wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BURUJ

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Buruj dinamakan mengikut coraknya. Bagaimanakah cara untuk mengenal pasti buruj di langit?
a)
Dengan melihat gerhana matahari
b)
Dengan merasa tiupan arah angin
c)
Dengan melihat gugusan bintang
d)
Dengan melihat bentuk awan
2.
Sekumpulan pelayar telah tersesat di tengah lautan pada waktu malam. Apakah yang patut mereka lakukan untuk mencari arah perjalanan mereka?
a)
Melihat bulan
b)
Melihat bintang- bintang di langit
c)
Melihat arah pergerakan angin
d)
Melihat kedudukan buruj di langit
3.
Antara buruj yang berikut, manakah yang menunjukkan arah utara?
a)
Pari
b)
Belantik
c)
Skorpio
d)
Virgo
4.
Buruj ini kelihatan seperti sesuatu yang mempunyai kepala, badan yang panjang, berekor dan bersengat.Buruj ini boleh dilihat dari bulan Jun hingga Ogos.
Apakah buruj ini?
a)
Belantik
b)
Pari
c)
Skorpio
d)
Biduk
5.
Apakah ciri- ciri buruj ini?
a)
Mempunyai 5 gugusan bintang
b)
Menunjukkan arah selatan
c)
Corak seperti layang- layang
d)
Berbentuk gayung
6.
Rajah di bawah menunjukkan aktiviti seorang atlet yang sedang menjalani latihan memanah.
 Antara yang berikut, buruj yang manakah mempunyai corak yang sama seperti aktiviti atlet itu?
a)
Biduk
b)
Pari
c)
Skorpio
d)
Belantik
7.

Apakah nama buruj ini?

a)

Belantik

b)

Pari

c)

Biduk

d)

Skorpio

8.

Bagaimanakah buruj kelihatan berbeza daripada bintang lain?

a)

Membentuk corak

b)

Besar

c)

Boleh dilihat di langiit malam

d)

Kedudukannya di langit tetap

9.

Buruj sangat penting pada kelasi dan pelancong pada zaman dahulu. Alat yang manakah menggantikan buruj pada masa kini?

a)

Kompas

b)

Teleskop

c)

Periskop

d)

Prisma

10.

Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang buruj Belantik?

I Corak seperti seorang pemburu

II Menunjukkan arah utara

III Terdiri daripada empat bintang

IV Mempunyai badan yang panjang, ekor dan penyengat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Mengapakah buruj sukar dilihat pada waktu siang?

a)

Lapisan atmosfera bumi pada waktu siang adalah tebal.

b)

Bintang tidak dapat bersinar pada waktu siang

c)

Pada waktu siang, buruj dilindungi bulan

d)

Pada waktu siang, matahari adalah terang

12.

Buruj terdiri daripada sekumpulan.......................

a)

asteroid

b)

bintang

c)

bulan

d)

meteor

13.

Apakah kepentingan buruj pada petani-petani zaman dahulu?

a)

Menandakan musim hujan

b)

Menandakan musim menanam

c)

Menandakan musim berbuah

d)

Menandakan musim kemarau

14.

Sebuah tempat di hemisfera utara akan mengadakan suatu pesta.

Jika mereka ingin mengadakan pesta itu pada musim menuai, buruj manakah yang dapat menentukan permulaan pesta itu?

a)

Belantik

b)

Skorpio

c)

Biduk

d)

Pari

15.

Apakah kepentingan buruj kepada manusia?

a)

Sebagai petunjuk jalan di waktu siang

b)

Sebagai petunjuk arah kepada pengembara di waktu malam

c)

Sebagai penentu musim hujan

d)

Sebagai petunjuk musim menanam dan musim menunai

16.

Sekumpulan nelayan di laut telah mengalami kerosakan pada kompas kapal mereka, mereka ingin menuju ke selatan. Apakah buruj yang dapat membantu mereka ke selatan?

a)

Skorpio

b)

Biduk

c)

Pari

d)

Belantik

17.

Apakah alat teknologi yang sesuai untuk mencerap buruj pada waktu malam?

a)

Mikroskop

b)

Binokular

c)

Teleskop

d)

Stetoskop

18.

Gayung atau senduk mempunyai perkaitan dengan sesuatu nama buruj. Apakah buruj yang dimaksudkan?

a)

Belantik

b)

Pari

c)

Biduk

d)

Skorpio

19.

Para petani di hemisfera selatan hendak menanam tanam-tanaman. Apakah buruj yang perlu mereka perhatikan sebagai menandakan sudah tiba musim menanam?

a)

Skorpio

b)

Biduk

c)

Belantik

d)

Pari

20.

Buruj biduk selain daripada digunakan sebagai petunjuk musim menanam, ia juga digunakan sebagai petunjuk arah.

Apakah arah yang ditunjukkan oleh buruj biduk?

a)

Barat

b)

Timur

c)

Selatan

d)

Utara