wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEPERIKSAAN AKHIR T4 KSSM (PKPB)

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah syarat wajib haji kecuali

a)

Islam

b)

baligh

c)

berakal

d)

mumayyiz

2.

Antara berikut yang manakah tidak benar mengenai maksud berkemampuan dalam ibadat haji?

a)

mempunyai kesempatan masa

b)

menyelesaikan semua hutang

c)

mempunyai kenderaan pergi dan balik

d)

mampu menyediakan tambang perjalanan

3.

Perkara yang membezakan antara rukun haji dengan umrah ialah

a)

niat

b)

tawaf

c)

wukuf di arafah

d)

bermalam di Mina

4.

Antara berikut , yang manakah perkara makruh semasa sembelihan ?

a)

melakukan sembelihan pada siang hari

b)

menggunakan pisau yang tumpul

c)

menghadapkan binatang sembelihan kearah kiblat

d)

mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang

5.

Hukum melakukan sembelihan adalah

a)

harus

b)

sunat

c)

wajib

d)

makruh

6.

Beikut ialah perkara-perkara sunat semasa sembelihan kecuali

a)

menyebut nama Allah SWT

b)

melakukan sembelihan di siang hari

c)

menghadap binatang sembelihan ke arah kiblat

d)

melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang hendak disembelih.

7.

Hukum melakukan korban bagi orang yang bernazar adalah

a)

wajib

b)

harus

c)

sunat

d)

sunat muakkad

8.

Antara syarat sah korban ialah

a)

memilih binatang yang gemuk

b)

menyembelih sendiri bagi lelaki

c)

melakukan sembelihan pada waktunya

d)

membaca basmalah ketika menyembelih

9.

Hukum melakukan akikah adalah ...........

a)

wajib

b)

harus

c)

sunat

d)

sunat muakkad

10.

Daging akikah disunatkan untuk ...........

a)

disedekahkan kepada orang bukan islam

b)

dimasak dengan masakan lemak dan disedekahkan

c)

dimasak dengan masakan manis dan dibuat jamuan

d)

dimakan oleh keluarga yang melakukan akikah sahaja

11.

Berikut ialah unsur-unsur yang diharamkan dalam muamalat islam kecuali

a)

judi

b)

riba

c)

gharar

d)

wakalah

12.

Hukum umat islam terlibat dengan skim cepat kaya adalah .............

a)

harus

b)

wajib

c)

haram

d)

makruh

13.

Antara yang berikut, yang manakah bukan jenis-jenis akad dalam muamalat islam ?

a)

kebajikan

b)

pertukaran

c)

kerukunan

d)

perkongsian

14.

" memberi pinjaman wang RM 100 untuk kegunaan peribadi "


SITUASI DI ATAS MERUJUK KEPADA CONTOH............................

a)

sewa

b)

rahnu

c)

qardhun

d)

musyarakah

15.

Berikut ialah aktiviti perniagaan yang dianjurkan dalam islam kecuali

a)

hibah

b)

surqah

c)

kafalah

d)

wakalah

16.

Hukum melakukan solat sunat dhuha adalah .............

a)

harus

b)

wajib

c)

sunat ab'ad

d)

sunat muakkad

17.

Berikut iallah hikmah menunaikan solat sunat dhuha kecuali

a)

mendekatkan diri kepada Allah swt

b)

membuktikan ketaatan kepada Allah swt

c)

mendapat rahmat dan rezeki daripada Allah swt

d)

mendapat keredaan Allah swt dalam urusan harian

18.

Solat sunat Dhuha boleh dilakukan sebanyak ................

a)

2 rakaat

b)

4 rakaat

c)

6 rakaat

d)

2, 4, 6 dan 8 rakaat

19.

Sunat membaca surah ................. pada rakaat yang pertama solat sunat dhuha.

a)

al-Alaq

b)

al-Kafiruun

c)

asy-Syams

d)

al-Ghasiyah

20.

Berikut adalah antara amalan yang dianjurkan ketika gerhana kecuali

a)

berdoa

b)

berzikir

c)

bertakbir

d)

bersedekah

21.

Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai khalifah Abu Bakar as Siddiq 

a)

memerangi golongan murtad

b)

mengarahkan pengumpulan tulisan al-quran

c)

memerangi golongan yang enggan membayar zakat

d)

menyumbangkan harta dan kekayaan untuk pertahanan negara

22.

Antara sumbangan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq semasa menjadi khalifah ialah

a)

mengisytiharkan kalendar mengikut tahun hijrah

b)

memerangi golongan yang enggan membayar zakat

c)

menyumbang harta dan kekayaan untuk pertahanan negara

d)

menubuhkan beberapa jabatan untuk melicinkan pentadbiran

23.

Antara yang berikut, yang manakah pernyataan yang benar mengenai Khulafa' ar-Rasyidin?

a)

Saydina Umar ialah khalifah yang ketiga

b)

Saydina Uthman telah dilantik melalui wasiat

c)

Saydina Abu Bakar ialah orang yang pertama memeluk islam

d)

Empat orang sahabat yang memerintah negara Islam selepas kewafatan Rasulullah

24.

" MEMBESARKAN MASJID NABAWI UNTUK KEPERLUAN DAN KESELESAAN UMAT ISLAM "


Pernyataan di atas merujuk sumbangan besar kepada umat oleh Khalifah :-

a)

Umar al-Khattab

b)

Ali bin Abi Talib

c)

Uthman bin Affan

d)

Abu Bakar as-Siddiq

25.

Antara berikut yang manakah pernyataan yang tidak benar mengenai Saydina Umar r.a ?

a)

Menubuhkan Majlis Syura

b)

terlibat dalam membukukan al-Quran

c)

memastikan kebajikan rakyat terpelihara

d)

membahagikan wilayah kepada beberapa bahagian

26.

Faktor yang membawa kepada pengumpulan tulisan ayat al-quran ialah

a)

kegemilangan kepimpinan Khulafa' ar-Rasyidin

b)

penghafaz al-Quran ramai terbunuh semasa perang Badar

c)

keadaan negara yang huru-hara disebabkan pemberontakan

d)

penghafaz al-Quran ramai terbunuh semasa Perang Yamamah

27.

Pengasas kerajaan Abasiyyah ialah .........

a)

Sufian bin Uyainah

b)

Umar bin Abdul Aziz

c)

Muawiyah bin Abi Sufian

d)

Abu al-Abbas Abdullah bin Muhammad Ali as-Saffah

28.

Berikut ialah faktor kegemilangan kerajaan Abasiyyah kecuali

a)

kestabilan politik

b)

pembentukan kabilah-kabilah Arab

c)

kedudukan Baghdad yang strategik

d)

semangat jihad yang tinggi dalam menguasai ilmu pengetahuan

29.

Berikut merupakan khalifah terkenal di zaman kerajaan Abasiyyah kecuali

a)

Umar bin Abdul Aziz

b)

Al-Makmun bin Harun ar-Rasyid

c)

Harun ar-Rasyid bin Muhammad al-Mahdi

d)

Abu Jaafar Abdullah Muhammad bin Ali al-Mansur

30.

Kerajaan Abasiyyah diperintah oleh 37 orang khalifah. Khalifah pertama ialah ...

a)

Al-Makmun bin Harun ar-Rasyid

b)

Harun ar-rasyid bin Muhammad al-Mahdi

c)

Abu Jaafar Abdullah Muhammad bin Ali al-Mansur

d)

Abu al-Abbas Abdullah bin Muhammad Ali as-Saffah

31.

Sistem pemerintahan Kerajaan Abasiyyah diadaptasi daripada sistem pentadbiran Kerajaan ................

a)

Parsi

b)

Turki

c)

Mesir

d)

Palestin

32.

Berikut adalah tuntutan bersikap benar kecuali

a)

benar dalam tutur kata

b)

benar dalam tutur niat

c)

benar dalam tugasan

d)

benar dalam mengambil hak orang lain

33.

Antara berikut yang manakah bukan kebaikan bersikap benar ?

a)

seseorang akan dihormati orang lain

b)

mewujudkan sikap berdendam sesama islam

c)

dipercayai oleh majikan dan rakan-rakan

d)

melaksanakan urusan dengan amanah

34.

Berikut adalah ciri-ciri seseorang yang bersikap benar kecuali

a)

membela kebenaran pihak yang teraniaya

b)

menegakkan kebenaran agama islam

c)

memberi penyaksian palsu

d)

menyatakan perkara yang benar

35.

Pilih pernyataan yang menerangkan tuntutan bersikap benar dalam tugas

a)

menjalankan tugas tanpa mengharapkan balasan

b)

menunaikan apa yang telah dijanjikan

c)

berniat untuk melakukan kebaikan

d)

mengabaikan tugasan yang diamanahkan

36.

Hukum menjaga orang sakit dan orang kurang upaya ialah .............

a)

wajib

b)

fardu ain

c)

fardu kifayah

d)

sunat muakkad

37.

Berikut adalah akibat tidak beradab terhadap orang sakit dan orang kurang upaya kecuali

a)

wujud sikap pentingkan diri sendiri

b)

pesakit akan menghadapi tekanan emosi

c)

keluarga pesakit akan dihina oleh masyarakat

d)

menjalin hubungan yang erat dengan pesakit

38.

Berikut adalah adab terhadap orang kurang upaya kecuali

a)

menjaga kebajikan mereka

b)

menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka

c)

membiarkan mereka hidup dalam kesusahan

d)

memperuntukkan perbelanjaan kepada mereka

39.

Berikut adalah adab menjaga orang sakit dari aspek fizikal

a)

mengingatkan mereka supaya makan ubat

b)

membantu menghantar ke hospital

c)

menggunakan tutur kata yang lembut

d)

melayan kerenah orang sakit dengan mesra

40.

" Ziarahlah org yang sakit berikan, makanan kepada orang yang lapar dan bebaskanlah tawanan" (Riwayat Bukhari)


TERJEMAHAN HADIS DI ATAS MERUJUK KEPADA ADAB TERHADAP ................

a)

orang teraniaya

b)

orang yang susah

c)

orang sakit

d)

orang kurang upaya