wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GEOGRAFI TINGKATAN 2 - BAB 1 : SKALA DAN JARAK

Total questions: 30

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang anda faham tentang skala ?

a)

Skala ialah nisbah jarak di atas kertas berbanding jarak sebenar di atas dasar laut.

b)

Skala ialah nisbah jarak di atas peta berbanding jarak sebenar di atas permukaan bumi.

c)

Skala ialah kiraan jarak di atas peta berbanding jarak sebenar di atas permukaan laut.

d)

Skala ialah nisbah jarak di atas kertas berbanding jarak sebenar di atas permukaan laut.

2.

Jenis-jenis skala yang ada ialah?

a)

skala tepat

b)

Skala lurus

c)

Skala pecahan wakilan

d)

Skala penyata

3.

"Skala yang berbentuk satu garisan lurus yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama jaraknya."


Pernyataan di atas menerangkan tentang __________________________

a)

skala penyata

b)

skala pecahan

c)

skala lurus

d)

skala wakilan

4.

Pilih pernyataan yang benar tentang skala penyata?

a)

Berbentuk satu garisan lurus.

b)

Dinyatakan dalam bentuk nisbah.

c)

Dinyatakan dalam bentuk perkataan.

d)

Garisan melintang yang dibahagikan kepada beberapa bahagian.

5.

[ Skala yang dinyatakan dalam bentuk nisbah atau pecahan ]


Maklumat di atas merupakan maksud ___________________ .

a)

skala lurus

b)

skala penyata

c)

pecahan wakilan

d)

skala lurus penuh

6.
Apakah jenis skala ini?
a)
skala lurus penuh
b)
skala penyata
c)
pecahan wakilan
d)
skala lurus mudah
7.

Pecahan wakilan untuk skala penyata 1 cm mewakili 2.5 km ialah _________________ .

a)

1 : 2 500

b)

1 : 25 000

c)

1 : 250 000

d)

1 : 2 500 000

8.

1: 100 000


Tukarkan kepada skala penyata.

a)

1 cm mewakili 100 000 km

b)

1 cm mewakili 100 km

c)

1 cm mewakili 1 km

d)

1 cm mewakili 10 km

9.

Gambar tersebut bermaksud _________________________ .

a)

1 cm di atas peta mewakili 1 km di atas permukaan bumi

b)

1 cm di atas peta mewakili 2 km di atas permukaan bumi

c)

1 cm di atas peta mewakili 3 km di atas permukaan bumi

d)

1 cm di atas peta mewakili 4 km di atas permukaan bumi

10.

Antara skala lurus berikut, yang manakah menunjukkan 1 cm mewakili 2 km?

a)
b)
c)
d)
11.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan skala 1 cm mewakili 0.5 km?

a)
b)
c)
d)
12.

1 cm mewakili 5 km


Jika jarak rumah Sham dengan rumah Yong ialah 10 km, apakah jaraknya di dalam peta?

a)

1 cm

b)

2 cm

c)

3 cm

d)

4 cm

13.

Apakah maksud jarak?

a)

Satu garisan lurus yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama jaraknya.

b)

Nisbah jarak di atas peta berbanding dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.

c)

Ukuran jauh di antara satu tempat dengan tempat yang lain.

d)

Satu garisan bengkak bengkok yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama jaraknya.

14.

Antara berikut yang manakah bukan jarak?

a)

Ukuran jauh di antara satu tempat dengan tempat yang lain

b)

Jarak lurus

c)

Jarak yang dinyatakan dalam unit seperti meter atau kilometer

d)

Jarak berdasarkan kos dan masa

15.

Jarak terbahagi kepada dua iaitu jarak ___________ dan jarak _________.

a)

mutlak dan lurus

b)

relatif dan jarak

c)

mutlak dan saiz

d)

mutlak dan relatif

16.

Apakah maksud Jarak Mutlak?

a)

Tetap dan berubah

b)

Tidak tetap dan berubah.

c)

Tetap dan tidak berubah.

d)

Tidak tetap dan tidak berubah

17.

Antara yang berikut, apakah unit digunakan untuk mengukur jarak mutlak?

I Jam

II Minit

III Meter

IV Kilometer

a)

III dan IV

b)

I dan II

c)

II dan III

d)

I dan IV

18.

Jarak yang tidak tetap dan berubah-ubah ialah ________________ .

a)

Jarak relatif

b)

Jarak mutlak

c)

Jarak sebenar

d)

Jarak atas peta

19.

Apakah yang dimaksudkan dengan jarak relatif?

a)

Jarak yang tetap dan tidak berubah

b)

Jarak yang diukur menggunakan unit cm

c)

Jarak yang diukur berdasarkan kos dan masa

d)

Jarak yang dikira menggunakan anggaran semata-mata

20.

Antara yang berikut, apakah alat yang digunakan untuk mengukur jarak relatif?

I Kos

II Arah

III Masa

IV Skala

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Berdasarkan skala 1 : 100 000, berapakah jarak sebenar jika jarak di atas peta ialah 3 cm?

a)

3 km

b)

30 km

c)

300 km

d)

300 000 km

22.

Antara berikut, manakah alat yang TIDASK SESUAI digunakan bagi mengukur jarak di atas peta?

a)

Jalur kertas

b)

Benang

c)

Kompas magnetik

d)

Jangka tolok

23.

Pilih media yang paling sesuai digunakan untuk mengukur jarak melengkung sebatang sungai di atas peta.

a)

Benang putih

b)

Pembaris

c)

Jalur kertas

d)

Jangka tolok

24.

Antara yang berikut, apakah unit digunakan untuk mengukur jarak mutlak?

I Jam

II Minit

III Meter

IV Kilometer

a)

III dan IV

b)

I dan II

c)

II dan III

d)

I dan IV

25.

Berdasarkan maklumat berikut, berapakah jumlah tambang yang perlu di bayar oleh Azlan jika jarak rumah Hasnol ialah 3.2 km ?


Tambang teksi 1km = RM1.50

a)

RM 4.80

b)

RM 8.00

c)

RM 9.00

d)

RM 12.00

26.

Puan Ina memandu selama 15 minit dari rumahnya di Alor Gajah ke asrama sekolah anaknya di SMA (JAIM) Al Asyraf.

a)

Jarak mutlak

b)

Jarak relatif

c)

Jarak di bumi

d)

jarak berskala

27.

1 cm mewakili 5 km

Jika jarak jalan raya dalam peta ialah 6 cm, apakah jarak sebenar di bumi?

a)

5 KM

b)

30 km

c)

10 km

d)

20 km

28.

Jarak Kampung Mesra ke balai polis pada peta ialah 6 cm. Jika skala ialah 1:200 000, berapakah jarak sebenar Kampung Mesra ke balai polis?

a)

6 km

b)

10 km

c)

12 km

d)

3 km

29.

Berdasarkan skala 1 : 100 000, berapakah jarak sebenar jika jarak di atas peta ialah 3 cm?

a)

300 000 km

b)

300 km

c)

30 km

d)

3 km

30.
Berapakah jarak sebenar dari rumah Devi ke sekolah?
a)
4 cm
b)
4.5 cm
c)
4 km
d)
4.5 km