NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu Tahun 2 - Kata Hubung
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1. Walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu ___________ hatinya masih berduka.
atau
tetapi
malahan
kecuali
2. Husna bukan sahaja disukai oleh kawan-kawannya __________ oleh gurunya juga.
lalu
sambil
malahan
maka
3. Saiful suka menonton televisyen _________ adiknya gemar membaca buku cerita.
manakala
padahal
serta
maka
4. Aliya akan pulang ke kampung ________ permohonan cuti diluluskan oleh majikannya.
sekiranya
supaya
apabila
kerana
5. Tisha memberitahu gurunya _____________ dia tidak dapat hadir ke sekolah pada hari Isnin ini.
bila
bahawa
apabila
semoga
6. Setelah beberapa buah teksi yang ditahan tidak berhenti, __________ dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke bandar.
dan
lantas
manakala
bagaimana
7. Razif sangat aktif dalam persatuan belia di kampungnya ._____________, dia telah dilantik menjadi pengerusi persatuan itu.
Di samping itu
Kalau begitu
Namun begitu
Oleh sebab itu
8. Haji Rahim bukan sahaja pemurah ______________ baik hati.
dan
manakala
tetapi
malahan
9. Pameran pertanian itu akan dilanjutkan tempohnya __________mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan
jika
hingga
ketika
sementara
10. Suraya masih belum pulang _____________ hari sudah lewat senja.
walau bagaimanapun
setelahpun
meskipun
jikalaupun
11. Pertandingan mewarna yang diadakan di Pantai Merdeka itu adalah _________ Hari Kanak-kanak Sedunia.
sebab
dan
untuk
sebagai
12. Rafidah bertekad meneruskan program itu _______________ mendapat tentangan daripada rakan-rakannya.
meskipun
andai
lalu
lantas
13. Pelumba dari Kedah itu mencuba sedaya upaya menamatkan lariannya _______ kakinya sakit.
apabila
sungguhpun
jikalau
melainkan
14. Penggunaan komputer dalam kemajuan teknologi amat penting._____________, murid-murid digalakkan mempelajari cara menggunakannya.
Lagipun
Lebih-lebih lagi
Di samping itu
Oleh sebab itu
15. Ayah dan ibu Ani akan ____________ Mekah untuk menunaikan haji ___________ tahun ini.
dari ... pada
hingga ... ke
beberapa ... pada
ke... pada
16. Azim akan didenda kerana ponteng sekolah ________________ dia dapat membuktikan bahawa dia sakit.
melain
malahan
melainkan
kalau
17. Pak Usop bukan sahaja menderma kepada anak-anak yatim ___________ sentiasa pula membawa mereka makan angin dengan vannya.
melainkan
malahan
dan
tetapi
18. Ramli tidak makan daging . ___________ , emaknya telah memasakkannya sayur-sayuran sahaja untuk dimakan.
Oleh itu
Oleh kerana
sebab
kerana
19. Kebanyakan remaja di negara ini dipengaruhi __________ budaya barat.
untuk
oleh
seperti
oleh itu
20. Semua anak kucing Zarinah berbulu coklat _____________ seekor berwarna putih.
melainkan
bahkan
kecuali
hanya
