Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sains tingkatan 1 bab 3

Total questions: 25

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah menerangkan maksud homeostasis dengan betul?

a)

proses untuk melindungi seseorang daripada penyakit berjangkit dengan memasukkan sejenis bahan ke dalam badan

b)

pengekalan keadaan dalam badan sesuatu organisma terhadap persekitarannya supaya berada dalam keadaan yang stabil dan seimbang

c)

perubatan yang memusnahkan atau melambatkan pertumbahan mikroorganisma

d)

perhubungan antara organisma untuk melindungi air dan ekologi

2.

Tandakan sistem yang terlibat dalam kawalan atur kandungan air dalam badan

a)

sistem perkumuhan

b)

sistem pencernaan

c)

sistem otot

d)

sistem endokrin

3.

Antara berikut, yang manakah bukan keadaan lapisan kulit semasa suhu persekitaran tinggi?

a)

kalenjar peluh menghasilkan peluh

b)

bulu roma condong

c)

bulu roma menegak

d)

salur darah mengembang

4.

Bagaimanakah kucing mengurangkan suhu badannya?

a)

menjelirkan lidah

b)

menjilat bulu badan

c)

bulu badan menegak

d)

menghasilkan bendalir

5.

Apakah proses yang dapat mengawal atur kandungan air bagi tumbuhan pada hari panas?

a)

pencernaan

b)

penyejatan

c)

respirasi

d)

resapan

6.

Apakah yang akan berlaku pada stoma sekiranya suhu persekitaran yang terlalu tinggi?

a)

terbuka

b)

tertutup

c)

terbuka dan tertutup

d)

tersejat

7.

Bulu roma condong untuk ____________________ udara terperangkap pada lapisan kulit supaya haba mudah dibebaskan.

a)

mengurangkan

b)

menambahkan

c)

mengosongkan

8.

Apabila suhu persekitaran tinggi, salur darah akan _______________ untuk membenarkan lebih banyak darah mendekati kulit bagi membebaskan tenaga haba.

a)

mengecut

b)

tiada perubahan

c)

mengembang

9.

Monyet menegakkan bulunya untuk menurunkan suhu badan

a)

benar

b)

palsu

10.

Hormon insulin mengawal atur paras gula dalam darah

a)

benar

b)

palsu

11.

Pokok pisang menggulungkan daunnya ketika hari panas untuk mengurangkan kehilangan air

a)

benar

b)

palsu

12.

Penyejatan air daripada daun menyejukkan tumbuhan pada hari panas

a)

benar

b)

palsu

13.

Antara aktiviti berikut, yang manakah boleh menurunkan suhu badan?

a)

membaca buku

b)

minum air

c)

berlari

d)

mendaki gunung

14.

Mengapakah badan kekurangan oksigen semasa melakukan aktiviti cergas?

a)

karbon dioksida telah diserap oleh badan

b)

kadar bekalan oksigen menjadi sedikit

c)

kadar pertukaran oksigen dan karbon dioksida menjadi perlahan

d)

kadar penggunaan oksigen oleh sel melebihi kadar bekalan oksigen kepada sel

15.

Yang manakah bukan faktor yang mencetuskan homeostasis dalam badan manusia?

a)

suhu

b)

aras gula dalam darah

c)

nilai pH dalam badan

d)

aras tenaga

16.

Adibah melawat ke Korea pada bulan Disember tahun lalu semasa musim sejuk.

Antara berikut, yang manakah merupakan kawal atur suhu badannya yang betul?

a)

salur darahnya mengecut, bulu roma pula menegak, badannya menggigil dan kurang berpeluh

b)

salur darah mengembang, bulu roma condong, berpeluh dan rembesan hormon dalam badan berkurang

c)

salur darah kekal normal, otot merangsang rembesan hormon, kandungan air dalam badan menurun

d)

salur darah mengecut , otak merangsangkan rembesan hormon, ginjal mengurangkan penghasilan aie kencing

17.

Yang manakah menunjukkan homeostasis yang berlaku dalam haiwan dan tumbuhan?

a)

mengawal atur suhu badan dengan menjelir lidah

b)

mengawal atur kandungan air melalui transpirasi

c)

meningkatkan kadar degupan jantung apabila persekitaran panas

d)

berendam semasa cuaca sejuk

18.

Persekitaran dalam badan merujuk kepada bendalir X yang berada di sekeliling sel-sel badan.

Apakah bendalir X?

a)

bendalir sel

b)

bendalir tisu

c)

bendalir organ

d)

bendalir sistem

19.

Keadaan yang manakah merupakan keadaan persekitaran dalam badan?

a)

kepekatan gula

b)

kadar respirasi

c)

kadar denyutan nadi

d)

tekanan darah

20.

Antara organ berikut, yamg manakah terlibat dalam kawal atur kandungan air dalam badan manusia?

a)

peparu

b)

jantung

c)

ginjal

d)

otak

21.

Bendalir tisu dan plasma darah mengandungi kandungan bahan-bahan yang sama.

a)

benar

b)

palsu

22.

Menggigil apabila kesejukan menghasilkan haba dalam badan

a)

benar

b)

palsu

23.

Kadar dengupan jantung meningkat apabila kita berlari menaiki tangga yang tinggi

a)

benar

b)

palsu

24.

Pada waktu siang, stoma _________________ supaya lebihan air tersejat daripada daun.

a)

terbuka

b)

tertutup

25.

Pada suhu yang tinggi, stoma akan ________________ untuk mengurangkan air ynag tersejat daripada daun

a)

terbuka

b)

tertutup