NEW
Font size
WorksheetsPEPERIKSAAN SEM 2 PSV TINGKATAN 3
Total questions: 50
Worksheet time: 3hrs 30mins
Mengapakah kita perlu mempelajari sejarah pakaian tradisional dan perhiasan diri?
Mengenal kaum dan etnik terbesar
Mempromosi dan melariskan jualan
Membentuk kesedaran hasil budaya
Mempelajari teknik membuat pakaian
Apakah nama perhiasan diri bagi pakaian tradisional etnik Iban gambar 1?
Tango
Lampit
Sugu Tinggi
Marik Empang
Apakah kelebihan menghasilkan lukisan digital berbanding tradisional?
Kanvas dan media yang sama.
Menggunakan alatan yang sama dan mudah.
Kedua-duanya boleh dipadam jika ada kesilapan.
Palet maya mempunyai berjuta-juta warna berbanding tradisional
“Media disapu secara berlapis menggunakan pisau palit atau berus
sehingga menunjukkan kesan tebal dan berkeping-keping.”
Berdasarkan penyataan di atas, manakah yang tepat merujuk kepada penghasilan teknik
catan?
Teknik Pointalisme
Teknik Scumbling
Teknik Impasto
Teknik Glazing
Siapakah pelukis karya tersebut?
Din Omar
Sulaiman Esa
Khalil Ibrahim
Rohaizad Shaari
Apakah idea dan olahan yang ditampilkan pada karya di atas?
Mencerminkan unsur seni Islam
Menampilkan tradisi masyarakat Melayu
Memaparkan aktiviti kehidupan masyarakat
Menyerlahkan subjek alam pemandangan tempatan dan kemasyarakatan.
Apakah jenis arca yang dihasilkan dari bahan terbuang yang terbeza?
Arca Acuan
Arca Luakan
Arca Asemblaj
Arca Cantuman
Apakah jenis konsep landskap berdasarkan penyataan di bawah?
Telah diserap dan menjadi terkenal di Barat sejak akhir abad ke-19.
Telah dibangunkan dibawah pengaruh kebun China
Salah satu tarikannya adalah bonseki, bonsai dan seni Zen.
Bali
Jepun
Melayu
Inggeris
Berikut merupakan langkah-langkah dalam proses mereka bentuk landskap, manakah
langkah-langkah mengikut susunan yang BETUL?
I. Warnakan pelan tersebut dengan betul.
II. Melakar gambar rajah peta buih dengan membuat lakaran awal tapak landskap.
III. Melukis dan mengenal pasti simbol tanaman dan elemen landskap.
IV. Menghasilkan pelan induk reka bentuk taman mini.
I, II, III dan IV
I, III, II dan IV
III, II, IV dan I
II, I, IV dan III
Merujuk kepada gambar 2 di atas, konsep landskap manakah yang bertepatan dengannya?
Bali
Islam
Jepun
Inggeris
Apakah kepentingan kemahiran teknikal bagi peranan reka bentuk industri?
Melakar idea
Membina idea baru
Memastikan produk berfungsi
Mampu menyelesaikan masalah
Apakah yang sepatutnya diambil perhatian utama oleh pengguna bagi menilai produk
berdasarkan gambar 3 di atas?
I. Warna
II. Ketahanan
III. Jenis bahan
IV. Reka Bentuk
I dan II
II dan III
I dan IV
II dan IV
"Konsep ini lebih kelihatan abstrak dengan penggunaan bahan
dan warna yang pelbagai diterapkan dalam reka bentuknya"
Merujuk kenyataan di atas, konsep apakah yang menjadi rujukan dalam proses reka bentuk
industri?
Retro
Klasik
Moden
Ultramoden
"Pereka bentuk landskap ini terlibat dalam pergerakan pertubuhan pendidikan, saintifik dan
kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) dalam membaik pulih landskap lama di
sekitar Eropah."
Siapakah pereka bentuk landskap tersebut?
Din Omar
Azri Fazamy
Rosli Zakaria
Rohaizad Shaari
Berdasarkan gambar 4 di atas, mengapakah ergonomik memainkan peranan utama dalam
penghasilan produk?
Penggunaan teknologi dalam pembuatan
Memastikan barangan yang menjimatkan kos
Penekanan kepada bahan yang mudah didapati
Menjamin kesesuaian dan keselesaan pengguna
Apakah jenis kraf yang diangkat menjadi lebih komersial seperti gambar 5 di atas?
Kraf sulaman benang emas
Kraf sulaman beg moden
Kraf tekat benang perak
Kraf tekat dimensi baru
Nyatakan persamaan ciri-ciri konsep reka bentuk Landskap Islam dengan Landskap Jepun.
Elemen Air
Elemen Batu
Elemen Hiasan
Elemen Syurga
Perkataan tipografi berasal daripada bahasa Greek iaitu typos yang membawa maksud?
Tulisan atau taip
Tanda atau huruf
Komunikasi atau huruf
Perkataan atau kemahiran
Antara berikut, manakah merupakan jenis Tipografi Ekspresi?
I. Old Style
II. Konotasi taip
III. Onomatopoeia
IV. Personifikasi taip
I, II, dan III
I, III dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Antara berikut manakah merupakan aplikasi tipografi dalam pelbagai kaedah untuk
berkomunikasi?
I. Graffiti
II. Animasi
III. Emoticons
IV. Papan tanda
I, II dan III
I, III dan IV
II, III, dan IV
I, II, III dan IV
Siapakah ilmuwan berbangsa Arab yang telah berjaya menjalankan eksperimen dan menulis
tentang ilmu optik yang membawa kepada penemuan kamera obskura?
Ibn Sina
Ibn Khaldun
Ibn Al-Haytham
Abu Nasr Al-Farabi
Gambarajah 1 di atas merujuk kepada anatomi taip. Apakah yang bertanda X?
Counter
Terminal
Ascender
Descender
Antara berikut, apakah motif yang sering digunakan dalam Seni Tekat?
Bunga Api
Bunga Kekwa
Bunga Cengkih
Tapak Harimau
"Tempoh masa bagi cahaya masuk ke dalam kamera
dikawal oleh bukaan pada mekanisme pengatup"
Berdasarkan penyataan di atas, apakah definisi yang merujuk kepada mekanisme tersebut?
Shutter
Lens Focus
View Finder
Aperture size
Antara berikut manakah teknik komposisi kreatif dalam fotografi?
I. Imbangan (Balance)
II. Penegasan (Emphasis)
III. Peraturan Ketiga (Rule Of Thirds)
IV. Sudut Pandangan (Points Of View)
I, II, dan III
II, III dan IV
I, III, dan IV
I, II, III dan IV
Apakah yang dimaksudkan dengan Tekat Gubah?
Proses menerap lilin dan mencelup kain putih.
Proses menjalin secara silang- menyilang helaian demi helaian daun mengkuang.
Tekat yang menggunakan acuan yang diperbuat daripada kertas nipis yang ditebuk dengan
motif atau reka corak.
Tekat yang menggunakan proses sulaman benang emas atau perak yang ditekat di atas kain
baldu mengikut motif dan corak
Susun proses menekat mengikut tertib yang betul?
I. Benang emas direntaskan di atas mempulur dan dijahit dengan benang putih
II. Jahitan benang putih disisipkan ke bawah mempulur bagi memastikan kemasan
III. Proses menekat diulang sambil memastikan benang emas rata dan kemas
IV. Benang pemegang mempulur digunting sebelum meneruskan tekatan
I, II, III dan IV
I, III, II dan IV
III, II, IV dan I
II, I, IV dan III
"Pemegang bunga tekat supaya kedudukan tetap dan
tidak berganjak apabila disulam dengan benang emas"
Penyataan di atas merujuk kepada fungsi alatan seni tekat. Apakah alatan tersebut?
Mempulur
Kemaga
Sangga
Cuban
Apakah fungsi pelurut dalam proses seni anyaman?
Melembutkan helaian daun mengkuang
Menyisip lebihan helaian daun mengkuang
Memotong daun mengkuang dari pokoknya
Membuang mempulur dan duri daun mengkuang
Antara yang berikut, manakah bahan semulajadi yang digunakan untuk membuat anyaman
tradisional?
I. Mengkuang
II. Pandan
III. Kayu
IV. Rotan
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Susun mengikut langkah yang betul dalam proses seni anyaman.
I. Pepeh
II. Lagang
III. Anyam
IV. Sisip
V. Kerat
I, II, III IV dan V
II, III, I, IV dan V
III, I, IV, V dan II
V, II, III, IV dan I
Berdasarkan gambar 6 diatas, apakah kepentingan langkah tersebut semasa proses
penyediaan daun?
Mengeluarkan air daripada daun
Mengelakkan daun mudah patah
Membelah helaian daun supaya bersaiz sama
Menjadikan daun lembut dan tidak bergulung
Mengapakah daun mengkuang perlu direndam?
Melembutkan daun
Menjadikan daun tahan lama
Menanggalkan duri pada daun
Menghilangkan warna asal daun
Illustrasi 1 di atas berkait dengan reka bentuk hiasan dalaman. Apakah jenis lukisan tersebut?
Model
Perspektif
Pelan Lantai
Sudut Pandangan
Apakah fungsi cuban dalam kraf Seni Tekat?
Peregang Kain
Pelilit Benang
Jarum Penyulam
Pembentuk Corak
Apakah jenis benang yang digunakan untuk menghasilkan tekat timbul?
Benang emas
Benang perak
Benang putih dan ijuk
Benang emas dan perak
Berdasarkan gambar di atas, namakan alat seni tekat yang bertanda Z?
Cuban
Pemidang
Papan Tebuk
Pisau Pemotong
"Tekat benang emas juga dikenali sebagai tekat bersuji."
Berdasarkan penyataan di atas, apakah yang dimaksudkan dengan bersuji?
Berulang-ulang
Bersulam-sulaman
Berbenang-benang
Bersilang-menyilang
"Tiga keping kad manila yang telah dilapis dan dimampatkan
untuk membuat mempulur."
Penyataan di atas merujuk kepada proses penyediaan mempulur dalam kraf seni tekat.
Apakah nama bahan tersebut?
Cuban
Sangga
Kemaga
Mempulur
Apakah jenis arca yang menggunakan alatan seperti pahat, penukul, kapak, gergaji
dan pengikis ?
Arca tambahan
Arca luakan
Arca binaan
Arca acuan
Apakah kain dasar yang digunakan semasa penghasilan kraf seni tekat?
Surat khabar
Sutera
Baldu
Putih
Susun mengikut tertib proses yang betul untuk menjahit mempulur dalam Seni Tekat.
I, III, IV dan II
II, III, I dan IV
III, I, IV dan II
II, III, IV dan I
Pelurut dalam proses seni anyaman diperbuat daripada bahan?
Buluh
Logam
Tanduk
Batu Sungai
Apakah teknik cat air yang paling sesuai digunakan jika seseorang pengkarya ingin menimbulkan kesan jalinan?
Basah atas basah
Basah atas kering
Kering atas basah
Kering atas kering
Apakah maksud lagang dalam proses menganyam?
Membentuk kelarai
Mematikan tepi anyaman tikar
Menyediakan tulang anyaman
Mengukur panjang daun anyaman
Manakah antara berikut merupakan jenis-jenis seni anyaman?
I. Kelarai
II. Sulam
III. Gadas
IV. Pepeh
I, II, III
III, I, IV
II, III, IV
IV, III, II
Apakah tujuan daun mengkuang dilayur di atas bara api?
Membunuh hama
Melembutkan daun
Mengeringkan daun
Proses mewarna daun
Senaraikan langkah-langkah dalam proses penghasilan barangan industri mengikut susunan
yang betul.
I Membuat model
II Membuat prototaip
III Membuat kajian dan penyelidikan
IV Mengenal pasti masalah dan keperluan
I, II, IV, III
II, I, III, IV
III, IV, II, I
IV, III, I, II
Apakah kegunaan seni anyaman tersebut?
Mengisi makanan
Mengisi beras atau padi
Menampi padi atau beras
Mengisi ikan atau buah-buahan
Antara berikut, yang manakah merupakan hasil anyaman bentuk tradisional?
I. Raga
II. Lekar
III. Nyiru
IV. Belatan
I, II, III
II, IV, I
I, III, IV
II, III, IV
