Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

REKABENTUK TEKNOLOGI

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara berikut takrifan pada pakaian

a)

Selimut digunakan untuk menutup seluruh badan ketika tidur

b)

Baju sejuk yang dipakai pada masa tertentu seperti ketika musim sejuk

c)

Kain yang digunakan untuk menutup seluruh badan

d)

Penutup kepada badan dan anggota badan seperti tangan, kaki dan kepala

2.

Piih dua jenis rekabentuk fesyen

a)

Langsir

b)

Pakaian

c)

Aksesori

d)

Kelengkapan alatan

3.

Manakah antara berikut takrifan pada aksesori

a)

Perhiasan yang dipakai oleh individu pada bahagian kaki

b)

Peralatan kecantikan yang digunakan oleh individu semasa majlis tertentu seperti perayaan

c)

Benda yang dipakai oleh individu sebagai perhiasan atau tambahan kepada pakaian

d)

Barang kemas yang dipakai oleh individu supaya kelihatan anggun dan bergaya

4.

Mana yang berikut adalah contoh pakaian

a)

Seluar, baju, t-shirt, skirt, kemeja dan tudung

b)

Sarung tangan, seluar, baju, t-shirt, skirt dan kemeja

c)

Stokin, kemeja, beg, tudung dan tali pinggang

d)

Sarung tangan, stokin, baju, beg dan tali pinggang

5.

Pilih 4 teknik cantuman yang betul

a)

jahitan

b)

sulaman

c)

tampalan

d)

kaedah cantuman lain

e)

lekatan

6.

Apakah fungsi mesin jahit

a)

menjahit jahitan lurus dan cantuman fabrik

b)

mendraf pola jahitan

c)

menjahit hiasan sulaman

d)

menjahit jahitan tangan

7.

"Menyerlahkan lagi keindahan dan estetika pada reka bentuk fesyen."

Kenyataan di atas merujuk kepada teknik cantuman jenis apa?

a)

sulaman

b)

tampalan

c)

jahitan

d)

kaedah lain

8.

Kaedah ini memerlukan penggunaan gam fabrik, gam panas dan cecair lilin.

Nyatakan kaedah tersebut

a)

kaedah sulaman

b)

kaedah tampalan

c)

kaedah lain

d)

kaedah jahitan

9.

Topi, beg dan kasut dikategorikan sebagai reka bentuk fesyen

a)

pakaian

b)

aksesori

10.

Yang manakah bukan teknik cantuman ?

a)

Jahitan

b)

Sulaman

c)

Tampalan

d)

Goresan

11.

Ikatan tali, stapler dan pita selofan adalah cantuman yang menggunakan kaedah.

a)

lain

b)

jahitan

c)

sulaman

d)

tampalan

12.

Mengukur dengan tepat khususnya yang melibatkan bahagian melengkung seperti ukuran badan.

Nyatakan alatan yang mempunyai fungsi seperti pernyataan di atas.

a)

pembaris

b)

pita pengukur

c)

pembaris melengkung

d)

pembaris sesiku L

13.

Membentuk garisan melengkung dalam proses mendraf pola.

nyatakan nama alatan yg mempunyai fungsi tersebut.

a)

pembaris melengkung

b)

pembaris sesiku L

c)

pita pengukur

d)

pembaris

14.

Peralatan ini digunakan untuk mengunting benang dan mengunting bahagian yang kecil. Pilih alatan yang berkenaan?

a)

kacip

b)

gunting fabrik

c)

penetas

d)

gunting kertas

15.

penetas digunakan untuk membuka jahitan.

a)

betul

b)

salah

16.

Antara berikut, yang manakah sesuai bagi Liyana Afiqah? Liyana Afiqah mempunyai bentuk badan tubular

a)

A. memilih skirt yang kembang atau seluar berkaki lebar

b)

B. memilih corak yang bergaris menegak

c)

C. memilih corak yang kecil

d)

D. memilih pelapik bahu yang kecil

17.

Memindahkan garisan pemadan ke fabrik

a)

roda surih dan kertas karbon

b)

pensel tukang jahit

c)

kapur penanda

d)

jarum peniti

18.

Berdasarkan gambar yg diberikan, nyatakan nama alatan menjahit tersebut.

a)

jidal

b)

snipper

c)

tweezer

d)

penetas

19.

alatan ini digunakan untuk memasukkan benang ke dalam lubang jarum.

namakan alatan tersebut

a)

tweezer

b)

snipper

c)

jidal

d)

pengokot

20.

Pilih fungsi jarum peniti yang betul?

a)

menyemat pola pada fabrik

b)

menjahit bahagian fabrik

c)

menjahit hiasan

d)

menjahit jahitan lurus