wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains 3G (Ulangkaji)

Total questions: 25

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Namakan bahan yang digunakan untuk menguji sifat bahan.

a)

Kertas A4

b)

Kertas litmus biru dan merah

c)

Kertas warna merah

d)

Kertas warna biru

2.

Buah lemon akan menukarkan kertas litmus

berwarna....

a)

biru ke merah

b)

biru ke biru

c)

merah ke biru

d)

merah ke merah

3.

Air garam akan menukarkan kertas litmus

berwarna....

a)

biru ke merah

b)

biru ke biru

c)

merah ke biru

4.

Air soda bikarbonat akan menukarkan kertas litmus

berwarna....

a)

biru ke merah

b)

biru ke biru

c)

merah ke biru

d)

merah ke merah

5.

Bahan X mempunyai rasa pahit. Apakah sifat bahan X?

a)

Bersifat asid

b)

Bersifat alkali

c)

Bersifat neutral

6.

Pilih bahan yang bersifat neutral

a)

Garam

b)

Serbuk penaik

c)

Nanas

d)

Ubat gigi

7.

Antara berikut yang manakah benar tentang bahan beralkali?

a)

Berasa masam

b)

Berasa manis

c)

Rasa licin apabila disentuh

d)

Tidak menukarkan kertas litmus merah

8.

Bahan berasid rasa......

a)

Manis

b)

Masin

c)

Masam

d)

Licin

9.

Bahan berikut boleh digunakan untuk menguji bahan berasid, beralkali dan neutral selain kertas litmus, KECUALI …………………….

a)

ekstrak kubis ungu

b)

ekstrak halia

c)

ekstrak bunga raya

10.

Puan Alia tidak mempunyai asam jawa untuk memasak lauk.


Manakah yang boleh digunakan oleh Puan Alia untuk menggantikan asam jawa?

a)

Limau nipis

b)

Kicap

c)

Serbuk penaik

11.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan senarai ahli Sistem Suria yang betul?

a)

Matahari, planet dan satelit semula jadi

b)

Matahari, planet, satelit semula jadi dan asteroid

c)

Matahari, planet, satelit semula jadi, asteroid dan meteoroid

d)

Matahari, planet, satelit semula jadi, asteroid, meteoroid, komet

12.

Entiti manakah yang merupakan pusat Sistem Suria?

a)

Satelit semula jadi

b)

Matahari

c)

Bumi

d)

Asteroid

13.

Terdapat berapa planet dalam Sistem Suria?

a)

6

b)

7

c)

8

d)

9

14.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan sifat-sifat planet Bumi yang betul?


I Planet yang mempunyai hidupan.

II Planet yang paling kecil.

III Planet yang ke-3 paling dekat dengan Matahari.

IV Planet yang mempunyai air dan atmosfera.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

15.

Bulan merupakan objek semula jadi yang beredar mengellingi planet Bumi. Oleh itu, bulan merupakan sebuah ___________.

a)

asteroid

b)

meteoroid

c)

komet

d)

satelit semula jadi

16.

Jalur asteroid boleh dijumpai di antara planet ___________ dan planet ___________ .

a)

Bumi, Marikh

b)

Marikh, Musytari

c)

Musytari, Zuhal

d)

Zuhrah, Bumi

17.

___________ terhasil apabila asteroid berlanggar dan menghasilkan serpihan batu yang lebih kecil di ruang angkasa.

a)

Komet

b)

Asteroid kecil

c)

Meteoroid

d)

Meteorit

18.

Saya terdiri daripada gas-gas beku, batuan dan debu yang beredar mengelilingi Matahari. Apabila saya menghampiri Matahari, sebahagian daripada badan saya bertukar menjadi gas dan membentuk ekor yang panjang dan bersinar. Siapakah saya?

a)

Asteoroid

b)

Meteor

c)

Meteoroid

d)

Komet

19.

Rajah menunjukkan model Sistem Suria.


Planet Neptun paling jauh dari Matahari.

Jadi suhunya …………………….

a)

paling tinggi.

b)

paling rendah.

c)

sederhana sahaja.

20.

Suhu planet yang dekat dengan Matahari lebih panas berbanding dengan suhu planet yang jauh dari Matahari. Betul atau Salah?

a)

Betul

b)

Salah

21.

Takal sering digunakan …………………….

a)

dalam kehidupan harian

b)

di sekolah

c)

di kebun sayur

22.

Rajah menunjukkan kegunaan takal dalam kehidupan seharian.


Takal digunakan untuk memindahkan …………………… dari kapal ke lori pelabuhan.

a)

kapal

b)

kontena

c)

air

23.

Bahagian takal tetap mestilah mempunyai roda, alur, tali dan ............

a)

kayu

b)

besi

c)

gandar

24.

Antara berikut yang manakah aktiviti menggunakan takal?

a)

mengayuh basikal

b)

Menimba air dari dalam perigi

c)

bermain bola

25.

Rajah menunjukkan salah satu contoh penggunaan takal.


Di tapak pembinaan, takal banyak digunakan pada …………………….

a)

mesin pembancuh simen

b)

jentera jentolak

c)

kren