Font size
WorksheetsKata Adjektif
Total questions: 18
Worksheet time: 14mins
Beliau dianggap sebagai penyair yang paling __________ di negara kita.
A ideal
B ulung
C unggul
D handal
Beberapa orang penduduk kampung membaiki rumah Pak Ali yang __________.
A bengkok
B senget
C serong
D bongkok
Pulut yang ditanak oleh Kakak Maisarah __________.
A hangit
B hapak
C lemau
D hanyir
Farid berasa sangat __________ bahawa batik keluaran syarikatnya akan menembusi pasaran luar negara.
A benar
B tentu
C optimis
D betul
"Pemakaian baju Melayu tidak ___________ jika kamu tidak mengenakan samping," kata abah kepada abang.
A penuh
B lengkap
C sepadan
D cukup
Malaysia sangat __________ kerana rakyatnya pelbagai kaum, namun hidup bersama-sama dengan harmoni.
A pelik
B ganjil
C canggih
D istimewa
Meja ini bergoyang kerana skru yang dipasang oleh Ganesh __________.
A rekah
B longgar
C lapang
D renggang
Yasmin membentangkan hasil kerjanya yang bertajuk "Destar Warisan Kita" dengan __________ sekali.
A elok
B licin
C lancar
D pantas
Soalan 9-12, Kenal pasti kesalahan ejaan dan tulis jawapan yang betul.
Selepas menyaksikan persembahan teater itu, tingkah laku Kamalia agak anih.
(a)
Pekerja pak Wan mengasingkan tin-tin susu yang kemik itu untuk ditukarkan dengan yang baharu.
(a)
Penayangan filem-filem kelasik arahan Allahyarham P. Ramlee semula oleh pihak TV3 amat dialu-alukan oleh masyarakat Malaysia.
(a)
Para peserta persembahan kebudayaan itu sangat kusyuk mendengar taklimat daripada seniman veteran itu.
(a)
Soalan 13-18, kenal pasti kesalahan bahasa dan tulis jawapan yang betul.
Kini, warisan budaya tradisional negara kita semakin luput ditelan arus pemodenan.
(a)
Kemasukan budaya pelik yang mampu menggugat kedudukan tradisi dan identiti negara perlu disekat.
(a)
Cendol merupakan satu sajian minuman tradisi yang sangat tersohor dalam kalangan rakyat Malaysia.
(a)
Bangunan Stadhuys merupakan bangunan Belanda paling tertua di rantau Timur.
(a)
Masyarakat kini lebih menggemari barangan yang mempunyai reka bentuk moden menyebabkan kraf tangan tradisional semakin dipandang sunyi.
(a)
Dalam suasana yang kelam itu, kami tidak dapat mendengar nama yang dipanggil ke pentas.
(a)
