Font size
WorksheetsTatabahasa Set 1
Total questions: 15
Worksheet time: 13mins
" Saya mahu____________________melakukan persembahan ini dengan baik," kata Cikgu Hashim kepada Kamal sambil menunjukkan ke arah sekumpulan pelakon.
kamu
kita
mereka
anda
Wanita itu tidak ________________kotak yang baru dihantar oleh posmen ke rumahnya.
terduduk
terangkat
terpegang
terjunam
Kertas kerja yang telah kami ____________________sudah mendapat persetujuan daripada pihak Lembaga pengarah.
bentangkan
pembentangan
membentangkan
terbentang
Pemilihan tokoh murid adalah _______________kalangan murid yang mendapat keputusan cemerlang.
dalam
di
dari
daripada
Emak membeli beberapa_______________petai untuk dimasak dan dijadikan hidangan tengah hari.
batang
papan
biji
ketul
Swee Lim mengulang kaji pelajaran bersama-sama kawannya_______________menanti ibunya datang menjemputnya dari sekolah.
dan
walaupun
sementara
jika
Kawasan perumahan tersebut ________________dengan suara kanak-kanak yang bermain pada waktu petang.
keluh-kesah
hiruk-pikuk
kacau-bilau
riuh-rendah
Rakyat di negara Malaysia berasa terbeban dengan _____________harga barangan yang tidak munasabah.
kemerosotan
kenaikan
kekurangan
kebanyakan
Sultan Perak ____________semua rakyat agar sentiasa bersatu padu tanpa mengira kaum.
mengatakan
mengarahkan
menitahkan
memastikan
"_____________terimalah pemberian daripada saya atas kecemerlangan kamu dalam peperiksaan !" Kata Muna kepada Selci sambil menyerahkan sebuah bungkusan.
Nah
Cis
Hai
Amboi
Lariannya yang ______________itu telah menaikkan namanya ke peringkat antarabangsa.
lambat seperti kura-kura
laju seperti lipas
deras seperti air
pantas seperti kilat
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul
Terdapat sebuah kilang menyental benang di negara ini
Pak Yusuf menyental pintu kayu itu dengan kertas surat khabar
Kelvin menyental kek coklat buatan kakaknya itu hingga habis
Encik Lee Yap menyuruh Tang menyental badannya yang berlumpur itu.
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul
Banyak bangunan yang runtuh disebabkan oleh kejadian gempa bumi itu.
Pembinaan banglo di puncak bukit telah mengakibatkan lereng bukit itu runtuh.
Haji Samad bersyukur kerana dia sekeluarga mendapat durian runtuh
Masalah runtuh akhlak dalam kalangan remaja semakin membimbangkan.
Pilih ayat-ayat yang betul.
Di sekolah manakah cikgu Marlina mengajar?
Jejantas dibina untuk memudahkan orang ramai melintasi landasan kereta api.
Berdasarkan semua bukti-bukti yang dikemukakan, saya yakin dia tidak bersalah.
Tayar basikal itu kecut kerana mengalami kebocoran .
Pilih ayat-ayat yang betul.
Kain batik yang dipakai oleh Siti agak rendah
Sudah lama Pak Saad tidak memotong getah di ladang getah yang berhampiran dengan rumahnya.
Kerja-kerja memperdalam sungai itu sedang giat dijalankkan walaupun keadaan cuaca agak buruk.
Cadangan Amar telah ditolak mentah-mentah oleh majikannya kerana cadangan tersebut tidak seseuai dengan kehendak ahli jawatankuasa syarikat.
