WorksheetsTrial peneng set 2 (20q)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Maklumat berikut berkaitan undang-undang Islam di Madinah.
Keadilan undang-undang Islam
Berdasarkan Piagam Madinah, apakah syarat ditetapkan sebelum menjatuhkan
sesuatu hukuman
Baiah
Saksi
syura
penjamin
Apa kaedah yang digunakan semasa pelantikan Khalifah Umar bin al-Khattab?
Melalui cadangan satu nama
Melalui syura atau musyawarah
Melalui pencalonan beberapa nama
Melalui pencalonan sekelompok masyarakat
Kerajaan Uthmaniyah mengutamakan dasar diplomasi dan toleransi ketika melakukan
perluasan kuasa di Eropah.
Bagaimanakah dasar tersebut dilaksanakan?
Menandatangani perjanjian damai
Memperkenalkan amalan syura
Mengiktiraf Gereja Ortodok
Membiayai Gerakan Reformation
Apakah saranan yang dikemukakan oleh Wali Songo semasa menyebarkan dakwah di
Pulau Jawa?
Memajukan pertanian
Mengelakkan pembaziran
Menyokong sekularisme
Menguasai kemahiran
Tokoh ulama berikut telah menghasilkan karya tentang pemikiran Islam.
• Syeikh Nuruddin al-Raniri
• Abdul Rauf Singkel
Apakah saranan kepada setiap orang Islam dalam penulisan?
Setia kepada pemerintah
Kepentingan pendidikan
Sikap berjimat cermat
Kewajipan berjihad
Maklumat berikut berkaitan dengan Adat Perpatih
Adat Perpatih ⤵️
• Berasal dari Pagar Ruyung
• Bersifat matrilineal
Apakah maksud sifat matrilineal?
Perlantikan ketua adat
Perempuan mewarisi harta
Perkahwinan dalam kalangan suku
Pemerintah bergelar Yam Tuan Besar
Pendidikan tidak formal menekankan pengajaran nilai-nilai miral dan budaya yang murni.
Apakah kaedah yang paling berkesan dalam sistem pendidikan ini?
Bercerita
Hafalan
Leteran
Denda
Senarai berikut merupakan kawasan yang ditakluk oleh Sepanyol pada abad ke-15.
• Peru
• Mexico
Apakah kesan penaklukan terhadap kawasan tersebut?
Pengukuhan institusi gereja
Penghapusan tamadun tempatan
Pengekalan pemerintahan tempatan
Perkembangan perdagagan antarabangsa
Jadual berikut merujuk kepada akta yang diperkenalkan semasa Revolusi Perindustrian di Eropah.
Tahun Perkara
1833 - Akta Kilang
1847- Akta 10 Jam
Mengapakah akta tersebut diperkenalkan?
Mewajibkan majikan menyediakan kemudahan kesihatan.
Melarang wanita bekerja dalam sektor perlombongan
Membenarkan pekerja menyertai kesatuan
Melindungi eksploitasi terhadap pekerja
Gambar berikut merupakan peralatan yang digunakan oleh masyarakat Melayu
tradisional.
Kegiatan manakah yang paling sesuai untuk menggunakan peralatan tersebut?
Perlombongan
Perdagangan
Pertanian
Perikanan
