wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penyebaran dan Penyerakan Cahaya

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan penyebaran cahaya?

a)

Proses pemisahan cahaya putih kepada tujuh warna berlainan yang dipanggil sebagai spektrum apabila melalui sebuah prisma.

b)

Keadaan yang mana warna-warna dalam cahaya dipantul dan dihalang oleh zarah- zarah seperti gas, habuk, debu dan wap di atmosfera

c)

Keadaan apabila sinar cahaya bergerak dari kawasan yang mempunyai ketumpatan yang berbeza

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan penyerakan cahaya?

a)

Proses pemisahan cahaya putih kepada tujuh warna berlainan yang dipanggil sebagai spektrum apabila melalui sebuah prisma.

b)

Keadaan yang mana warna-warna dalam cahaya dipantul dan dihalang oleh zarah- zarah seperti gas, habuk, debu dan wap di atmosfera

c)

Keadaan apabila sinar cahaya bergerak dari kawasan yang mempunyai ketumpatan yang berbeza

3.

Pilih pernyataan yang betul mengenai penyerakan cahaya.

a)

Penyerakan cahaya adalah pemisahan cahaya putih kepada komponen warna oleh zarah terampai dalam atmosfera

b)

Cahaya dengan panjang gelombang yang lebih pendek akan banyak dibiaskan

c)

Cahaya biru berserakan ke semua arah menyebabkan langit kelihatan biru pada waktu tengah hari

d)

Langit biru pada waktu tengah hari dan langit merah ketika senja adalah fenomena alam yang disebabkan oleh penyerakan cahaya

4.

Dua buah prisma diletakkan pada kedudukan seperti dalam rajah. Ramalkan apakah yang akan diperhatikan pada skrin putih apabila dua prisma digunakan.

a)

Cahaya putih terbentuk pada skrin kerana warna spektrum yang terhasil daripada prisma pertama digabungkan semula oleh prisma kedua

b)

Tujuh warna cahaya terbentuk pada skrin kerana warna spektrum yang terhasil daripada prisma pertama disebarkan lebih banyak pada prisma kedua

5.

Alia mendapati langit kelihatan kebiruan pada waktu tengah hari dan kelihatan kemerahan pada waktu senja. Dia melakukan aktiviti seperti dalam rajah di bawah bagi mengkaji kejadian tersebut.

Apabila alur cahaya dihalakan daripada projektor slaid, warna kebiruan terbentuk dalam susu cair dan tompok merah terbentuk pada skrin.

Mengapakah susu cair kelihatan kebiruan?

a)

Kerana cahaya biru diserakkan paling sedikit oleh zarah-zarah terampai. Cahaya biru mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek.

b)

Kerana cahaya biru diserakkan paling banyak oleh zarah-zarah terampai. Cahaya biru mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek.

c)

Kerana cahaya biru diserakkan paling sedikit oleh zarah-zarah terampai. Cahaya biru mempunyai panjang gelombang yang lebih panjang.

d)

Kerana cahaya biru diserakkan paling banyak oleh zarah-zarah terampai. Cahaya biru mempunyai panjang gelombang yang lebih panjang.

6.

Penyebaran cahaya ialah pembahagian cahaya putih kepada komponen warnanya.

a)

Betul

b)

Salah

7.

Pembahagian cahaya putih kepada komponen warnanya ialah proses

a)

Penyerakan cahaya

b)

Penyebaran cahaya

8.

Penyebaran cahaya berlaku apabila warna berlainan bergerak pada halaju berlainan dalam prisma.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Penyebaran cahaya berlaku apabila warna berlainan bergerak pada halaju sama dalam prisma.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Penyebaran dan pembiasan berlaku apabila cahaya melalui prisma.

a)

Betul

b)

Salah

11.

Penyebaran dan pembiasan berlaku apabila cahaya melalui ...

a)

Piramid

b)

Kuboid

c)

Prisma

12.

Semakin pendek gelombang cahaya semakin banyak cahaya diserakkan.

a)

Betul

b)

Salah

13.

Semakin pendek gelombang cahaya semakin sedikit cahaya diserakkan.

a)

Betul

b)

Salah

14.

Fenomena semulajadi yang berkaitan dengan penyebaran cahaya ialah

a)

Pelangi

b)

Langit Biru

c)

Kemerahan matahari terbenam

15.

Kejadian pelangi ialah contoh fenomena semulajadi yang berkaitan dengan penyebaran cahaya.

a)

Betul

b)

Salah

16.

Kejadian langit biru ialah contoh fenomena semulajadi yang berkaitan dengan penyebaran cahaya.

a)

Betul

b)

Salah

17.

Pilih pernyataan yang SALAH tentang spektrum warna

a)

Fenomena pembiasan cahaya

b)

Warna merah bergerak paling laju

c)

Warna ungu bergerak paling laju

d)

Cahaya putih dibiaskan apabila melalui prisma

18.

Pilih pernyataan yang BENAR tentang pembentukan pelangi

a)

Cahaya dibiaskan oleh titisan air hujan

b)

Cahaya merah dibiaskan paling banyak

c)

Warna ungu dibiaskan paling sedikit

19.

Cahaya dipantulkan dan diserakkan dalam kesemua arah oleh zarah-zarah terampai

a)

Penyerakan cahaya

b)

Penyebaran cahaya

c)

Pembiasan cahaya

20.

Matahari kelihatan berwarna merah pada waktu senja kerana

a)

Panjang gelombang warna merah paling tinggi

b)

Warna merah paling kurang diserakkan

c)

Kedudukan matahari paling dekat dengan bumi