Font size
WorksheetsSains PT3
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Tandakan (/) pada proses yang merupakan fenomena alam semula jadi.
Pertumbuhan bayi
Pembinaan bangunan pencakar langit
Penemuan ubat baharu
Kejadian siang dan malam
Apakah fungsi radas makmal yang berikut?
Membantu menyebarkan haba dengan sekata semasa pemanasan.
Menyokong radas semasa pemanasan.
Untuk mengumpul gas.
Menyukat isipadu cecair.
Berapakah nilai 24000 g jika ditukar kepada kg?
240 kg
2.4 kg
24 kg
240.00 kg
Apakah inferens?
Pemerhatian semasa eksperimen.
Alasan atau sebab bagi sesuatu peristiwa yang dapat diperhatikan.
Kesimpulan awal bagi sesuatu pernyataan.
Hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas.
50 ml latte panas dengan suhu 80 oC di tuang ke dalam
cawan Aluminium A, B, C dan D. Cawan manakah yang mengalami kehilangan haba yang paling banyak selepas
15 minit?
A
B
C
D
Rajah menunjukkan satu siratan makanan di
dalam suatu habitat. Apakah yang akan terjadi jika semua
belalang mati?
Bilangan tumbuhan akan bertambah.
Populasi burung akan bertambah.
Populasi burung helang akan bertambah.
Populasi ulat beluncas akan berkurang.
Antara berikut, yang manakah fenomena
geobencana?
Gerimis
Banjir kilat
Penebangan hutan
Lubang benam
Rajah menunjukkan ubat gegat yang digunakan
bagi mengelakkan lipas daripada memasuki almari.
Apakah proses perubahan keadaan jirim
pada ubat gegat selepas seminggu?
Pemejalwapan
Kondensasi
Penyejatan
Peleburan
Manakah pernyataan berikut tentang
perbezaan antara respirasi sel dan fotosintesis
adalah betul?
A
B
C
D
Alia tidak sihat. Ibunya meletakkan
satu tampalan di atas dahinya seperti ditunjukkan
dalam rajah. Bagaimanakah tampalan itu berfungsi?
Membekal air sejuk kepada badan.
Menyerap haba dari badan
Mengurangkan kesakitan.
Merangsang perpeluhan.
Rajah 11 menunjukkan sampah sarap yang dibuang
di kawasan kediaman. Mengapakah tindakan ini boleh
menyebabkan pencemaran udara?
Sampah sarap menyebabkan pemandangan
yang kurang menarik.
Sampah sarap meningkatkan peningkatan
mikroorganisma di udara.
Sampah sarap meningkatkan kadar
pembiakan haiwan perosak.
Sampah sarap melepaskan bau yang kurang
menyenangkan.
Bagaimanakah untuk meneutralkan bakteria di celah gigi?
Berkumur-kumur
Menggunakan sabun
menggunakan pencuci muka
Menggunakan ubat gigi
Nilai kalori bagi ikan ialah 20 kJ/g. berapakah nilai kalori untuk 100g ikan itu?
20 kJ
40 kJ
2000 kJ
4000 kJ
Apakah yang Akan berlaku apabila belon Q dicucuk dengan pin?
Saiz belon P meningkat
Belon-belon itu kekal pada kedudukan yang seimbang
Hujung kayu dengan belon P condong ke bawah
Hujung kayu dengan belon Q condong ke bawah
Tokoh yang pertama menemukan sinar gama yang dikeluarkan oleh radium ialah:
The first person who discovered gamma rays emitted by radium is:
Marie dan Pierre Curi
Antoine Henri Becquerel
Wilhelm Conrad Roentgen
Ernest Rutherford
Namakan dua unit keradioaktifan.
Name two units of radioactivity.
curie (Ci)
becquerel (Bq)
gram per saat (g/s)
watt (W)
Siapakah orang yang pertama mendarat di Bulan?
Neil Armstrong
Yuri Gagarin
Michael Collins
Isaac Newton
Apakah fungsi bagi transformer?
Meningkatkan atau mengurangkan voltan arus ulang alik.
Meningkatkan atau mengurangkan arus bagi arus ulang alik.
Meningkatkan atau mengurangkan rintangan bagi arus ulang alik.
Mengekalkan voltan output arus ulang alik pada tahap yang tinggi.
Bagaimanakah bunyi dihasilkan?
Melalui cahaya
Melalui getaran
Melalui geseran antara objek
Melalui resapan zarah-zarah udara
Antara fenomena berikut, yang manakah disebabkan oleh penyebaran cahaya?
Kebiruan langit pada waktu tengah hari
Pembentukan pelangi
Dasar kolam kelihatan lebih cetek
Kemerahan matahari terbenam
Rajah ini menunjukkan kitar karbon. Apakah yang akan berlaku pada kuantiti gas K dan gas L sekiranya semua tumbuhan hijau musnah?
Gas K meningkat manakala Gas L berkurang
Gas K meningkat manakala Gas L meningkat
Gas K berkurang manakala Gas L meningkat
Gas K berkurang manakala Gas L berkurang
Penyakit berjangkit merebak kepada manusia melalui air, udara, sentuhan dan vektor. Antara penyakit berjangkit berikut, yang manakah boleh dipindahkan melalui sentuhan?
Kurap
Panau
Leptospirosis
Kolera
sistem saraf manusia terdiri daripada
sistem saraf pusat dan otak
sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi
sistem saraf periferi dan otak
sistem saraf periferi dan saraf tunjang
