Buta warna
Sindrom Down
Sindrom Turner
Sindrom Klinefelter
Albert telah mewarnakan rambut hitamnya menjadi merah. Kemudian, dia mencukur rambutnya sehingga botak. Selepas beberapa bulan, rambut Albert kembali tumbuh dengan warna hitam. Faktor yang manakah mempengaruhi keadaan itu?
Genetik
Persekitaran
Mutasi gen
Mutasi kromosom
Rajah menunjukkan seorang lelaki berambut kerinting berkahwin dengan seorang perempuan berambut lurus. Kesemua anak mereka berambut kerinting. ’K’ ialah gen dominan bagi rambut kerinting dan ’k’ adalah gen resesif bagi rambut lurus. Apakah pasangan gen bagi ibubapa tersebut?
Lelaki= Kk, Perempuan= kk
Lelaki= KK, Perempuan= kk
Lelaki= Kk, Perempuan= KK
Lelaki= Kk, Perempuan= Kk
Antara yang berikut, yang manakah urutan peringkat mitosis yang betul?
Rajah menunjukkan rajah skema pewarisan bagi manusia. Apakah S dan T?
S= 44+XX, T= 44+XX
S= 44+XX, T= 44+XY
S= 44+XY, T= 44+XX
S= 44+XY, T= 44+XY
Antara haiwan berikut, yang manakah memiliki rangka luar?
Rajah menunjukkan sendi sinovia manusia. Antara bahagian A, B, C atau D, yang manakah menyerap hentakan dan mengurangkan geseran antara kedua-dua hujung tulang?
A
B
C
D
"Dia" menyimpan hartanya di dalam gua bersama sumpah setia 40 orang penyamun. Siapakah "dia"?
Rajah menunjukkan rangka manusia. Antara tulang A, B, C atau D, yang manakah sebahagian daripada rangka paksi?
A
B
C
D
Rajah menunjukkan sendi siku iaitu sejenis sendi engsel. Apakah bahagian Q dan R?
Q= Membran sinovia , R= Bendalir sinovia
Q= Rawan, R= Bendalir sinovia
Q= Membran sinovia , R= Ligamen
Q= Rawan, R= Ligamen
Rajah menunjukkan lengan manusia. Apakah X?
Rawan
Triseps
Ligamen
Tendon
Haiwan manakah mempunyai rangka hidrostatik?
Antara penyesuaian berikut, yang manakah membantu tumbuhan untuk terapung?
I Tisu aerenkima
II Batang berkayu
III Kesegahan sel
IV Daun lebar
I dan II
I dan III
I dan IV
I, II dan IV
Nenek Huda mengalami masalah penyakit sistem rangka seperti di atas. Apakah penyakit yang dialami oleh nenek Huda?
Distrofi otot
Artritis
Osteoporosis
Kejang otot
Rajah menunjukkan pergerakan seekor cacing tanah. Antara yang berikut, yang manakah benar mengenai tindakan otot pada segmen Z?
Otot membujur= Mengecut , Otot lingkar= Mengecut,
Otot membujur= Mengendur , Otot lingkar= Mengendur,
Otot membujur= Mengecut , Otot lingkar= Mengendur
Otot membujur= Mengendur , Otot lingkar= Mengecut,
Rajah menunjukkan sejenis akar sokongan. Antara pokok-pokok berikut, yang manakah mempunyai jenis akar tersebut?
Jagung
Pokok bakau
Pokok durian
Kacang panjang
Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan kempen anti-dadah. Apakah kaitan antara pernyataan itu dengan koordinasi badan?
Kadar degupan jantung menurun
Memperlahankan gerak balas terhadap rangsangan
Kebanyakan neuron dimusnahkan
Aktiviti otak menjadi cepat
Siapa dia?
Son Goku
Naruto
Monkey D. Luffy
Kurosaki Ichigo
Seorang pesakit menghidap penyakit goiter. Apakah kelenjar endokrin yang gagal berfungsi?
Tiroid
Adrenal
Pankreas
Pituitari
Antara kalenjar yang berikut, yang manakah merupakan kelenjar utama yang mengawal penghasilan hormon dari kelenjar-kelenjar endokrin yang lain?
Kelenjar adrenal
Kelenjar tiroid
Kelenjar pituitari
Pankreas
Hormon yang manakah mengawal kadar metabolisme dalam tubuh badan manusia?
Oksitosin
Prolaktin
Tiroksina
Insulin
Rajah menunjukkan kelenjar endokrin bagi seorang remaja perempuan. Dia mengalami kitar haid yang tidak teratur. Antara bahagian berlabel A, B, C dan D, yang manakah tidak berfungsi dengan baik?
A
B
C
D
Antara aktiviti-aktiviti berikut, yang manakah boleh menjejaskan minda?
Bersukan
Bekerja kuat
Mengambil dadah
Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas
