wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 10 Matematik Pengguna : Pengurusan Kewangan Ting.4 KSSM

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan kewangan?

a)

Menguruskan sumber pendapatan

b)

Mengawal perbelanjaan harian

c)

Menetapkan matlamat kewangan

2.

Contoh perbelanjaan tetap bulanan

a)

Insurans

b)

ASB

c)

Kos petrol

d)

Percutian

3.

Terdapat 5 langkah dalam pengurusan kewangan. Yang mana adalah urutan langkah yang betul?

a)

Menetapkan matlamat kewangan,

Mewujudkan pelan kewangan,

Menilai kedudukan kewangan,

Melaksanakan pelan kewangan,

Mengkaji semula dan menyemak kemajuan.

b)

Menetapkan matlamat kewangan,

Menilai kedudukan kewangan,

Melaksanakan pelan kewangan,

Mewujudkan pelan kewangan,

Mengkaji semula dan menyemak kemajuan.

c)

Menetapkan matlamat kewangan,

Menilai kedudukan kewangan,

Mewujudkan pelan kewangan,

Melaksanakan pelan kewangan,

Mengkaji semula dan menyemak kemajuan.

4.

Apakah sifat yang perlu anda amalkan semasa membuat perancangan kewangan?

a)

Berfikir dengan bijak

b)

Bertoleransi

c)

Bertanggungjawab

d)

Amanah

5.

Antara contoh matlamat jangka pendek ialah pembelian

a)

rumah

b)

komputer riba

c)

kereta

d)

telefon bimbit

6.

Antara berikut, yang manakah langkah pertama dalam proses pengurusan kewangan?

a)

Mengkaji semula dan menyemak kemajuan

b)

Menetapkan matlamat kewangan

c)

Melaksanakan pelan kewangan

d)

Mewujudkan pelan kewangan

7.

Pilih yang benar mengenai matlamat kewangan jangka pendek

a)

Matlamat yang hendak dicapai kurang daripada setahun

b)

Tidak melibatkan jumlah amaun yang besar

c)

Membuka kedai runcit

d)

Melibatkan amaun yang besar

8.

Kenalpasti matlamat kewangan jangka pendek berdasarkan senarai dibawah:

a)

Membeli satu set sofa

b)

Membeli komputer riba

c)

Membeli rumah berkembar

d)

Simpanan untuk pendidikan

e)

Bercuti ke Pulai Sipadan

9.

Kenalpasti matlamat kewangan jangka panjang berdasarkan senarai dibawah:

a)

Membeli satu set sofa

b)

Membeli komputer riba

c)

Membeli rumah berkembar

d)

Simpanan untuk pendidikan

e)

Membeli hartanah

10.

Contoh perbelanjaan berasaskan keperluan ialah?

a)

Membeli makanan

b)

Membeli alatan permainan

c)

Membeli tiket percutian

d)

Membeli pakaian

11.

Apakah jenis perbelanjaan yang mengakibatkan seseorang individu berbelanja melebihi kemampuan?

a)

Perbelanjaan berasaskan keperluan

b)

Perbelanjaan berasaskan kehendak

c)

Perbelanjaan berasaskan produk

12.

Pilih kebaikan mempunyai perancangan kewangan yang cekap.

a)

Membantu individu bebas daripada masalah kewangan

b)

Mendidik individu agar berusaha

c)

Mewujudkan simpanan ketika kecemasan

d)

Menggalakkan individu mempunyai dua pekerjaan

13.

Apakah maksud akronim konsep SMART?

a)

Specific, Meaningful, Attainable, Realistic, Time-bound

b)

Specific, Measurable, Amplification, Realistic, Time-bound

c)

Specific, Measurable, Attainable, Realistic, Time-bound

d)

Specific, Measurable, Attainable, Refund, Time-bound

14.

Berdasarkan konsep SMART, yang manakah benar?

a)

S (Tempoh Masa)

b)

A (Boleh dicapai)

c)

M (Spesifik)

d)

T (Boleh diukur)

15.

"Bang Jago ingin membeli sebuah komputer riba yang bernilai RM3 000 sebagai hadiah bagi hari jadi anaknya. Oleh itu beliau telah bercadang untuk menyimpan RM300 sebulan bagi sepuluh bulan."


Adakah Bang Jago mematuhi konsep SMART?

a)

Ya

b)

Tidak

16.

"Encik Lemon ingin membeli sebuah rumah berharga RM200 000 jika beliau mempunyai jumlah duit yang mencukup."


Adakah Encik Lemon mematuhi konsep SMART?

a)

Tidak

b)

Ya

17.

"Cik Tomoyo merupakan seorang kartunis yang berpendapatan RM4 000 ingin mendirikan rumah tangga dalam masa dua tahun. Anggaran perbelanjaan perkahwinan berjumlah RM40 000. Oleh itu, beliau ingin menyimpan sebanyak RM2000 sebulan bagi jangka masa 20 bulan. Selain itu, beliau juga ingin membuat pinjaman untuk perbelanjaan perkahwinan."


Adakah Cik Tomoyo mematuhi konsep SMART?

a)

Ya

b)

Tidak

18.

Antara kepentingan pengurusan kewangan adalah seperti berikut, KECUALI

a)

mengetahui kedudukan kewangan semasa.

b)

mengelakkan perbelanjaan berlebihan.

c)

menunjukkan kemewahan setelah penat bekerja.

d)

mengeratkan hubungan dengan ahli keluarga kerana tidak perlu meminjam wang.

19.

Manakah yang perlu didahulukan?

a)

Keperluan

b)

Kehendak

20.

Antara berikut, yang manakah adalah keperluan?

a)

makanan

b)

telekomunikasi

c)

tempat tinggal

d)

pakaian

21.

Matlamat kewangan yang kurang daripada 1 tahun.


Ini merujuk kepada

a)

matlamat jangka pendek

b)

matlamat jangka sederhana

c)

matlamat jangka panjang

22.

Matlamat kewangan yang di antara 1 hingga 5 tahun.


Ini merujuk kepada

a)

matlamat jangka pendek

b)

matlamat jangka sederhana

c)

matlamat jangka panjang

23.

Matlamat kewangan yang melebihi 5 tahun.


Ini merujuk kepada

a)

matlamat jangka pendek

b)

matlamat jangka sederhana

c)

matlamat jangka panjang

24.

Antara kepentingan pengurusan kewangan adalah seperti berikut, KECUALI

a)

mengetahui kedudukan kewangan semasa.

b)

mengelakkan perbelanjaan berlebihan.

c)

menunjukkan kemewahan setelah penat bekerja.

d)

mengeratkan hubungan dengan ahli keluarga kerana tidak perlu meminjam wang.

25.

Apakah dua komponen utama dalam pelan kewangan?

a)

Pendapat

b)

Pendapatan

c)

Perbelanjaan

d)

Perkongsian

26.

Konsep kewangan yang manakah boleh digunakan untuk merancang perbelanjaan dan simpanan kita?

a)

STYLE

b)

SMART

c)

SUPER

d)

STERK

27.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'lebihan' dalam Pelan Kewangan?

a)

Jumlah Perbelanjaan melebihi Jumlah Pendapatan

b)

Jumlah Pendapatan melebihi Jumlah Perbelanjaan

28.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'defisit' dalam Pelan Kewangan?

a)

Jumlah Perbelanjaan melebihi Jumlah Pendapatan

b)

Jumlah Pendapatan melebihi Jumlah Perbelanjaan

29.

Di antara berikut, pilih yang manakah adalah 'pendapatan'?

a)

gaji

b)

bil internet

c)

elaun

d)

sewa yang diterima

e)

sewa yang dibayar

30.

Di antara berikut, pilih yang manakah adalah 'perbelanjaan'?

a)

gaji

b)

bil internet

c)

elaun

d)

sewa yang diterima

e)

sewa yang dibayar

31.

Di antara berikut, pilih yang manakah adalah 'perbelanjaan tetap'?

a)

ansuran kereta

b)

sewa rumah

c)

petrol

d)

barang dapur

32.

Di antara berikut, pilih yang manakah adalah 'perbelanjaan tidak tetap'?

a)

ansuran kereta

b)

sewa rumah

c)

petrol

d)

barang dapur

33.

Antara 'lebihan' dan 'defisit', yang manakah yang kita perlu peroleh bagi memastikan pelan kewangan yang baik.

a)

lebihan

b)

defisit

34.

Urusniaga manakah yang direkodkan ke dalam Jurnal Khas?

a)

Kenderaan terpakai dijual kepada Kedai Runcit Johan

b)

Pelanggan memulangkan barang yang rosak

c)

Perabot terpakai dibeli secara kredit

d)

Pemilik membuat ambilan tunai

35.

Contoh akaun simpanan ialah.......kecuali

a)

Akaun simpanan

b)

Akaun simpanan tetap

c)

Akaun simpanan emas

d)

Akaun simpanan semasa

36.

Berikut adalah jenis pelaburan, kecuali

a)

Saham

b)

Rumah

c)

Tanah

d)

Kereta

37.

Pelaburan yang manakah mempunyai risiko yang tinggi?

a)

Saham syarikat

b)

ASB

c)

Hartanah

d)

Simpanan tetap

38.

Apakah tujuan melakukan simpanan?

a)

Pendapatan tambahan

b)

Kegunaan masa kecemasan

c)

Kegunaan masa depan

d)

Semua di atas

39.

Encik Nizam mempunyai RM 2000 dan tidak menggunakannya untuk satu jangka masa panjang.Apakah nasihat anda kepada beliau?

a)

Membuka Akaun Simpanan Tetap

b)

Membeli pakaian berjenama

c)

Melabur ke skim cepat kaya

d)

Membelanjakan wang tersebut

40.

Antara yang berikut,faedah simpanan yang manakah lebih menguntungkan?

a)

Faedah Kompaun

b)

Faedah Mudah

c)

Faedah Simpanan

d)

Faedah Sewa Beli