wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

bahasa melayu tingkatan 1 peribahasa

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Sofea dan adiknya sudah berbaik semula setelah bergaduh selama beberapa hari.

a)

Bagai isi dengan kuku

b)

Bagai aur dengan tebing

c)

Air dicincang tidak akan putus

d)

Bagai pinang dibelah dua

2.

Hakimi dan Hamizan memang berkawan baik dan sentiasa bersama-sama.

a)

Bagai isi dengan kuku

b)

Bagai katak di bawah tempurung

c)

Bagai bulan jatuh ke riba

d)

Bagai pinang dibelah dua

3.

Kawan-kawannya tidak mahu menasihati Suzihan lagi kerana nasihat mereka itu tidak diendahkannya.

a)

Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas

b)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

c)

Hangat-hangat tahi ayam

d)

Bagai mencurah air ke daun keladi

4.

Penduduk kampung itu sentiasa bekerjasama apabila menghadapi sesuatu masalah.

a)

Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

b)

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

c)

Burung terbang dipipiskan lada

d)

Bagai cincin dengan permata

5.

Nisdawati sering memburukkan Rosni, sedangkan Rosni sering membantunya dalam pelajaran.

a)

Bagai kacang lupakan kulit

b)

Bagai kaca jatuh ke batu

c)

Bagai aur dengan tebing

d)

Seperti cacing kepanasan

6.

Ali mula menghilangkan diri tidak menghadiri latihan bola sepak tidak seperti minggu pertama dia memasuki pasukan itu.

a)

Ada hati

b)

Usaha tangga kejayaan

c)

Hangat-hangat tahi ayam

d)

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan

7.

Faiz ialah ________________ bagi keluarganya kerana dia merupakan anak tunggal.

a)

Anak dagang

b)

Anak emas

c)

Anak angkat

8.

Encik Razak dan Puan Aliyah amat menyayangi Aidil kerana Aidil merupakan satu-satunya anak mereka.

a)

Bagai aur dengan tebing

b)

Bagai bulan jatuh ke riba

c)

Bagai menatang minyak yang penuh

d)

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

9.

"Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita."


Berdasarkan maksud di atas, nyatakan peribahasa yang sesuai.

a)

Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak

b)

Ukur baju di badan sendiri

c)

Ada gula ada semut

d)

Biar putih tulang, jangan putih mata.

10.

Nyatakan peribahasa berdasarkan gambar berikut

(a)  

11.

"Biar putih tulang,jangan putih mata"


Pilih maksud yang sesuai berdasarkan peribahasa berikut.

a)

Lebih baik mati daripada tidak dapat apa yang diidam

b)

Budi bahasa yang baik itu tidak akan dilupakan orang

c)

Lurus hati seseorang itu dapat dilihat pada keadaannya (tingkah lakunya)

d)

Sekiranya takut kepada risiko, jangan dekati bahaya

12.

"Seperti kaca terhempas ke batu"


Pilih maksud yang sesuai berdasarkan peribahasa di atas.

a)

Sesuatu yang rosak

b)

Kesalahan yang tidak dapat diperbetulkan

c)

Mementingkan diri sendiri

d)

Hati yang berkecai kerana dukacita

13.

"Panjang tangan"


Pilih maksud yang sesuai berdasarkan simpulan bahasa di atas.

a)

Orang yang suka mencuri

b)

Orang yang suka menderma

c)

Orang yang suka menulis

d)

Orang yang suka meminjam barang

14.

"Hidung tinggi"


Pilih maksud yang sesuai berdasarkan simpulan bahasa di atas

a)

Orang yang kedekut

b)

Orang yang sombong

c)

Orang berhidung mancung

d)

Orang yang cantik/kacak

15.

"Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar."


Pilih maksud yang sesuai berdasarkan peribahasa di atas.

a)

Berhati-hati ketika berbicara pada waktu siang atau malam

b)

Berhati-hati ketika hendak menceritakan sesuatu rahsia

c)

menyimpan rahsia

d)

Jika ada perkara yang rahsia, pandailah menjaganya agar tidak diketahui orang